![](http://dl9.glitter-graphics.net/pub/989/989369nkhwxrd6yq.gif)
Hari ni hari terakhir berkursus KSSR DSV.
Kalau zaman ibu bersekolah dulu DSV
dikenali dengan matapelajaran lukisan.
Kemudian dikenali dengan PS (Pendidikan Seni).
Ditukar lagi dengan nama PSV (Pendidikan Seni Visual).
Dan terkini ditukar lagi dengan DSV(Dunia Seni Visual)
Bendanya tetap sama cuma yang berbeza cuma nama.
Tapi yang pastinya cikgu-cikgu dilambakkan dengan
tugasan yang makin banyak kerana
perlu menilai murid-murid dari pelbagai sudut..
Bukan seorang tetapi berpuluh2 malah beratus2 orang...
Demi mereliasasikan PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah)
untuk mengantikan UPSR nanti...
Faham tak ceramah ibu tu????....
kalau faham bagus tapi kalau tak faham abaikan..
he.he.he...terover sudah!!!!!..
.
Kursus ni amat memenatkan tapi menyeronokkan.
Seronok sebab bidang seni adalah minat ibu
walaupun ibu ni bukanlah yang berbakat.
Sekadar menambah ilmu di dada.
Seganlah kalau Pengerusi Panitia PSV yang
dijadikan pakar rujuk tak tahu apa-apa berkaitan seni.....
Paling seronok bila banyak input baru yang
ibu dan rakan-rakan dapat.
Kami diajar berbagai jenis origami,
membuat pasu dari tanah liat,
melukis, menghasilkan sesuatu yang baru.
Diselang seli dengan ceramah yang santai-santai dan ceria.
Ini hasil kerja kami semua untuk sesi perbentangan.
Ada tembikar, stabail, topeng, corak tiupan, gasing dan
berbagai-bagai lagi hasil kerja yang ibu tak tepek di sini.
Terpaksa rendahkan "level" untuk menyamai hasil kerja murid-murid Tahun 2.
Balik kursus dok kusyuk mengadap benda alah ni.
Cuba mereliasasikan sesuatu yang telah diajar semasa kursus.
Lukisan a.k.a contengan spontan ibu yang tidak begitu menjadi.
Bila ibu ajukan soalan pada JU (Juru Latih Kursus),
katanya sekurang2nya 10 kali percubaan
baru akan menghasilkan sesuatu yang cantik......
WHAT?????????
Cuba lagi dan lagi dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........