Dah 3 hari UPSR berjalan dan 3 hari juga murid-murid Tahun 1 dan 2
diberi "rehat" a.k.a "cuti".
Amanlah sikit bila budak-budak kecil ni tak ada.
Lagipun ramai cikgu yang tak ada
kerana menjadi pengawas peperiksaan.
Tapi budak Farouk walaupun di "cuti"kan tetap datang sekolah.
Nak suruh tinggal rumah Atok Mak (MIL) tak nak.
Sanggup dia ikut ibu pergi sekolah.
Pagi-pagi dia akan bertapa kat PSS.
Macam-macam aktiviti dia buat.
Tengok TV, dah boring main lego, lepas tu tolong susun buku-buku di rak.
Suruh baca buku cerita katanya penat.
Penat la sangat.
Dah boring duduk bertapa kat PSS dia akan turun ke makmal komputer.
Bila perut lapar, Farouk ke kantin.
Sempat juga dia pergi main dengan anak pakcik kantin tu.
Kebetulan anak pakcik kantin tu kawan sekelas dia.
Cuma budak tu perempuan....
Memang bosanlah sebab tak ada kawan.
Ibu sibuk dengan kelas dan kerja-kerja di sekolah.....
Nasiblah Farouk.....
mengadap komputer di makmal....
muka budak yang dah mula bosan...