Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Mei 2012

Muzium Negeri Terengganu

Destinasi pertama ibu semasa di Terengganu ialah ke Muzium Negeri.
Kebetulan masa tu kami ingin pergi ke Taman Tamaddun Islam
yang terletak bersebelahan.


Di pintu masuk Muzium Negeri

Model ibu.
Nak buat macam mana, cuma Beby je yang pergi bersama ibu.
4F tinggal dengan ayah....

posing lagi......
Pelawat tidak dibenarkan membawa masuk kamera.
So kameranya ibu tinggal di kaunter dan sebenarnya 1 lagi ada dalam hbag....ngee.....

Cuma 2-3 keping je gambar ibu snap kat bahagian dalam......

Hari terakhir sempat singgah solat jamak di Masjid terapung
dan ibu makan tengahari di sini.......
 masjid terapung.

p/s:
Kesibukan melanda.
Nak update blog pun tak sempat.
Dah rindu nak BW blog kekawan.........hu.hu.hu......




9 Mei 2012

Kerinduan Terubat....

Sepanjang berada di Terengganu,
perkara pertama dalam minda ibu nak cari makanan tradisional.
Ingin melepaskan gian pada makanan yang jadi iguan ibu.
Sebenarnya ibu rindu pada kampung....hu.hu.hu.....

Makanan Negeri Terengganu dan Kelantan tak banyak beza.
Dan ibu pernah belajar di Maktab Perguruan Kuala Terengganu yang sekarang
dikenali sebagai  IPGM Kampus Dato' Razali Ismail.
Ibu sudah sebati dengan dialek Terengganu kerana ibu ramai kawan dari sana.

Seawal pagi hari pertama di K.Terengganu,
ibu bersarapan dengan nasi kerabu + ayam bakar madu.
Tak terkata nikmatnya.
Padahal suatu ketika dulu ibu langsung tak makan nasi kerabu walaupun ibu anak jati Kelantan.
Sekarang nasi kerabu jadi makanan yang dalam senarai teratas sejak berhijrah ke Johor.....

Hari ke dua, ibu bersarapan dengan Laksam.
Makanan kegemaran ibu sejak kecil.
Sedapnya tak terucap dengan kata-kata.
Kuah pekat secukup rasa ditambah ikan segar......

Pagi itu juga ibu order nasi dagangan walaupun ibu tak begitu mengemari nasi dagang.,
Sekadar melepaskan rindu kerana nasi dagang adalah makanan kegemaran mama.......

Juga keropok losong.
Yang suatu ketika dulu mejadi santapan ibu bila outing dengan kawan-kawan masa di kampus.....

Pencarian ibu seterusnya ialah di Pasar Payang.
Mencari serunding daging atau lebih dikenali dengan "sambal daging".
Banyak juga melabur kat Pasar Payang...hu.hu.hu......


Cuma ibu amat terkilan bila misi utama ibu untuk mencari kuih belimbing tidak kesampaian.
Puas ibu merayau sekitar Pasar Payang namun bayang kuih belimbing tidak ibu temui.....hu.hu.hu...
Ibu juga terkilan kerana niat hati untuk makan ikan + seafood celup tepung tidak kesampaian...
Kempunan...kempunan.....

Dengan gigihnya ibu search resepi ni kat internet.
Yang kelakarnya kat rumah takde acuan.
Suka suki je jadi kuih belimbing buluh tetapi rasanya lebih kurang sama........

beginilah rupa orang yang dah mula lupa diri......

hasil rembatan ibu.....

Hajat yang utama ialah bershopping....
Hampir muflis ibu dibuatnya.
Rembat beberapa pasang kain batik sutera yang semuanya cantik dimata ibu.
Rasa nak je kedai kain sutera tu ibu angkut sekali.
Tiba-tiba lupa diri....
Perangai yang tidak mampu ibu kikis sejak dulu...hu.hu.hu......
Bila nak bayar tiba-tiba terbelik biji mata ibu melihat
jumlah rembatan ibu........terketar-ketar tangan ibu membayarnyaaaaa....
Sabar jelah..
Boleh claim tak ayah???????.......

8 Mei 2012

Taman Tamaddun Islam @ Terengganu

4 hari ibu menyepi dan membawa diri.
Mesti kalian rindukan ibu kan..kan...kan......
Perasan je.....he.he.he.....

Sebenarnya ibu membawa diri ke Terengganu.
Pergi berdua bersama Beby @ FArah Najdah.
Membawa hati yang lara....
Sila jangan percaya....he.he.he.....
Ibu sebenarnya pergi bercuti ke sana selama 3 hari 2 malam.
Dan yang paling best ibu pergi bersama-sama 2 orang best friend ibu Ani dan E.
Gempak habis.
Tak habis-habis dengan gelak ketawa.

So giliran ayah pula jaga anak-anak di rumah....
TQSM ayah kerana tolong jadi baby sitter + tukang masak untuk
anak2 dara Ayah yang dah besar tu...he.he.he....

Ibu pergi ke beberapa destinasi.
Hari pertama kami ke Taman Tamaddun Islam, Masjid Kristal dan shopping di Desa Murni.
Yang tak tahan ibu hampir muflis masa kat Desa Murni tu.
Rasa nak je rembat semua kain batik sutera kat sini.
Sabar jelah.....

Hari seterusnya sibuk dengan aktiviti bershopping sampai lupa diri.
Nasib baik masih ingat nak balik.
Dan yang paling seronok dapat jumpa abang angkat ibu bersama family.
Berpisah selepas tamat belajar dan bila jumpa masing-masing dah punya
anak2 yang dah besar.....
Anak-anak kami pula hampir sebaya...
Jawabnya boleh berbesan la nanti......ngee.....

Oklah jom layan gambar semasa di Taman Tamaddun Islam...
Sila jangan muak ye....
Model ibu, Beby.......

Ibu pun menyelit......

Beby lagi......

dan ibu...macam orang jakun lak......


 bahagian dalam replika....

 dan lagi.....

 dan lagi.....


banyak sangat gambar.....malas dah nak upload......

ni Masjid Kristal.
Beby snap gambar ni masa kami di dalam cruise semasa menyusuri
muara Sungai Terengganu....
Ibu solat Jamak di sana tetapi lupa pula nak snap pic di sana.....

Ok tunggu ke destinasi seterusnya.......................!!!!!!

About me