
Semalam terima khabar gembira.
Adik ibu, Muhammad Khairul Anuar (Yu) berjaya dengan cemerlang
dalam peperiksaan Tahun ke 3
dalam bidang perubatan.
InsyaAllah akan melangkah ke Tahun 4 untuk semester depan.
Dan sememangnya Khairul nekad pulang ke Malaysia sebelum result examnya
diumumkan kerana masalah kesihatannya.
Dan semalam Yu sekadar mendapatkan resultnya melalui "on9".
Syukur padaMu Ya Allah....
Alhamdulillah.
Sesungguhnya kami bangga dengan kejayaan Yu
walaupun bertarung dengan masalah kesihatan yang agak serius,
Yu tetap jadi pelajar Malaysia yang cemerlang.
TAHNIAH dik......
Kami tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan
kejayaan Yu setiap masa.
Kerana Yu adalah antara insan kesayangan kami.
Dan Yu adalah idola dan pembakar semangat anak-anak ibu....
Yu a.k.a Ayah Yu