Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Oktober 2011

Patriotiknya Mereka.

Weekend ni ibu diberi tugasan oleh Naurah dan Farouk.
1 minggu meninggalkan sekolah, banyak program yang ibu ketinggalan.
Menurut Naurah hari Rabu ni akan diadakan 
Pelancaran Bulan Bahasa.
Disamping itu diselitkan juga dengan Program Patriotik.
Bukan Bulan Ogos saja kena patriotik tapi sepanjang masa...
Kebetulan Sekolah ibu menerima geran RM1000 dari JPNJ
untuk anjurkan program berkaitan..

So hari weekend ibu habiskan dengan menjahit baju
dua orang kanak-kanak ribena ni.
Naurah masuk acara deklimasi sajak , melukis poster dan pakaian beragam
dan Farouk juga menyertai pakaian beragam dan mewarna poster.
Sambil-sambil jahit baju anak-anak ibu pun ambil kesempatan
jahit 2 pasang baju untuk ibu juga......he.he.he...

Sehelai baju bendera untuk Naurah dan untuk Farouk.

 Untuk aksesori, ibu lilit bendera kecil disekeliling songkok Farouk 
dan riben untuk Naurah pin pada tudung nanti.

 Melaram dulu dengan baju bendera sebelum Program bermula Rabu ini.

Naurah pernah mendapat Johan pakaian beragam masa Tahun 2 dan 
ke 3 semasa pertandingan Pakaian Beragam di Denai Alam, Muar tahun lepas.
Farouk juga pernah menduduki tempat ke 4 pertandingan pakaian beragam
sempena Hari Kemerdekaan "Anak Ku Merdeka" anjuran sebuah blog 
beberapa tahun lepas.

1 Oktober 2011

Kisah Pencuci Kereta

Akibat teringin sangat nak tukar selera dari Cik Silver ke Cik Hitam,
ibu terpaksa memejamkan mata bila tengok Cik Hitam comot.
Tambahan kalau hari hujan yang turun sederhana lebat tu
akan menambahkan kecomotan Cik Hitam.
hu.hu.hu....

Ibu ni dalam kategori yang teramat "RAJIN"  basuh kereta.
Masa pakai Cik Silver ibu dalam Zon selamat .
Walaupun berhabuk tetapi dalam pandangan kasar orang tak nampak.
Tapi Cik Hitam ni, dari pandangan mata kasar ke, halus ke...
kecomotannya trserlah.
Ala2 macam muka makcik2 pakai bedak sejuk gitu....
Tensi..tensi....

Dan ibu amat bersyukur kerana setiap kali
weekend, kalau tak Ayah, Farouk yang akan 
ambil alih cuci kereta ibu....
Tugas ibu hanya membedakkan Cik Hitam
dengan "bedak sejuk"...he.he.he....

 Dengan gigihnya Farouk cuci bahagian hadapan Cik  Hitam....

 Lap jangan tak lap.......

 Terus gigih mencuci kereta ibu.....
Ibu sekadar memantau sambil brFB.....

 Bahagian tayar pulak.....

 Eh, Farouk nak cabut tayar kereta ibu ke?????
Oooo..katanya ada debu hampir 1 kg melekat kat rim tu.
Apa-apa jelah Farouk, yang penting kereta ibu bersih berseri-seri....

Gud job......he.he.he....
Petang nanti ibu upah 'sosej'  feveret Farouk ye......

30 September 2011

Tamat Sudah Kursus DSV-KSSR..

Hari ni hari terakhir berkursus KSSR DSV.
Kalau zaman ibu bersekolah dulu DSV
dikenali dengan matapelajaran lukisan.
Kemudian dikenali dengan PS (Pendidikan Seni).
Ditukar lagi dengan nama PSV (Pendidikan Seni Visual).
Dan terkini ditukar lagi dengan DSV(Dunia Seni Visual)
Bendanya tetap sama cuma yang berbeza cuma nama.

Tapi yang pastinya cikgu-cikgu dilambakkan dengan
tugasan yang makin banyak kerana
perlu menilai murid-murid dari pelbagai sudut..
Bukan seorang tetapi berpuluh2 malah beratus2 orang...
Demi mereliasasikan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)
untuk mengantikan UPSR nanti...
Faham tak ceramah ibu tu????....
kalau faham bagus tapi kalau tak faham abaikan..
he.he.he...terover sudah!!!!!..
.
Kursus ni amat memenatkan tapi menyeronokkan.
Seronok sebab bidang seni adalah minat ibu
walaupun ibu ni bukanlah yang berbakat.
Sekadar menambah ilmu di dada.
Seganlah kalau Pengerusi Panitia PSV yang
dijadikan pakar rujuk tak tahu apa-apa berkaitan seni.....

Paling seronok bila banyak input baru yang
ibu dan rakan-rakan dapat.
Kami diajar berbagai jenis origami,
membuat pasu dari tanah liat,
melukis, menghasilkan sesuatu yang baru.
Diselang seli dengan ceramah yang santai-santai dan ceria.

 Ini hasil kerja kami semua untuk sesi perbentangan.
Ada tembikar, stabail, topeng, corak tiupan, gasing dan
berbagai-bagai lagi hasil kerja yang ibu tak tepek di sini.
Terpaksa rendahkan "level" untuk menyamai hasil kerja murid-murid Tahun 2.

 Balik kursus dok kusyuk mengadap benda alah ni.
Cuba mereliasasikan sesuatu yang telah diajar semasa kursus.

Lukisan a.k.a contengan spontan ibu yang tidak begitu menjadi.
Bila ibu ajukan soalan pada JU (Juru Latih Kursus),
katanya sekurang2nya 10 kali percubaan
baru akan menghasilkan sesuatu yang cantik......
WHAT?????????

 Cuba lagi dan lagi dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

About me