Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Februari 2011

Risau + Air Yasin....

Seperti yang sedia maklum, setiap malam Jumaat Farouk  akan ikut ayah ke surau untuk bacaan yasin.
Semalam ayah BZ n banyak kerja yg nk kena settle utk mesyuarat kt KL hari nie, so ayah xsmpt berjemaah kt surau.

Biasanya kalu ayah xpergi surau ,Farouk akan bersolat jemaah kt rumah je dengan ayah. Malam tadi tiba2 Farouk xde kt ruang tamu. Biasanya Farouk la penunggu setia ayah cz ibu n 4 farah lebih suka lepak2 kt ruang belakang.

Pelik gak ibu cz Farouk xakan keluar rumah tanpa memaklumkan pada ibu n sememangnya Farouk jrg keluar rumah. Nk pergi toilet pn mesti Farouk beritahu ibu....Hairan gak ibu tiba2 dia xde.

Bila tanya 4 Farah, mrk pn xtahu Farouk ke mana.
Risau gak ibu cz Farouk xpernah sesekali keluar rumah. Malam2 pulak tu.......

Tiba2 Farouk pulang dgn 2 botol air mineral.
"Ibu, ni air yasin........Farouk baca yasin kt surau dgn pakcik "spek"(pakcik ni mmg rapat sgt dgn farouk n selalu bg dia duit).....nnti ibu minum ye air yasin tu..air tu Farouk baca yasin kt surau dgn pakcik2........."
Alahai Farouk, rupanya dia pergi surau sorg2.
Sebenarnya surau tu betul2 berhadapan dengan rumah ibu je. Yelh risau gak, tiba2 je hilang. Rupanya dia dh maklumkan pada ayah nk pergi sendiri. Alahai anak bujang ibu...Moga bila dh besar nnti, Farouk jadikan bacaan yasin tu amalan yg rutin.....Insyallah.....

Ayam Masak Lemak Cekur Versi Jawa......

 Ibu xtau la betul ke nama resepi kat tajuk n3 ibu nie.
Resepi ni ibu belajar dengan MIL.
MIL ibu orang Jawa.
So ibu letak la nama camtu.
Resepi ni sedap bagi tekak ibulh.
Mayb ada orang xbiasa makan cekur.
Tapi bagi ibu mmg marvelous la.
Sapa nk cuba, meh ambil resepi kt bawah nie.....

ni ha rupanya resepi Ayam Masak Lemak Cekur.

Resepi:
1 ekor ayam -nk guna ikan pn boleh gak...
(dipanggang..ttp ibu nie tramat rajin so goreng jelh...)
3 keping Tempe  
(pn sama dipanggang...ibu goreng gak...rajinkan menantu Mak!!!)
santan pekat.
Minyak untuk menumis
Asam keping
sedikit garam dan gula....
daun cekur dihiris nipis2....

Bahan A (Kisar)
4 ulas bwg merah
2 bawang putih
4 biji cili padi (lagi best colour hijau tu...)
sedikit ubi cekur
sedikit belacan ( ibu xguna cz alah dgn belacan)
*semua bahan A digoreng dlm minyak n pastu toskan dan baru dikisar....

Cara:
Guna minyak yang digunakan menggoreng bahan A tadi.
Tumis bahan A yg telah dikisar sampai naik bau.
Masukkan santan dan kacau hingga sebati.
Masukkan asam keping.
Masukkan ayam dan tempe yang siap dipanggang/goreng.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup apa dan hiris daun cekur dan tabur di atas.
Siap utk dimakan........

bagi sesiapa yg xpernah tengok pokok cekur nilh pokoknya.
Isinya mcm kunyit ttp  kecik2 je n berwarna putih....
Pokok ni ibu tanam dalam pasu kt belakang rumah je.
Selain ayam masak lemak cekur, urap(kerabu versi Jawa) juga menggunakan cekur.

ni sayur sampingan makan dengan masak lemak tu.....
Malamnya xleh tidur cz angin 1 badan.
Terpaksa la ayah kena jadi tukang urut...hu..hu.hu....

17 Februari 2011

Rindunya nak Makan Jeruk Halia!!!!!!!

2 hari berbengkel rasa semacam je perut ibu ni.
Maklumlah jadual makan dh bercelaru.
Pagi2 dh dihidangkan dengan nasi lemak 
dan kuih muih berserta air kopi/teh..
Tengahari makan nasi lagi dengan air oren/sirap.
Petang makan lagi.
(ttp ibu mengelak dr makan hidangan ptg...dh xlarat...)

Nak xnak kena jamah gak sikit b.fast yg berat2 tu.
Air masak langsung xdisediakan.
So terpaksa gak la teguk air berperisa setiap kali makan.
Biasanya rutin ibu, sebelah pagi je ibu minum minuman berperisa.
Dan selepas setiap kali makan ibu cuma minum air masak je.

Dan yang paling ibu rindui nk makan benda alah nie...

v

v
v

v

JERUK HALIA MUDA!!!!!!!
Ibu jeruk halia muda ni dh 4 hari lepas
ttp belum berkesempatan nk makan.
Bila buka peti ais, asyik terpandang je jeruk halia nie.
Menggoda betul....

Tapi biasanya ibu makan nasi cuma 1x je sehari.
So bila balik dari kursus mmg ibu dh xmakan nasi lagi.
Sekadar makan roti atau mee je.
Dah terbiasa camtu.
Bila makan nasi ptg2, perut dh rasa lain mcm.
So terpaksa la jeruk tu ibu KIV dulu la.

About me