Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 September 2011

Sagu Pandan KSSR.

Balik kursus "KSSR"mengadap lappy dulu.
Buka FB dan buka blog untuk hilangkan stress dan penat..
Sempat BW ke beberapa blog rakan2.

Sempat singgah ke blog Ummiross.
Tiba2 terpandang masakan ummiross yang sedap-sedap.
Teringin pula nak makan sagu bersantan.

Sambil ibu kusyuk mengadap lappy, ibu kerahkan Along rendamkan sagu.
Naurah keluarkan baki cawan-cawan plastik.
Angah keluarkan bahan....
Senangkan jadi bos..mengarah je kerjanya..hi.hi.hi....

 Ini hasilnya.

 Memang sedap.
Sekejap je dah habis.
Balik kursus semalam buat lagi.......
Sampai rumah petang ni pekena secawan...
Sejuk je tekak nie....
Meh intai resepi yang ibu copy dan ubah sikit2....


SAGU BERSANTAN KSSR
Bahan :
1 cawan sagu-rendam 1/2 jam
5 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste-
ibu guna perisa pandan.
12 sudu besar gula

Bahan2 utk pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
*Ibu lebih suka guna susu cair kerana lebih senang dan sedap.....

Cara membuat sagu :
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung jagung dan 
perisa pandan ke dalam periuk. 
Kacau atas api sederhana. 
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut 
dan bancuhan bertukar menjadi jernih. 
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.

p/s: Apa tu KSSR...
Sebenarnya itu tajuk kursus yang sedang ibu ikuti sekarang.
Sesuka hati je tukar nama resepi tu...hi.hi.hi...

28 September 2011

Catatan Perjalanan.

Kelakar je tajuk tu tapi ibu nak tulis juga kat dairy ibu ni.
Kisah perjalanan ini ke tempat kursus yang jaraknya
lebih kurang 32 km dari rumah.
Pergi balik lebih kurang 64 km.

Hari Pertama:
Seawal pagi hati ibu berasap + berapi.
Di dalam kesibukkan jalan raya di pagi hari
tiba-tiba ada sebuah kereta bernombor plat 
JAGXXXX, memandu 40km/jam di double-line.
BAYANGKAN....40km/jam.
Kalau kayuh basikal lagi laju rasanya.
Mau hati tak berapi.
Si pemandu slamber je tanpa rasa bersalah.
Sedangkan itu masa kemuncak untuk orang ke tempat kerja.
Tak pasal-pasal disebabkan 'dia' seorang,
berderet-deret kereta bersusun dibelakang......

Bayangkan ibu perlu hadir ke tempat kursus jam 7.45 pagi.
Sesuka hati je pemandu itu bersiar-siar di pagi hari.
Rasa nak je ibu langgar bontot kereta tu....
Tapi rasanya tak berbaloi la kerana kereta tu
dah tunggu masa nak mereput sedangkan kereta baru ibu jadi mangsa...
OoOOooooooo...Tak rela!!!!!!

Hari Ke 2:
Perjalanan ibu berjalan lancar tanpa gangguan
dari JAGXXXX.
Walaupun terpaksa melalui kesesakan di beberapa tempat yang
ada sekolah, itu perkara biasa.
Tersenggeh ibu sorang2 macam kerang busuk....
.
Tiba-tiba jalan jadi 'jam' teruk semasa menghala
ke jambatan Muar.
Alahai, ada pulak la van tersadai di tengah-tengah jalan betul-betul
di muka pintu ke jambatan...sabo jelah.
Terus hilang senyuman yg paling manis + menawan itu berganti
dengan dahi yang berkerut seribu.

Hari ke 3:
Hari ini ibu berdoa agar tidak berlaku lagi insident2
yang menghalang kelancaran perjalanan ibu.
Lega rasanya hati bila dapat melintasi jambatan Muar
dengan lancar walaupun macam biasa
jalan yang tersekat-sekat akibat kesibukan di kawasan
sekolah dan trafik light.
Tiba di Bandar Muar, 
tiba-tiba ada pula beberapa orang sedang
mengayuh basikal di tengah-tengah jalan raya.
Ibu pun tak pasti mereka ni sedang traning ke apa sebab
masing-masing memakai pakaian seragam....
Mak aiiii.........tensi...tensi...
Tak ada masa lain ke depa tu nak kayuh basikal kat
tengah-tengah jalan raya.....
Malam ke, pagi2 buta ke????
Tak pun kayuh basikal dalam air!!!!!!

Hari ke 4 dan ke 5:
???????????
Moga-moga esok tidak ada lagi halangan-halangan
yang tidak diduga.
Dan semoga perjalanan ibu lancar.
Tak seronok rasanya pagi-pagi dah didatangi
dengan insident2 yang tidak diingini.....

27 September 2011

Berkursus Pendidikan Seni Visual

Hari ini masuk hari ke 2 berkursus.
Tinggal lagi 3 hari.....
Hari pertama agak bosan dan mengantuk.
Maklumlah hari pertama kami cuma perlu jadi pendengar.
Tidak ada aktiviti yang kami lakukan.

Dengan keadaan dewan yang sesak dan makanan yang segan untuk diceritakan di sini.
Inilah nasib kami kaum guru (Tapi bukan semua daerah).
Berkursus sekadar di dewan sekolah.
Dibekalkan dengan kerusi plastik dan makanan yang diibaratkan
mengalas perut semata-mata.
Dewan sesak dengan peserta seramai 171 orang.
Waktu kursus bermula 8.00 pagi hingga 4.00 petang..
Bayangkan!!!!!..

Ok lupakan pasal itu semua.
Tak kisahlah, tetapi yang penting ibu dapat input dan ilmu.
Dan paling ibu penting ibu mengikuti kursus yang ibu minat.
BIDANG SENI VISUAL.

Cantikkan, hasil seni spontan yang disiapkan 
dalam masa tidak sampai 5 minit oleh seorang JU.

 Inilah salah seorang JU (Jurulatih Utama) kami.
Cikgu Fadzil.
InsyaAllah esok ibu dan rakan-rakan guru akan diajar menghasilkan
lukisan spontan ini oleh Cikgu Fadzil.....
Tahun lepas kami diajar memcipta "Batik Alaf Baru".

Hasil selingan yang diajar dari tin terpakai, tanglung.

About me