"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"
Sekarang nie angah dh enjoy cz dh abis PMR.
Enjoy jap je ye angah cz lepas ni dh naik form 4 mesti kena kerja keras..
Jumaat lepas angah ikut rombongan SK ke Perak.
Kiranya 2 buah bas, 1 utk student lelaki n 1 utk student pompuan.
Yelh, budak2 SK menengah nie lain ckit.
Xleh letak 1 bas..BAHAYA!!!!!
Mula2 angah ke Kuala Kangsar.
Bbrapa tmpt gak la cikgu bawa budak2 nie.
Pastu baru ke CHighland.
Kira dh lama gak la angah xpi sana.
Sejak2 ayah sibuk.
Apa pn angah kt xbest sgt cz g holiday tnpa family.
Angah lak bkn jenis kaki enjoy.
Spesis skema rama gitu..
Ktnya bosan tgk kwn2nya yg ada trover dos tu..
Kha.kha.kha...
gitulh angah, budak remaja yg trlepas pndang dr mak bapak.
Apapn ibu bangga cz angah pndai bawa diri.
(dngar cerita dr cikgu2 )
Cikgu2 pn siap suruh angah jd pemantau kekwn tu semua.
Dan terima kasih kpd semua cikgu2 angah krn menjaga angah sebaiknya.
Siap tolong belikan brg2 yg ibu pesan....
Thankz a lot Cikgu Tuminah dan yg lainnya........
Jom layan gambar jelh..... Gira (tudung biru) best friend angah sejak dr drjah 1 n mrk sama2 ke RKA SK yg sama...
@ Kuala Kangsar Asma pn best friend angah gak....
Istana lama
tmpat proses labu sayong....
@ Cameron Highland
souviner yg angah beli utk family...... Oppssss...lupa nk snap buah strawberry.....
Semalam jiwa n jantung ibu tersentap bila menerima msg di FB dr seorg ibu.
Tiba2 airmata mencurah tnpa dpt ibu tahan.
Sedih, sebak, sayu n trperanjat.
Xibu sangka, keratan akhbar ttg tragedi pelajar UM jatuh dr bangunan
yg ibu baca pada 1 Ogos lepas adalah ex-student ibu.
ZULKHAIRI AZMI..
Serg murid yg baik, sopan n manja.
Mmg ibu agak rapat dgn semua student ibu.
Ketegasan ibu penuh dgn kasih syg.
Mrk mengerti bila masa ibu marah,
bila masa ibu boleh diajak berbual,
bila masa ibu boleh dijadikan tmpat meluahkan rasa.
Dan ibu rasa amat bersalah krn sewaktu mengajar di Mersing,
ibu berpindah tnpa memaklumkan pada mrk semua.
Sebenarnya ibu sedih n ibu pn xrela brpindah masa itu.
Setiap hr ibu menangis bila ayah isikan borang prmohonan.
Dan ibu masih ingat ayah menangis dilutut ibu bila ibu brkeras
xingin ikut ayah brpindah.....
Sebagai isteri ibu trpaksa mengalah n redha....
Ya Allah, xdpt ibu nk ucapkan betapa sedihnya hati.
W.pn sbg guru, anak2 murid ibu tatang bagai anak sndiri.
Xpernah sesekali memilih kasih.
Semoga Allah menempatkan arwah di sisi org2 beriman.
Al--Fatihah buat arwah dan semoga kluarga arwah tabah n sabar melalui ujian getir ini.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....
Msg dari FB ibu:
Msg 1
askum.....cikgu..saya puas tertanya2 kemana cikgu pindah...ingat kn dh blk kelantan rupanya ada di muar...Saya ibu kepada allahyram Zulkhairil Azmi ank murid cikgu dri drjh 1-3....Sebelum anak saya meningal dia ada mencari kemana cikgu pindah....
Msg 2
Arwah jatuh dri tingkt 5 kk12 UM pda 30 julai yg lepas...berita pelajar Um jatuh dr tingkat 5 semua akhbar ada siar kn...Dia jatuh pda hari jumaat lepas solat jumaat kerana nk mengambil dompet dn hp dia yg tertingal di bilik kawan dia....Pintu bilik kawan dia kunci kerana lepas solat jumaat kawan dia terus gi kfc...bila dia tgok terkunci tgok terkunci jdi dia masuk dari balkoni bilik kawan dia untuk melangkah ke balkoni yg sebelah....tpi dia tersalah pijak...dan ketika tu dia tk pakai cermin mata....Arwah sgt sayang dgn cikgu...wktu darjah 4 dia cari cikgu..tpi dia tktahu kemana cikgu pindah....Klu cikgu nk ingat wjah dia tgok fb dia zooairel ajemi.
msg 3
T.kasih cikgu...hanya allah yg tahu perasaan saya ketika ini...alfatiha untuk arwah.....moga cikgu ingat arwah disetiap doa cikgu....
Petikan Berita yang ibu ambil
Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.
Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.
Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ‘sampah’.“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday
p/s: sama2 kita hadiahkan awrah Al-Fatihah..Semoga arwah tenang di sana. Utk Azmi, cikgu halalkan segala ilmu yg telaj cikgu curahkan , cikgu maafkan segala kesilapan n segala2nyapd...Semga kamu tenang di sana.....amin....
Weekend xkemana2.. Terperap kt rumah. Dok layan mata. Best gak bermalas2 kt rumah. Tiba2 kerajinan dtg tnpa diundang. Susah woooo nk tunggu mood menjahit dtg nie. Apa lagi capai gunting, capai kain terus jahit baju. Bila dh siap...dok renung baju tu mcm kosong xbrseri lak. Yelh kain sutera kosong + kain batik blues clues.
Masa tgh kerajinan melanda so ibu jahit la manik. Mula2 tu kt tangan jeee.... Pastu ke kaki baju lak...he.he.he.... Konon2 nk naikkn mood g SK esok. Dah hujung thn nie faham2 jelh. Mesti full xtvt kt SK tu.... Moga2 brsemangat la melangkah esok.......
p/s : mood sedih lak, baru jap ibu terima msg kt FB berbunyi : "asskum...cikgu...puas sy trtnya2 kemana cikgu pindah...ingatkan dh balik Kelantan rupanya kt Muar...sy ibu kpd allahyrham Zulkhairi azmi anak murid cikgu dr thn 1-3..Sebelum meninggal dia ada mencari kemana cikgu pindah..."
tersentap jantung ibu...sedih xtrtahan. Kesian arwah. Mmg masa ibu pindah dulu ramai anak2 murid menangis n pernah seorg anak murid brbangsa Cina siap peluk2 n ugut xnk SK kalu cikgu xbw dia brsama... Al-Fatihah buat arwah..semua arwah ditempatkn dikalangan org2 briman n tenang disana....