Gara-gara Ayah ingin membawa anak bercuti jadi terpaksa
juga kami meredah 3 buah negeri untuk sampai ke destinasi.
Bermula dengan Johor, Melaka, N.Sembilan dan Kuala Lumpur.
Percutian yang singkat tetapi amat bermakna buat kami sekeluarga.
Kononnya cuti 3 hari sempatlah kami bercuti puas-puas.
Disebabkan Hari Sabtu ibu ada Program Marhaban,
jadinya cuti kami di singkatkan.
Lebih kurang 3 bulan kami tidak bercuti kerana kesibukkan Ayah dan anak-anak.
Begitulah Ayah, biasanya akan bawa anak-anak bercuti sebelum
mereka menduduki peperiksaan awam.
Konon-kononnya untuk 'release tension" anak-anak.
Ayah bagi peluang anak-anak membuat pilihan tempat percutian.
Semua anak-anak sepakat nak ke Genting Highlands.
Lega ibu rasa kerana tempatnya lebih kurang 250-300km dari rumah.
Kalau dirancangnya pergi ke pulau, haru juga....
Cuma kalau ke GH kena sediakan lebih fulusssss.....
Cuaca kat Genting Highlands sekarang sejuk.
Kabus tebal dan angin yang bertiup terasa dingin dan nyaman..
Mungkin sekarang dah nak masuk bulan 10
dan disusuli hujan.
ibu paling suka tengok gambar yang ini...
Sama je gaya 5 F ni....
Agak-agak apalah si ibu dan anak-anak tengok kat atas tu...
Beria-ia no.....
Buah hati ibu dan ayah.
Mereka sentiasa bersama...
Indah saat melihat anak-anak membesar di depan mata..
lepak-lepak sebelum ke Theme Park....
Theme Park
Farouk dan ayah memang tidak berenggang.
Asyik berkepit dan berpimpinan tangan.
Alahai, apa nak buat anak manja ayah...
sempat je mana-mana posing.
Penat ibu tau...
Destinasi pertama kami di Thema Park.
Sempatlah meninjau-ninjau di sini.
Yang kesiannya,
masa Beby beratur nak beli tiket,
tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya....
Selamat duit ibu....he.he.he..
SnowWorld
Masing-masing nak masuk ke Snow World
walaupun kat luar tadi mengiggil kesejukkan....
1 kepala RM20 ringgit.
Semua masuk kecuali Ayah sebab ayah terpaksa jari cameramen kat luar.
Kamera tak dibenarkan dibawa masuk.
Kalau nak bergambar kena bayar RM65 untuk 3 keping gambar je..
Mahal.....
Cabel Car
Naik kereta kabel yang terpanjang di Asia.
Rasanya tiket yang termurahlah di sini.
Turun naik hanya RM10 seorang.
Tapi gambar yang di snap oleh kakitangan sekeping RM35.
Along nak sangat so ibu beli jugalah.....
Masa naik kereta kabel ni kabus teramat tebal.
Masa ni hujan dah turun.....
Petang kabus makin tebal dan cuaca makin sejuk.
Dalam perjalanan balik Ayah berhenti lagi ditepi jalan.
Ayah tau sangat ibu suka snap gambar dan anak-anak suka posing.
Ayah memang sporting....
Thanks Ayah!!!!!.
Dalam perjalanan pulang hari dah petang..
Dan lebuh raya dari KL , Seremban hingga ke Air Keroh memang
"jam" tahap maksimum..
Maklumlah weekend hari tu cutikan 3 hari....
Tiba rumah dah 10 malam.
Penat sangat-sangat......