Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Januari 2012

Perkenalkan Kembar ibu....

Kembar ibu????
Sila percaya.
Seronoknya dapat bersua kembali dengan kembar ibu, Kak Salmi
Sebenarnya tahun lepas ibu dapat jejaki Kak Salmi yang
ibu panggil k.mie di FB setelah beberapa tahun kami terpisah.

Sekarang k.mie mula aktif berblog....
Klik sini .
Awalnya k.mie ada sebuah blog bisnes on9.
Sekarang k.mie ada sebuah blog family.
Dari situ ibu boleh ikuti perkembangan k.mie sekeluarga
setiap hari.

Ibu kenal k.mie semasa ibu posting ke SKSD Mersing.
Masa tu ibu baru 1 tahun posting.
Umur awal 20an.
Sudah bergelar isteri hingusan...he.he.he....
Dan k.mie sudah punya 2 orang anak yang comel.....

Kami digelar kembar oleh kawan-kawan sebab:
Kami dalam katogeri tinggi lampai.
Kami berdua berbadan langsing
(tapi sekarang badan ibu dah dipenuhi lemak-lemak tepu..hu.hu.hu)
Kulit kami pun lebih kurang sama tapi k.mie lebih putih
dalam katagori putih melepak.
Kami sama-sama minat dalam dunia seni.
Hobi kami melukis.
Kalau duduk berdua memang kerja kami melukis..melukis dan melukis...
Stail tudung kami pun hampir sama.
Banyakkan persamaan kami.

Dan sekarang :
Kami sama-sama ada 5 orang anak.
Anak-anak kami pernah ditawarkan belajar disekolah
berasrama tetapi semuanya menolak kerana
lebih selesa dibawah ketiak ibu dan ayah.
Kami menjahit sendiri pakaian sendiri dan anak-anak.
Terutama uniform sekolah anak-anak dara...
(Betulkan k.mie....???)
Dan banyak lagi persamaan kami yang kalau
ibu huraikan di sini tak cukup 1 minggu.....

Indahnya kenangan itu.
Pergi sekolah sama-sama.
Duduk bilik guru bersebelahan.
Makan kat kantin pun bersama-sama.
(yang bezanya k.mie suka makan dada ayam tapi ibu suka peha ayam...he.he.he..)

Seronok sangat sewaktu mengajar di SKSD.
Rasanya sekolah yang paling best dalam sejarah pendidikan ibu.
Kawan-kawan pun semuanya baik2 kecuali...tut...
Hanya ibu dan k.mie yang tahu siapa ...tut..itu.
Biarlah ianya jadi rahsia pahit kami......
ibu(8 dr kiri) dan k.mie(7 dr kiri) dibarisan tengah tu..
kami berdiri bersebelahan dan fesyen tudung pun sama..
Macam kembarkan....
kalau bergambar, itulah tempat kami...bahagian tengah
sebab kami tinggi......
Kelakar je bila tengok gambar kenangan di SKSD ni...

Namun ibu bersyukur kerana kami dapat bersua kembali
setelah sekian lama terpisah.
Walaupun kini sekadar di alam maya.
Kenangan indah bersama tetap dikenang sampai bila-bila...
Sayang k.mie ketat2.......

Sapa-sapa nak kenal k.mie bolehlah ke blognya ye...

Terperangkap Dalam Asap....Tolong!!!Tolong!!!

Bukan rumah ibu terbakar ye..selisih.
Tetapi ibu terperangkap dalam asap semburan nyamuk aedes.
Baru 2 minggu lepas kawasan taman perumahan ibu 
disembur dengan asap nyamuk aedes ni
hingga ibu melarikan diri sampai ke sawah.
Petang semalam kena sembur lagi.
Sapa la agaknya suka menternak nyamuk aedes ni????/

Kali ini nasib ibu agak malang.
Ibu agak lambat bertindak gara-gara menunggu Naurah balik
dari SKAgama dan Farouk yang entah di mana.
Along dan Beby dah berlari ke kereta.

Bila Naurah dan Farouk dah ada kat belakang rumah
ibu bergegas untuk keluar ke hadapan.
Malang sekali asap semburan tu dah dipancut di kawasan rumah ibu malah
penyembur itu siap masuk ke kawasan beranda rumah ibu.
Alamak!!!!!!!
Ibu dah terperangkap dalam rumah.
Tolong...tolong....
Rasa nak je jerit macam tu tetapi nanti tukang sembur tu
kata apa pula.....he.he.he...
Tau pun segan....
 Asap dengan cepatnya merebak.
ibu terpaksa bergegas masuk semula ke dalam rumah.
Buka semua kipas dalam rumah.
Mencari topeng mulut untuk ibu ,Farouk dan Naurah.
Nasib baik bekalan di rumah masih ada.
Angah dah berlari ke loteng atas.....

Along dan beby dah selamat meronda dengan kereta ibu.
Amboi..amboi..sejak pandai pusing stereng ni bukan main anak dara ibu sorang ni.

Nasib baik ibu dan Farouk tak kena asthma attack.
Mungkin topeng mulut jadi penyelamat.
Cuma hidung Farouk dan Beby dah mula berair......
Moga tak melarat......

p/s:
Maaf ye kalau seminggu dua ni ibu tak boleh BW macam biasa.
Semalam diserang Nazir, minggu depan orang-orang PKG nak datang 
serang PSS ibu.
meeting tak habis-habis.
Macam-macam program nak dibuat...
Rumah dah tunggang langgang......
Ibu SIBUKKK sangat-sangat-sangat....
Sapa nak tolong ibu????hu.hu.hu......

5 Januari 2012

Apa Yang Terjadi????

Dalam n3 lepas ibu ada buat catatan di bawah 
tentan kain yang ibu salah potong.
Thanks kawan-kawan kerana bersimpati dan 
beri beberapa cadangan pada ibu.
Kain tu adalah untuk dibuat baju seragam guru dan staf sekolah ibu.
Kain coklat dibeli oleh GPK-Hem SK(Cikgu R) ibu 
manakala kain batiknya ibu order dari over sea..
Hi.hi.hi...dari Sarawak..Ibu order dari Ummiross yang baik hati tu....

2lah, masa gunting kain coklat
untuk dibuat baju ibu tengah layan TV.
Buat kerja ikut mood dan gerak hati.
Sambil tu dok layan gosip dengan Angah, Along dan Beby.
Tiba-tiba ibu boleh terambil bahagian depan untuk dibuat pesak.

Bila siap gunting baru perasan.
Huwaaaaaa!!!!!!!
Mau  tak meroyan + meraung.
Tiba-tiba ibu menjerit..
3 Farah tersentap + terperanjat.
Mananya tak terperanjat tiba-tiba ibu menjerit.....

Hati mula tak tentu arah.
Mana mau capai kain tu lagi sebab Cikgu R beli bukan dekat sini.
Takkan ibu nak suruh dia pergi beli lagi.
Semata-mata untuk ibu.......
Segan la weh.....

Dengan hati yang sedih + risau ibu cuba dengan nekad.
Bahagian yang sepatutnya jadi pesak ibu jadikan bahagian depan.
Cuma itu aja kain yang tinggal.
Bayangkan kain untuk pesak itukan kecil......

Dan hasilnya jadi macam ni.
Memang ibu tak puas hati.
Baju tu dah jadi agak singkat.
Along snap gambar ni sebagai bahan bukti....

Anak-anak pula cuba ambil hati ibu:
Along :"Oklah ibu..cantik la..."
Angah : "Yelah ibu, angah tengok ok je...biasa je.."
Beby: "Lagi pun ibu nampak lebih kurus dari biasa tau..."
Naurah :"Betul bu.....Cantik!!!!"
Farouk:"Cantiknya ibu Farouk......."
Hu.hu.hu...ibu tahu, anak-anak nak ambil hati ibu.
Entah ikhlas ke tidak pujian depa tu. 
Ibu tau anak-anak tak nak ibu sedih kot.......

Apapun terima kasih anak-anak ibu.
Nantilah ibu cuba tambah bling-bling untuk menutup
kekurangan yang ada tu........hu.hu.hu...
Mood :SEDIH + TAK PUAS HATI....

p/s:
Petang ni meeting lagi dan lagi dan lagi.......

About me