Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 November 2016

Legoland

3.11.2016......Lawatan Sambil Belajar murid sekolah ibu ke Legoland.
So Farouk pun join sekali kebetulan masih ada 2 tempat duduk kosong.
Ibu tak pergi pun sebab hari persekolahan dan wakilnya Farouk.
Tiket bas + Legoland + Ayer Itam + makan = RM120.
Kiranya murah dan berbaloilah kan.

Oklah...kita tengok gambar ajelah.
Gambar ni Miss Ika yang w.apps.

Bertolak lebih kurang pukul 7.40 pagi dan tiba di sana pukul 10.30 pagi.

Posing dulu di pintu masuk.


Out-Door

Farouk berbaju hijau 3 dari kanan.
Sampai nangis-nangis katanya naik benda alah ni...gayat..
Alahai Farouk...macam mananak jadi hero ibu nih.....





 Tempat menyejukkan badan.

In-Door


Pakej makan tengahari di Legoland
 Posing sebelum bertolak ke Ayer Itam Kluang.

Tiba di sekolah dah pukul 10.15 malam......

7 November 2016

24 Tahun Berlalu

Pejam...celik..pejam celik rupanya sudah 24 tahun usia perkahwinan ibu dan ayah.
Perkahwinan ibu di usia awal 20an ( masih bergelar pelajar ) dan 
ayah dah di akhir 20an yang sudah berkerjaya.

Hubungan kami umpama adik dengan abang hingga kini.
Melayan kerenah ibu yang keanak-anakan, mendidik ibu menjadi lebih matang serta berdikari 
dan merangkap guru yang banyak mengajar ibu dalam dunia masakan.
Walaupun en ayah bukanlah seorang suami yang romantik namun en ayah
 melayan ibu dan anak-anak sebaik mungkin.
Menyediakan segala-galanya keperluan mengikut kemampuan tanpa sempadan.

Seorang suami dan ayah yang sangat sporting...cool dan tidak banyak kerenah.
Memberi kepercayaan pada ibu dan anak-anak tanpa prangsangka.

Terima kasih Ya Allah kerana kurniakan kami seorang hero yang penyayang, 
menjadi pelindung dan pembimbing yang penuh toleransi.

Terima kasih Allah kerana kurniakan kami kebahagiaan dengan perkahwinan ini....
Semoga ikatan kukuh ini kekal bahagia hingga ke jannah....Insyaallah....Amiin.

5 orang permata hati yang mampu menyejukkan hati ibu dan ayah.
Alhamdulillah.....
TERIMA KASIH ALLAH....

Selingan :
Suprise awal pagi.
Suprise la sangatkan.
Sebenarnya en ayah baru balik seminar di Pulau Langkawi selama 4 hari 3 malam.
So dia tahu ibu peminat kain batik dan coklat daim...he3x...


5 November 2016

Aktiviti Sekolah Ibu Sepanjang September dan Oktober

Lama dah itu tak update cerita ibu di sebalik tabir.
Meh la kita tengok apa aktiviti ibu selain mengajar.
Ini pun dah banyak yang ibu lupa.....hehehe...

Majlis Restu Ilmu Calon UPSR 2016
Program  rutin sehari sebelum UPSR....majlis penyerahan ilmu oleh guru-guru
kepada anak-anak didik.
Begitulah pengorbanan guru-guru yang mengajar tanpa mengira keringat....siang malam demi melihat anak-anak didik cemerlang.....

UPSR
5-8.9.2016
Sebelum masuk dewan peperiksaan anak-anak didik diberi sarapan....membaca doa dan diberi taklimat ringkas.

Para ibu bapa sedang beratur di luar dewan untuk mengiringi anak-anak....

Budaya sekolah ibu akan menjemput semua ibu bapa/penjaga untuk sama-sama
mendoakan dan mengiringi calon-calon masuk ke dewan...
Alhamdulillah...sambutan ibu bapa amat membanggakan.
Boleh dikatakan lebih 90% hadir setiap tahun....

Karnival Pra Sekolah Peringkat Daerah
28.9.2016
 Wakil sekolah berjaya ke peringkat daerah dan memenangi beberapa kategori...

Tekun mewarna

Ibu sekadar menempel je.....he.he.he...
Konon-kononnya jadi jurulatih mewarna untuk 2 orang anak kecil ni.
Sekadar membantu cikgu pra dan peserta yang bertanding di peringkat Zon dan mara ke Daerah.
Berkongsi sedikit ilmu yang ibu ada.

Bengkel Pemantapan Pedagogi
29.9.2016
Menghadiri bengkel Matematik di PPD.
Banyak ilmu yang ibu timba di sini.....

Perkhemahan Unit Uniform
30.9.2016-1.10.2016
Deretan khemah di padang sekolah...

 main masak-masak.....he3x

Program tahunan yang menjadi rutin ibu bermalam di hotel seribu bintang bersama-sama 
peserta perkhemahan.

Pengurusan Jenazah
5.10.2016
Program yang diadakan selepas UPSR.
Menambahkan lagi ilmu anak-anak didik dan cikgu-cikgu pun sama-sama belajar menguruskan jenazah.
 2 kumpulan.....murid lelaki dan perempuan melakukan aktiviti ditempat berasingan.....

Ustaz dan Ustazah yang menjadi pembimbing kami...

Tak sah kalau tak nangis...Abis tudung cikgu basah dek airmata anak-anak ini....
Moga ilmu ini membawa maanfaat kepada mereka sampai bila-bila.

Hari Sukan Negara
8.10.2016
Setahun sekali jelah bersukan....he3x....
Cairlah sedikit lemak-lemak di dalam badan....
Awal pagi berzumba bagai...lepas tu ada perlawanan bola tampar dan sukaneka..
Lepas aktiviti makan tak hinggat....


Program Bersama Matrikulasi Johor (KMJ)
15.10.2016
Sehari bersama pelajar Kolej Matrikulasi.
Masuk minggu ke 3 program berjalan semasa cuti hujung minggu.
Tak kisahlah kan...

Seni dan ibu tidak dapat dipisahkan.
Ibu dilantik menjadi Fasi untuk mural ni.
Kebetulan pulak warna baju kami hampir sama.

Inilah hasil "contengan" tangan berseni pelajar KMJ. Cantikkan.

Majlis Perpisahan dan Meraikan
26.10.2016
Sudah menjadi adat..Bertemu dan Berpisah.
Patah tumbuh...hilang berganti.
Masjis perpisahan seorang guru Pn Rosliza bt Razali yang berkhidmat selama 4 tahun
 dan ditukarkaan ke SKSK.
Juga Cik Sakinah, seorang guru sandaran ( baru tamat belajar UPM) mengantikan seorang guru yang cuti bersalin....
Juga meraikan kehadiran guru baru dari SKSR, Pn Ruhana bt Wakis
bagi mengantikan tempat Pn Rosliza.



Antara bulan September-Oktober...Fuh....berpeluh nak ingat tarikh-tarikh tu....


About me