Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Ogos 2011

Kuih Apakah Ini????-Puasa ke 5

Siapa boleh teka, kuih apakah ini?
First time ibu tengok, ibu jadi keliru.

Lebih-lebih lagi si tuan punya kuih ini beria-ia menegakkan kata-katanya.
Ibu makin keliru...
Dia tetap dengan pendiriannya.

Kalau nak tahu, kuih ini namanya "KARIPAP"
Pelik tetapi benar.
Hasil airtangan Farouk.
Bila kakaknya nak buat karipap,
dia pun sibuk nak tolong.
Bila dah siap bentuknya entah apa-apa.
Ngeri je ibu tengok.
Menakutkan!!!!

Masa berbuka semalam dia suruh ibu rasa..
Glup!!!! tiba-tiba ibu rasa stress!!!!
Bukan stress sebab apa tetapi  tidak sanggup rasanya
nak makan "KARIPAP" hasil airtangan Farouk.
Berkali-kali dia perlawa suruh ibu rasa....
Hanya Ayah seorang yang sanggup makan..
Ibu dan kakak2nya tengok semacam jerrr.
Tiba-tiba hilang selera......

Yang kelakarnya, dia makan dengan begitu berselera.
Katanya lagi sedap dari karipap yang kak Nana buat...
Wakaka.....
Yelah tu, padahal intinya dan adunannya sama jerrr..
Cuma bentuknya buat kami tidak ada selera untuk mencuba....



Sedang gigih mengoreng "KARIPAP".
Baru balik dari solat Asar di surau terus masuk dapur...
dan dipantau oleh ibu.....

5 Ogos 2011

Menu-Puasa ke 4 dan ke 5

Kali ni petang baru ibu tayang menu semalam dan hari ini..
Sementara menanti waktu berbuka petang ni....

 Puding gula hangus + roti 

 Ikan patin masak asam pedas versi Kelantan.
Asalnya nak masak gulai tempoyak 
tetapi rasanya anak-anak tak begitu suka
bau tempoyak.
So terpaksa mengalah dan masak asam pedas versi Kelantan je 
tetapi makan dengan tempoyak.

 Ikan goreng celup tepung.

Ulam timun + ikan kering...

Hari ni ibu masak ikan percik + terung bakar + tempe goreng.
2 aje menu untuk petang ni....

Tahniah Adikku-Puasa ke 4

Semalam terima khabar gembira.
Adik ibu, Muhammad Khairul Anuar (Yu) berjaya dengan cemerlang 
dalam peperiksaan Tahun ke 3 
dalam bidang perubatan.

InsyaAllah akan melangkah ke Tahun 4 untuk semester depan.
Dan sememangnya Khairul nekad pulang ke Malaysia sebelum result examnya
diumumkan kerana masalah kesihatannya.
Dan semalam Yu sekadar mendapatkan resultnya melalui "on9".
Syukur padaMu Ya Allah....
Alhamdulillah.

Sesungguhnya kami bangga dengan kejayaan Yu
walaupun bertarung dengan masalah kesihatan yang agak serius,
Yu tetap jadi pelajar Malaysia yang cemerlang.
TAHNIAH dik......

Kami tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan
kejayaan Yu setiap masa.
Kerana Yu adalah antara insan kesayangan kami.
Dan Yu adalah idola dan pembakar semangat anak-anak ibu....

Yu a.k.a Ayah Yu

About me