
Kelmarin Farouk bagi cadangan nak bawa dadih ke surau.
Maklumlah Farouk ini kan "mamat surau"
dan merangkap pemantau "moreh" yang tak bertauliah kat surau tu.
Kalau kat surau, dialah "penyibuk" yang selalu volenteer menyusun
kuih muih yang dibawa oleh jemaah taman
Pembantu setia pakcik kat surau tu...
Serbuk dadih Ayah dah beli 2 hari lepas tetapi ibu asyik tertangguh je nak masak.
Semalam Farouk tanya lagi dan lagi dan lagi.
Ibu naik segan pula rasanya.
Dia volunteer nak tolong ibu masukkan dadih tu...
Konon-konon la tu.
Diakan suka sangat tolong menyibuk dan menganggu ibu kat dapur.
Balik sekolah Agama tanya lagi...
"Ibu dah masak ke dadih tu"....
Amboi macam big bos pulak dia ni......
Bila ibu kata dah siap masak, bukan main senggeh sampai ke telinga.
Tak sempat dah nak tukar baju.
Baju melayu sekolah agama pun main campak je...
Hish!!!! budak ni....
Pakcik dadih sedang menyorok sebab tak pakai baju... sambil mengira jumlah yang dikehendakinya.....
Ibu masak dalam 2 bungkus dan dapatlah dalam 60 bekas.
Masak 2 perisa, 1 peket perisa laici dan 1 peket lagi perisa vanila.
Alhamdulillah, niat dan hajat Farouk dah tercapai.
Bersungguh-sungguh dia memasukkan dadih-dadih tu dalam kotak
dan bawa ke surau.
Ayah tak ada untuk membantu kerana Ayah ada majlis berbuka puasa
dengan pengarah kat Muar.........