Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Januari 2012

Kakak Aiskrim.....

Hari ini lambat bersiaran.
Kesibukkan yang ditahap maksimum.
Pagi tadi terima lagi call dari PKG.
"Cikgu, Hari Jumaat ada interview calon NILAM..."
"Nanti cikgu bawakan murid bersama profail murid, rekod catatan, bla..bla..bla...."
Fuh!!!!..sabar jelah....

Hari ini nak cerita tentang Along yang sedang "Tanam Anggur"
kat rumah.
Lepas SPM Along duduk rumah + belajar kereta......

Kerja baru Along sekarang ni jadi "Kakak Aiskrim".
Kelakarkan bunyinya.
Sejak semalam Along gigih buat aiskrim.
Ibu ingatkan nak bagi adik-adik makan rupanya nak jual.
Bila ibu tanya, Along kata nak tambah pendapatan sementara tak buat apa-apa.
Tukang promosi aiskrim ialah Farouk dan Naurah.
Mereka akan dapat upah aiskrim jika ada kawan-kawan mereka beli.
Macam kejam je bunyinya...

Hari ni adalah kawan-kawan farouk datang beli aiskrim.
Kebetulan budak-budak tu mengaji al-quran di surau depan rumah ibu....
Aduhai kelakar lak tengok Along berlari keluar masuk melayan pelanggan kecil tu...

 Entah perisa apa warna hijau kuning.
Ibu pun belum rasa.
Kalau nak rasa kena beli.
1 batang 20sen..
He.he.he...Sabar jelah.,....

Sambil tu Along ambil upah photostat dan binding buku catatan PPIM ni.
Sebelum ni ibu hantar kedai je tetapi sementara ada si "pengangur" 
kat rumah ni ibu suruh Along uruskan.
Dari hantar kedai, proses menyusun dan binding semua Along buat.
Bila dikira semua kerja-kerja tu dapatlah upah dalam RM96.
Kerja tu selesai dalam setengah hari je......
Boleh la buat duit poket tu.
Biar dia belajar bukan senang nak dapat duit.....

17 Januari 2012

Bungkusan + Baju Batik

Sampai rumah hari ni terima memo dari pos.
Ada bungkusan.
So ibu terus pergi pejabat pos.
Sekarang ni ibu dah ada driver baru...Along.
Walau pun ada driver baru, ibu masih kena memantau Along.

Bungkusan yang ibu tunggu-tunggu dari si buah hati ibu....he.he.he....
Sebenarnya bungkusan tu dari seberang lautan...Sarawak.
Kain batik Sarawak yang ibu order  minggu lepas sebanyak 21 helai,
dah sampai.
Kalau tak silap ibu ni order yang ke 4 dari Ummiross....

Dah tak sabar-sabar....
Dalam kereta dah buka bungkusan tu......

Ni bungkusan bahagian dalam.
Nasib baik ummiross masukkan dalam beg hijau tu sebab bungkusan dah koyak...
Baru tiba rumah, jiran sebelah dah tunggu ibu.
Katanya posmen ada pesan, ada bungkusan ibu.
So belum sempat ibu bawa balik,
kain tu dah berpindah tangan...hu..hu..hu...

Nasib baik ibu sempat ambil sehelai kain ni sebab ibu ada projek mega...hi.hi.hi...
Nak tahu projek mega ibu????

v


v


v


v


v

Taraaaaaa.....
Ibu nak kawinkan kain tu dengan baju ni....
Baju ni ibu dah siapkan beberapa hari lepas.
Cuma tunggu kainnya sampai.
Sebenarnya baju tu ibu buat dari kain batik sarong.
Kainnya jenis lembut dan bila dibuat baju memang selesa dipakai..
Sebab tu ibu order lagi sehelai untuk buat kainnya.
So jadilah baju sepasang.....

Unikkan!!!!!!!
Ibu memang suka cari kelainan....he.he.he.he....
Tak sabar nak pakai hari Khamis nanti......

Tiba-tiba Teringin...

Hari Ahad masa outing tiba-tiba lalu depan restaurant sushi kat Wetex Prade.
Teringin nak melangkah masuk tapi bila jengah ramai pula kaum cina sedang menjamu selera.
Terus kaki ibu terhenti.
Ibu ni kalau bab-bab makan kat luar jakun sikit.
Maklumlah sejak kahwin dengan Ayah, restaurant ibu cuma di dapur.
Sedihkan!!!!!!

 Ni sushi yang kami makan masa pergi ke Melaka lebih kurang 2 minggu lepas.
Ya Allah, rasanya macam mengidam pulak ibu ni.
Ayah dah mula sibuk.
Sapa nak bawa ibu makan sushi nie?????
Dah meleleh air liur ibu nie.......

p/s:
Salam Takziah untuk bonda Guru Besar Pn Hjh Nik Fauziah yang kembali ke rahmatullah pada petang Sabtu dan kakanda Ustazah Azalina (Guru Agama) yang pulang ke rahmatullah pada petang Ahad.
Semoga roh arwah berdua ditempatkan disisi orang-orang beriman....Al-Fatihah.

About me