Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 September 2011

1 Minggu Blog Bersawang.

RINDU...RINDU..RINDU...
Rindu pada semua.
Dah hampir 1 minggu blog ibu bersawang + berhabuk.
Maklumlah tuan rumah sibuk beraya kat kampung...
Hari ni baru balik dari kampung setelah menempuh 12 jam perjalanan yang amat memenatkan.
Menempuhi 'jam' dan menyaksikan kemalangan ngeri.
Cukup membuat ibu rasa amat stress....

Belum sempat nak update n3
dan belum sempat nak jengah blog kawan-kawan.
N3 ini sekadar melepaskan rindu semata-mata......

27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA SAHABATKU-Puasa ke 27

Semasa n3 ini tersiar mungkin ibu dah dalam perjalanan
pulang ke kampung.
Dan InsyaAllah, semoga Allah memelihara dan
melancarkan perjalanan kami sekeluarga.
10-12 jam perjalanan memang amat memenatkan.
Semoga Ayah mampu bertahan.......

Di kesempatan ini ibu dan 4fn1mf-family ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA 
Maaf Zahir Batin

kepada:
semua ahli keluarga ,
rakan-rakan blog,
warga SKPK
rakan-rakan lama,
ex-student
anak-anak murid SKPK
dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Mohon maaf sekiranya sekiranya ada komen-komen
ibu yang menguris hati dan perasaan atau mungkin
ada n3 ibu tidak menyenangkan atau menyentuh hati tanpa ibu sedar..
Ibu hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.

p/s:
Mungkin blog ni akan sepi seketika...........


26 Ogos 2011

Majlis Khatam Selesai-Puasa ke 26

Pagi tadi selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran.
Selama sebulan jugalah murid-murid ni bertadarus semasa waktu rehat.

Dan hari ini terakhir persekolahan sempena Hari Raya.
Kami bercuti bermula esok sehingga hari Ahad (5.9.2011)
Kira congak, kami cuti selama lebih kurang 8 hari....
Seronok..seronok..sila jangan jeles ye.
Tapi risau juga sebab naik sekolah murid-murid Tahun 6 akan hadapi UPSR.

Peserta Khatam.
Naurah salah seorang peserta khatam yang terpilih...

 Farouk pun sama-sama membaca yasin.

 Saja-saja menempel....
Hari biru sedunia....

Naurah menerima cenderahati bagi peserta khatam.

About me