Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan tak boleh komen. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan tak boleh komen. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

29 November 2016

Aktiviti Sekolah Ibu -November

Bulan penutup sesi persekolahan yang semakin sibuk dengan pelbagai program.
Ibu cuba recall setakat yang ibu ingat.

Lawatan Sambil Belajar ke Legoland
3.11.2016
Program yang paling mendapat sambutan anak-anak didik terutama murid Tahun 6.
Kisah lanjut klik SINI


Program Seribu Langkah
di Kg Parit Haji Idris
5.11.2016
Program bersama penduduk kampung berhampiran.
Program anjuran bersama Klinik Kesihatan BG dan disertai penduduk kampung dan murid-murid sekolah.
Ada pertandingan mewarna bagi murid Tahap 1, 1000 langkah dll.

Peperiksaan Akhir Tahun
7-10.11.2016
Berjalan dengan jayanya dan cikgu-cikgu sesak nafas menanda dan memasukkan data dalam SAPS.

Mesyuarat Badan Kebajikan Bilik Guru
8.11.2016
Banyak membincangkan tentang majlis persaraan GB dan family day SKPK.

Mesyuarat Profesional
10.11.2016
Meeting pra penutup sesi 2016.
Banyak program sedang menanti sebelum berakhir sesi persekolahan.
-majlis Khatam Al-Quran murid Tahun 6 (17.11.2016)
-Pengumuman keputusan UPSR (17.11.2016)
-Majlis graduasi dan hari Anugerah Kecemerlangan (21.11.2016)
-Majlis Persaraan Guru Besar ( 24.11.2016)

Kursus Semakan Pendidikan Kesenian
di SKBR
15-16.11.2016
Matapelajaran PSV digabungkan dengan Dunia Muzik maka terhasilah
matapelajaran Pendidikan Kesenian.
Ibu memang suka sangat kalau hadir kursus berkaitan dengan seni ni sebab rakan-rakan memang sporting.
Kami menghasilkan bahan seni....mencipta tarian dan membuat persembahan.
Tiada erti kata "malu atau segan" sebab kami harus aplikasikan semua tu pada anak-anak didik pula....

Hasil seni kami.
Dah siap kami buat pameran....
Pegawai PPD dijemput untk melihat hasil seni kami....

Kisah di sebalik tabir.
Balik kursus hari pertama......sampai rumah dah petang.
Malamnya menyiapkan bahan untuk persembahan keesokkan harinya...
Beginilah kalau cikgu-cikgu berkursus...kami sekadar berkursus di dewan sekolah...
Membawa balik bahan untuk present keesokkan harinya...namun kami tidak pernah mengeluh....

Disamping itu ibu menyiapkan bahan-bahan untuk hiasan dewan sekolah.
Maklumlah minggu-minggu terakhir banyak program sedang beratur menunggu giliran untuk diselesaikan......


Dan keesokan harinya.....dengan "rela hati" membuat persembahan di depan orang PPD.
Rakan-rakan semuanya sporting dan melakukan aktiviti tanpa mengira usia dan bangsa.
Kami lakukan semua ni demi anak-anak didik.
Buang rasa segan...malu....tebalkan muka dan Alhamdulillah kami mendapat ulasan yang sangat positif dan membina daripada mereka.

 Geng ibu yang sporting....pelbagai bangsa....

Hasil seni kumpulan ibu K6

Khatam Al-Quran
17.11.2016
Majlis anjuran Panitia Agama Islam bagi meraikan murid-murid Tahun 6 yang berjaya 
khatam Al-Quran.

Keputusan UPSR
17.11.2016
Seluruh Malaysia dikejutkan dengan pencapaian straight A UPSR 2016 yang hanya 1.10% sahaja.
Siapalah kita kan nak komen lebih-lebih.
Kami hanya pelaksana dan kena akur dengan arahan...
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH".
Cuma ibu terkilan bila seorang VIP menunding jari dan seolah-olah guru yang bersalah.
Takpelah...kami terima walaupun pahit...
DI SANA nanti ALLAH akan memberi jawapan sebenarnya.
Bertapa cikgu-cikgu siang malam berkorban masa dan tenaga demi melihat anak-anak didik cemerlang hinggakan lupa anak-anak sendiri sedang bergelumbang dengan final exam di IPTA...huhuhu....
Meninggalkan keluarga menghadiri kursus yang diarahkan tanpa menuntut claim sesen pun.

Majlis Penyerahan Sijil Kecemerlangan SISC
Guru-guru Daerah Tangkak
20.11.2016 

Majlis diadakan di dewan SKL.
Alhamdulillah...terima kasih di atas penghargaan ini.


Menerima sijil penghargaan dan kecemerlangan daripada Pegawai PPD.

Antara guru-guru yang diraikan di majlis anugerah.

Majlis Gradusi Pra Sekolah
21.11.2016
Anugerah untuk anak-anak junior dibawah KPM menerima sijil menandakan mereka telah tamat pra sekolah dan bakal melangkah ke tahun 1

Anak-anak kecil yang tak sabar nak naik ke pentas.

Hari Anugerah Cemerlang Akademik
21.11.2016 (Isnin)
Anak-anak Tahun 1-6 yang cemerlang menerima penghargaan mereka.

Jamuan Akhir Tahun 6
22.11.2016
Alhamdulillah rezeki hujung tahun datang mencurah-curah.
Jemputan ke jamuan murid Thn 6.

Majlis Persaraan Guru Besar Bersama VIP
23.11.2016
Majlis Sesi 1 diadakan bersama MGB dan pegawai PPD.
Jamuannya kami tempah dari katering.
Menunya sedap dan berbaloi-baloi.
Kuih muih banyak yang cikgu-cikgu dan staf sponser.



Majlis Persaraan Guru Besar Bersama Warga SKPK
24.11.2016
GUru Besar beradu di atas pentas.
Redha jelah di solek oleh rakan ibu...ha3x..
Tema : Kesultanan Melaka.

So kami pun kena ikut tema. Biar nampak klasik.
Mak-mak dayang sempat posing sebelum berarak...Fuh..peluh sampai ke kaki.
Maklumlah berselubung dengan kain songket.

Guru Besar diarak dengan beca yang dihias oleh cikgu-cikgu perempuan.
Nanti ibu buat n3 disebalik tabir.

Bergambar kenangan terakhir bersama GB.
Saat terakhir GB sebak dan menitiskan airmata.
kami pun turut bersedih.....
Patah tumbuh hilang berganti.
Namun yang pergi tak akan sama dengan yang akan hadir.
Pasti selepas ini kami akan merindui senyuman manis Tn Hj..
lembut tutur kata....suka berjenaka..banyak memberi motivasi dan nasihat.
Selamat bersara Tn Hj Sahardin...Moga Tn Haji bahagia melalui kehidupan baru setelah mencurah bakti lebih 37 tahun kepada anak bangsa.


Keratan akhbar tentang persaraan GB kesayangan kami.

Alhamdulillah.....
Semuanya selesai dengan jayanya.
Lepas ini ibu boleh tumpukan kepada 1 lagi urusan besar yang bakal ibu lalui semasa cuti.....

9 Januari 2015

Lokching Homemade

Kebelakangan ni ibu begitu gigih membuat lokching a.k.a satey ikan sendiri.
Makanan feveret ibu dan setiap kali balik kampung pasti ibu akan cari....
Rindu kampung punya pasal...ibu rajinkan diri.

Nilah benda alah yang menjadi kegilaan ibu...Lokching a.k.a satey ikan.

Maka dengan gigihnya ibu cuba buat sendiri.
Bukan susah sangat cuma kemalasan ditahap tertinggi buatkan
projek ibu terbengkalai.....
Dan sudah pastinya ayah jadi orang yang sedia berbakti mencari
bahan-bahan yang si isteri inginkan.......

 Bahan-bahan :
1/2kg tepung ubi/kanji
1 kg ikan selayang di buang tulang dan kisar(nak tumbuk pun boleh)
1 biji bawang besar di kisar
1 sudu besar soda bikarbonat
sedikit garam dan serbuk perasa.

Semua bahan digaul sebati serta diuli membentuk doh.
Bentukan bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dan kemudian di cucuk pada lidi satey.
Bakar sekejap....(sila rujuk gambar di atas)
dan celup dalam sos manis/sos pedas.

 Ini versi orang malas seperti ibu.
Goreng sampai tak hinggat dan campak dalam pinggan...
Menimbun.....
Lagipun stok lidi tak ada....
Tak sampai hati nak suruh ayah keluar lagi semata-mata  beli lidi satey....
Baikkan ibu...ha3x....

Anak-anak pun confius bila ibu kata tu lockhing...
Masing-masing diam...no komen.
Ibu tahu dalam hati masing-masing komen ibu......

Ni sosnya.
Cara-cara :
Tumis 3 ulas bawang putih yang telah diketuk.
Masukkan air, 2 sudu besar tepung ubi/kanji, pewarna merah dan gula.
Kalau nak pedas masukkan serbuk cili.
Masak hingga agak pekat.......

Dah penat gentel bulat-bulat.....tiba masanya ibu gentel panjang2.....
Ha2x......maka terhasilnya keropok lekor yang sangat sedap.
Bahan pun sama jekan....

Ok selamat mencuba....Cuma jangan jadi resepi "derhaka"
macam ibu ye......he3x....

p/s:
Semalaman ibu xdapat lena risaukan  penerbangan ayah kerana
cuaca semalam tidak begitu baik....Syukur Alhamdulillah ayah selamat tiba.

8 Ogos 2014

Riang Ria Raya 2014 -Bercelaru

Tarik nafas...hembus...tarik nafas...dan hembus....
Tak tahu nak bermula dari mana.
Tak tahu nak pilih gambar mana...
Nampak tak permainan ibu yang memang dah makin disaluti lemak M
untuk up-date blog..

Dah masuk hari ke 11 raya masih buntu nak buat n3 raya.
Selongkar-selongkar gambar, rupanya langsung tak ada gambar menu hariraya.
Yang pastinya 3 minah (kaklong, ibu dan adik atie) dah 5 tahun berturut-turun gantung periuk kuali
di malam raya semata-mata nak melaram dan tak nak berpeluh di hari raya.
Dasyatkan mak-mak dara yang nak beraya tak hinggat dunia....
Dan mak-mak dara ni mengalahkan 4Farahs tu.....adeh.

 Ini je yang ibu jumpa dalam banyak-banyak gambar.
Menu hariraya pertama: satey + ketupat +lemang + kuah kacang + mee kari + bubur kacang dan
diiringi menu-menu sampingan lain.

Ni entah pingan sapa yang ibu snap.
Dan ibu yang memang "hantu"satey makan tak hinggat.
Yang uniknya ibu makan satey tanpa kuah kacang dan ketupat.
So ibu boleh capai satey bila-bila masa tanpa perlu bersusah payah cari pinggan....
Itulah ibu......

Hari ke 2 kami tempah nasi dagang.
Nasi dagang + gulai ikan tongkol + gulai ayam + gulai itik + sup makaroni
(resepi adik atie yang sedap).
Berjurai jugak airmata ibu bila dengar komen-komen nasi dagang tu
sangat-sangat marvelous.
Sebabnya ibu bukan penggemar nasi dagang.
So hari kedua ibu pergi terjah rumah pakcik makan nasi minyak....
Ibu ambil sedikit untuk mengalas perut. Itu pun tak habis.
Nama je mek Kelate tapi tak minat nasi dagang.....

Cerita tang bergambar pulak.
Memang huru hara.
Maklumlah kami kejar masa untuk melarikan diri sebelum rumah abah/mama diserbu....
kih.kih.kih....
Main tangkap muat je posing.
Mana yang sempat je kami tarik.
Masing-masing sibuk nak makan la, nak ke toilet la...adeh...sabar jelah.
 Nak letak kategori mak-mak dan ank dara tak sesuai bila tiba-tiba terselit adik yu dihujung.

Gambar ini pun entah apa-apa....main selit-selit je.
Akhirnya mama yang kat belakang tu langsung tak kelihatan...huhuhu....
Dasyat betul kami nie.
Konon berebut nak bergambar bersama Abah dan Mama tapi
kami yang syok sendiri..
Abah pun entah lari kemana.......

Candid...candid......tengok tu, Ayah dan Farouk tak menyempat  makan.
Sabar jelah.

 Bersama 3 Farahs....Naurah entah kemana.

 
Sempat ibu tarik Farouk dan Naurah..Beby dan Along pulak hilang...adeh.


Akhirnya sempat tarik 4Farahs tapi Farouk pulak hilang.....

Masuk jelah mana yang ada...huru hara betul family ibu nie.

 4Farahs bersama makcik kesayangan Cik Ita dan Alya.

 Angah dan Naurah.
Pelikkan tengok Naurah dah nak sama tinggi dengan Angah yang mempunyai ketinggian 164cm.
Jangan terpedaya dengan ketinggian Naurah tu sebab dia pakai wedges....he3x...

_
Beby....memang  paling suka posing....

Candid...candid...inilah kerja ayah.

Macam biasa...edisi peluk, cium, mohon maaf dan bagi duit raya.
Paling sebak bila abah peluk ibu erat-erat dan menangis.
Ya Allah, sedih dan sangat-sangat sayu.
Ibu pun tak pasti kenapa abah begitu sebak dipagi raya.
Walaupun dah berkeluarga dan punya anak remaja ibu tetap "baby girl" dimata mama dan abah.
Kalau boleh ibu ingin terus merasai pelukan dan ciuman mereka setiap hari.......


Along diampit 2 orang jejaka terhangat.
Jangan salah sangka ye...ni pakcik2 kesayangan along yang
beza umur antara 2 dan 4 tahun sahaja......

Oklah, ibu tepek lagi 2 keping gambar kami sekeluarga.


p/s:
Esok bermulalah program marhaban anjuran sekolah ibu.

2 Ogos 2014

Tepek Gambar Raya 2014

Selamat Hari Raya semua rakan-rakan blog ibu.
Mohon maaf jika terlanjur bicara bila meninggalkan komen di blog kalian.

Punyalah ibu ni bersemangat nak balik kampung hingga tak sempat nak beri ucapan.
1 minggu di kampung rasa tidak puas beraya...adeh.
Takpelah ye walaupun hari ni dah masuk raya ke 6 dan ibu sekeluarga pun selamat tiba
semula ke Muar.

Ibu tepek 2 keping je dulu gambar ye.
Manalah tahu masing-masing RINDU kan ibu sekeluarga.
Boleh tatap gambar ni...
He3x....ada ke orang rindukan kami.
Kalau tak rindu buat2 rindu ye...

 Keluarga besar ibu. 4Farahs, Farouk bersama ibu dan ayah.
Macam biasa family ibu TIADA TEMA sedondon kecuali 2 orang bujang terhangat kami....
Perancangan awal ibu dan 4Farahs nak pakai tema baju dari Bandung
tapi kami tukar plan saat-saat akhir.

Family ibu bersama mama dan abah.
Ni saja yang ibu tepek untuk hari ni.
Tengoklah kalau rajin ibu akan buat n3 tentang raya kami di Kelate ( Raya 1-5).


About me