
Pagi-pagi dah jadi makcik 'supir'.
Hari ini Ayah ada meeting kat KL.
Jadi ibulah yang ganti jadi supir......
Hantar 3 Farah ke sekolah kerana masing-masing ada aktiviti.
Weekend pun aktiviti sekolah tetap berjalan.
Along ada tuisyen.
Angah ada latihan drama Bahasa Inggeris.
Beby ada Kem Teknik menjawab Soalan BM.
Tengahari pergi ke Pusat Kecantikan Sisters untuk hantar Angah buat treatment.
Kiranya ni treatment yang ke 3 Angah.
Ayah yang suggest Angah buat rawatan di sana.
Angah ada masalah kulit muka berminyak.
Ambil package 6X rawatan kosnya lebih kurang 1K jugalah.
Sambil tunggu Angah ibu join sekali untuk buat rawatan muka.
Dah lama rasanya ibu tidak pergi ke spa.
Muka dah berkerak agaknya dengan kekotoran.
Dan pengikut setia ini terpaksa sabar menanti.
Entah apalah yang Farouk senyum sorang-sorang tu....
Mau tak senyum kerana pusat rawatan dah jadi macam rumah sendiri.
Dan bersebelahan dengan kedai kegemaran Farouk, kedai RM1.
Sebelum masuk ke pusat rawatan singgah ke kedai RM1.
Sempat Farouk beli peralatan tentera tu dengan harga RM1 sahaja.
Memanglah bosan kerana masa rawatan lebih kurang 1 jam setengah.
Penat menyusun mainan dia pergi kacau ibu di dalam bilik rawatan....
Siap interview macam-macam...
Berkali-kali tanya bila nak siapppp!!!!!!!!!!.
Lepas buat treatment rasa lega sangat.
Siap dengan massage sekali dengan minyak aroma terapi.
Rasa lega dan tenang seketika....
Sempat jeling cermin kat situ.
Eh, macam tak percaya tengok wajah ibu dah bersih berseri-seri..
Terperasan sekejap.
Maunya tidak berseri-seri....
Harga perkhidmatannya tu, mak aiiiiii!!!!!
Tak payahlah ibu cerita berapa...
hu.hu.hu...
Tetapi berbaloi-baloi..
Agaknya bila lagilah nak ke sana lagi.....
Tunggulah Ayah sponser.