Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Januari 2012

Setelah 11 Hari Berlalu.....

11 hari berlalu result PMR diumumkan.
Ibu belum berkesempatan untuk buat n3 untuk Beby a.k.a Farah Najdah.
Semasa result PMR diumunkan pada 22.12.2011 kami masih bercuti.
Memandangkan tiket flight untuk 22.12.2011 hingga 24.12.2011 habis
so kami terpaksa menempah tiket penerbangan pada 25.12.2011.

Walau bagaimana pun, kami dapat result PMR melalui sms.
Itupun tak sepenuhnya.
Dan pada 28.12.2011 baru Beby ke sekolah untuk ambil result dia.
Alahai anak sorang ni memang jenis tak kisah.....hu.hu.hu..
Angah yang gementar, Beby releks aje.

Masa hari result keluar pun dia masih berselera bersarapan.
Masih mampu ketawa, masih mampu tengok cerita kartun.
Ibu n family, atok mama, atok ayah dan su tie dah tak tentu arah...
(masa tu kami masih di Kelantan)


Apapun ibu ucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan Beby.
Ibu tahu dan akui Beby anak yang pintar cuma kemalasan yang merisaukan ibu 
sepanjang Beby menduduki Tingkatan 3.
Puas ibu membebel, puas ibu suruh baca buku tetapi Beby dengan selamber menjawab : 
"Beby dah baca buku la ibu..".
Aduh......bertapa risaunya hati seorang ibu.....

Dan di atas permintaan Beby,
ibu tidak akan menyatakan result sepenuhnya di sini.
Beby kurang 1 mata dari result Angah.
Kalau nak tahu klik sini.....

Walau apa pun ibu tetap berdoa agar Beby berubah menjadi
anak yang lebih tekun belajar....
Semua orang disekeliling akui Beby seorang yang punya kelebihan dan pintar.
Dalam "Kemalasan" dan penuh dengan "Penyakit M",
Beby masih mampu meraih kecemerlangan....
Jangan sia2kan anugerah Allah yang sangat berharga pada Beby..
Selamat melangkah ke 4 Sains 1 dan semoga Beby terus cemerlang
dan dapat membanggakan keluarga....

Kami tetap bangga dengan kejayaan Beby.....
TAHNIAH ANAKKU......

p/s:
Hari ni ke sekolah kerana ada meeting lagi.......

1 Januari 2012

Kawan Yang Hebat-Disember 2011

Selamat Tahun Baru.
Semoga Tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih indah.
Bagi ibu, setiap hari yang berlalu ibu doakan
yang terbaik buat kami sekeluarga......

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blog ibu yang 
tidak jemu-jemu bertandan dan membaca dairy kami.
Syukur kerana kita dipertemuakan di alam maya dan kalianlah rakan yang paling best.
Setiap waktu dan ketika sentiasa disisi ibu.....

Bagi rakan-rakan yang tidak tersenarai,
kalian juga adalah kawan yang terbaik.
Terima kasih semua.......

31 Disember 2011

Persiapan Anak-anak..

Alhamdulillah syukur kerana 90% persiapan anak-anak dah selesai.
10% tu masalah ibu sendiri.
Sebelum balik cuti ibu nekad nak siapkan uniform 3 Farah tu.
Semuanya 8 pasang termasuk 2 pasang uniform Sekolah Agama Naurah
Akhirnya terbengkalai.
Ada 2 helai lagi yang belum siap.
Bila la nak datang mood menjahit ni.
Baju baru ibu untuk melangkah ke sekolah pun belum sentuh lagi...hu.hu.hu...

Budget????
Tak payahlah ibu ceritakan kat sini.
Anak ramai, budget pun banyak.
Makin b*t*k lah kepala ayah....hu.hu.hu....
Itu pun ibu/ayah sediakan apa yang perlu.
Beg dan kasut anak yang masih elok, mereka akan gunakan.
Cuma tambah mana yang patut dan perlu....
Biar mereka belajar berjimat cermat.
Alhamdulillah, anak-anak dah terbiasa dengan keadaan sebegini
sejak dulu lagi dan mereka menerima dengan hati terbuka....
 Angah akan melangkah ke tingkatan 5 Sains 1 dan Beby ke Tingkatan 4 Sains 1...
Tahniah Beby di atas kecemerlangan dalam PMR 2011.
Sorry, ibu masih tak berkesematan nak buat n3 untuk Beby....

Angah a.k.a Farah Nadiah dan Beby a.k.a Farah Najdah bersiap sedia untuk ke sekolah
untuk pembelian peralatan sekolah dan mendaftar pada 29.12.2011.
Nasib baik ibu sempat siapkan dulu sepasang seorang uniform...hu.hu.hu...

Along???? tengah gigih belajar memandu dan juga berlatih menjadi
seorang suri rumah yang cemerlang...he.he.he....

p/s:
Selamat Tahun baru untuk semua.
Semoga esok menjanjikan yang lebih baik dari hari ini...

About me