Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Ogos 2011

Melayan Budak Ini-Puasa ke 8

Macam biasa selepas solat Zohor ibu tak buat apa-apa.
Sekadar menunggu kedatangan Asar 
sebelum masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka.
Tiba-tiba datang si Farouk mengajak ibu bermain chess.

 Farouk: Jom ibu, main lawan chess dengan Farouk..
bolehlah...bolehlah 
(perkataan "bolehla" akan  disebut berulang-ulang kali kalau dia minta apa-apa)
Ibu: Yelah, tapi sekejap jelah sebab nanti ibu nak solat Asar dan nak masak.
Farouk: Terima kasih ibu..Farouk teror tau main chess....
Yelah tu sangat.

So kami lawan la main chess...
Entah permainan apa yang dia ajar ibu.
Tengokkan macam main "dam aji" je.
Ibu ikut jelah tanpa banyak songeh.....

Bila Farouk dah hampir kalah:
Ibu : Eh, kenapa "horse" Farouk mengundur ke belakang.
Farouk : Tak pelah bu, "horse" Farouk dah tua, dah tak larat nak lompat ke depan...
Lagipun "dia" puasa..."Dia" penat la bu.......
Ibu: Haik!!!!, boleh ke macam tu????.
Farouk: Boleh la bu.....
Along tersenggeh-senggeh tengok adiknya mula auta bila dah nak kalah.

Tiba-tiba aje Farouk berlari keluar.
Farouk: Bye ibu, Ayah ajak Farouk pergi beli air tebu untuk berbuka.
Ibu mainlah sorang-sorang  ye......
Ibu: Amboi-amboi, tadi bukan main lagi ajak ibu lawan....
Alahai, pandai ye, bila dah nak kalah melarikan diri.....
Alahai, bujang ibu......

8 Ogos 2011

Air Katira-Puasa ke 8

Rasanya ramai juga yang tidak pernah dengar nama air katira ini.
Dan ada rakan bertanya tentang air katira.
Air katira ni setahu ibu berasal dari Johor.
Dan air katira biasanya banyak dijual dalam bulan Ramadhan.
Kalau pergi mana-mana PARAM kat Johor ni memang jumpalah air katira ni.


Bahan-bahan yang biasa dicampurkan ke dalam air katira
seperti  buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, kabung, cincau, jelly 
dan macam-macam lagi.
Ala-ala air lai chi kang (betul ke tu ejaannya???) cuma
warnanya berbeza dan dalam air katira ditambah perisa pandan dan susu sejat.
Banyak khasiat yang terkandung dalam air katira ini untuk
 memberi tenaga pada kita setelah seharian berpuasa.

Tetapi sekarang kalau beli kat PARAM yang ada dalam
air katira tu cuma biji selasih, cincau dan jelly aje.
Sebab tu Ayah lebih suka buat sendiri air katira setiap kali puasa
kerana Ayah memang teror buat air ini.
Tetapi sejak puasa kali ini, Ayah masih tidak berkesempatan
lagi untuk buat air katira untuk kami sekeluarga.
Alahai Ayah, bila agaknya Ayah nak buat air katira ni......????

Edisi Shopping Baju Raya-Puasa ke 7

Semalam baru terheggeh-heggeh nak pergi shopping baju raya anak-anak.
Kebetulan Ayah tengah free.
Seawal 9.00 pagi kami dah keluar dari rumah menuju ke Muar.
Singgah beberapa buah  butik dan bazar.
Melayan kerenah anak-anak remaja yang semakin membesar.
Dan punya citarasa yang tersendiri.

Sekarang ni dah tidak ada lagi baju warna sedondong.
Tema kami ialah baju 'plain'.
Ayah dan Farouk masih serasi bersama.
Ibu dan 4 Farah masing beli baju ada bling2...
Ayah memilih baju Melayu berwarna oren untuk dirinya dan Farouk....

Si anak-anak dara tak nak kalah dengan ibu.
Bila ibu beli baju  bling-bling masing-masing nak juga.
Lawan tokeh betul budak-budak nie.
Ayoyo...
Si ayah jenis tak kisah.
Apa yang anak ambil, tidak dibantah.
Ibu pula yang banyak songel....hi.hi.hi...
Sayang rasanya kalau beli baju yang mahal-mahal
tetapi  lepas raya tersimpan je.
Yelah, mereka nak pakai baju tu kemana kerana
sejak dah besar mereka terkurung aje di rumah.
Lainlah ibu, baju-baju itu akan digunakan setiap masa
untuk bekerja.....
Alahai anak-anak....

 Sana sini pilih baju.
Yang tak tahan masing-masing dok tunjuk baju pilihan.
Harganya, mak aiii, semua yang mereka berkenan berharga RM100++.....
Mau tidak botak si ayah melayan kerenah anak-anak dara tu.
Kalau 2 pasang sorg RM100-Rm130 x 5 x 2 pasang= ?????
Itu baru 2 pasang.

 Bukan setakat shopping baju raya anak-anak dara ini,
ada je  aksesori sampingan yang mereka berkenan..
Alahai anak ibu.
Sudah nampak ciri-ciri macam si ibu.....


 Naurah pun tidak mahu kalah.
Bila kakak beli jubah moden, dia pun nak jubah moden juga.
kecik2 cili padi budak ini....
Baju-baju jubah moden tu boleh tahan mahal harganya
walaupun untuk saiz sebaya Naurah....


Dah-dah jom balik.
kalau lama-lama dengan budak-budak ni maka bertambah botaklah si ayah..
hu.hu.hu...

About me