Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 November 2010

Jantung Ibu Tersentap.

Semalam jiwa n jantung ibu tersentap bila menerima msg di FB dr seorg ibu.

Tiba2 airmata mencurah tnpa dpt ibu tahan.

Sedih, sebak, sayu n trperanjat.

Xibu sangka, keratan akhbar ttg tragedi pelajar UM jatuh dr bangunan

yg ibu baca pada 1 Ogos lepas adalah ex-student ibu.

ZULKHAIRI AZMI..

Serg murid yg baik, sopan n manja.


Mmg ibu agak rapat dgn semua student ibu.

Ketegasan ibu penuh dgn kasih syg.

Mrk mengerti bila masa ibu marah,

bila masa ibu boleh diajak berbual,

bila masa ibu boleh dijadikan tmpat meluahkan rasa.


Dan ibu rasa amat bersalah krn sewaktu mengajar di Mersing,

ibu berpindah tnpa memaklumkan pada mrk semua.

Sebenarnya ibu sedih n ibu pn xrela brpindah masa itu.

Setiap hr ibu menangis bila ayah isikan borang prmohonan.

Dan ibu masih ingat ayah menangis dilutut ibu bila ibu brkeras

xingin ikut ayah brpindah.....

Sebagai isteri ibu trpaksa mengalah n redha....


Ya Allah, xdpt ibu nk ucapkan betapa sedihnya hati.

W.pn sbg guru, anak2 murid ibu tatang bagai anak sndiri.

Xpernah sesekali memilih kasih.

Semoga Allah menempatkan arwah di sisi org2 beriman.

Al--Fatihah buat arwah dan semoga kluarga arwah tabah n sabar melalui ujian getir ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....


Msg dari FB ibu:

Msg 1

askum.....cikgu..saya puas tertanya2 kemana cikgu pindah...ingat kn dh blk kelantan rupanya ada di muar...Saya ibu kepada allahyram Zulkhairil Azmi ank murid cikgu dri drjh 1-3....Sebelum anak saya meningal dia ada mencari kemana cikgu pindah....

Msg 2

Arwah jatuh dri tingkt 5 kk12 UM pda 30 julai yg lepas...berita pelajar Um jatuh dr tingkat 5 semua akhbar ada siar kn...Dia jatuh pda hari jumaat lepas solat jumaat kerana nk mengambil dompet dn hp dia yg tertingal di bilik kawan dia....Pintu bilik kawan dia kunci kerana lepas solat jumaat kawan dia terus gi kfc...bila dia tgok terkunci tgok terkunci jdi dia masuk dari balkoni bilik kawan dia untuk melangkah ke balkoni yg sebelah....tpi dia tersalah pijak...dan ketika tu dia tk pakai cermin mata....Arwah sgt sayang dgn cikgu...wktu darjah 4 dia cari cikgu..tpi dia tktahu kemana cikgu pindah....Klu cikgu nk ingat wjah dia tgok fb dia zooairel ajemi.

msg 3

T.kasih cikgu...hanya allah yg tahu perasaan saya ketika ini...alfatiha untuk arwah.....moga cikgu ingat arwah disetiap doa cikgu....


Petikan Berita yang ibu ambil

Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.

Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ‘sampah’.“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday

p/s: sama2 kita hadiahkan awrah Al-Fatihah..Semoga arwah tenang di sana. Utk Azmi, cikgu halalkan segala ilmu yg telaj cikgu curahkan , cikgu maafkan segala kesilapan n segala2nyapd...Semga kamu tenang di sana.....amin....

18 ulasan:

Ain berkata...Reply To This Comment

sedihnya kak, rasa nak nangis jugak...

huhuhu....

al-fatihah untuk arwah dan moga roh arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...

Unknown berkata...Reply To This Comment

salam nza....

jasa guru tetap dikenang....mesti nza cikgu yg paling rapat dgn semua pelajar, sebab tu ler semasa hayat arwah mcari di mana guru nya menghilang...

semoga arwah tenang di sana , AL FAATIHAH

NzA berkata...Reply To This Comment

to ain
mmg akak sedih sgt dpt berita nie...xsangka tragedi tu menimpa anak murid sndiri....Al-Fatihah.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi humaira
sedih sgt ummi bila baca sms dr ibu arwah...rasa trkilan sgt....moga arwah tenang di sana...al-Fatihah....

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

al fatihah tuk arwah..

kalu dilla pun dilla akan rasa terkilan..pulak tu die cari2 akak lak tu..haishhh...sedihnyeeeee...

Suziey Ahmad berkata...Reply To This Comment

ouh terharunya..dia cari cikgu dia dan xsempat nk jmpa plak tu..huhu..xpela doakan agr dia sntiasa tenang di sana..

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
mmg trkilan sgt2...dia ada FB ttp xsmpt nk add akak......

NzA berkata...Reply To This Comment

to suziey
mmg trharu n sebak sgt rasanya...sama2 doakan agar arwah tenang disana.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

kak,hanie ada baca kesah ni di blog kwn baik arwah ...pompuan..xsangke ank murid akk ! mmg tragus kmatiannya...moga arwah dicucuri rhmt..amin

mamapp berkata...Reply To This Comment

saya ada terbaca berita ni.. mmg sedih sgt.. tak sangka bekal anak murid kak nza. mmg dia sayang dgn kak nza yer.. semoga rohnye dicucuri rahmat

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummi hanie
akak pn ada baca ttp xsngka yg tu ex-student akak...mmg sedih sgt.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to adda
2lh, sedihkn bila jadi camni....dan yg plg sedih bila dia mencari akak semasa hayatnya.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

takziah buat keluarga...
sedihnya.. dia memang anak murid yg baik kak... dah sampai janji ALlah..
semoga roh nya dicucuri rahmat... lagipun dia meninggal pd hari jumaat kan....

NzA berkata...Reply To This Comment

to kakyong
2lh, ttp sedihnya bila dia mencarin cuba jejaki akak tu ttp xjumpa hingga akhir hayat.

Moga2 gitulh, moga Allah makbulkan doa2 kita semua.....

Normaliza berkata...Reply To This Comment

al-fatihah & takziah buat keluarga arwah..

kak, selalunya org yang baik mmg cepat Allah ambik kan..

Nur berkata...Reply To This Comment

Sedihnya..
Alfatihah untuk arwah.
Allah lebih sayang dia, kak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to normaliza
betul tu nor....biasanya gitulh...ttp rasa trkilan sgt hati akak nie.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
gitulh yati, pemergian arwah xtrduga...moga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya.....

About me