Ni kisah hari Sabtu lepas.
Draf yang terperap lagi....
Sabtu lepas sekolah ibu adakan Pek Sehari.
Draf yang terperap lagi....
Sabtu lepas sekolah ibu adakan Pek Sehari.
Hari yang sama ibu memecut ke
English Language Enrichment Programme yang Beby sertai.
English Language Enrichment Programme yang Beby sertai.
Seawal 7.00 pagi ibu dah terpacak kat sekolah.
Maklumlah Ketua Guru Pemimpin PPIM ibu kena la datang awal.....
Memantau apa yang patut sebelum bertolah ke Muar.....
kononnya la tu...........
Memantau apa yang patut sebelum bertolah ke Muar.....
kononnya la tu...........
Farouk pun sibuk nak join sama.
Bodek ayah supaya sediakan khemah persendirin untuk dia....
Kusyuk dan tekun sungguh dia memasang khemah...
Ibu memerhati dari jauh kerana menguruskan pendaftaran...
Bodek ayah supaya sediakan khemah persendirin untuk dia....
Kusyuk dan tekun sungguh dia memasang khemah...
Ibu memerhati dari jauh kerana menguruskan pendaftaran...
Budak ini sedari kecil mengikuti setiap program sekolah ibu.
Di awal usia 8 bulan Farouk dah ikuti camping dan bermalam di sekolah......
Taraa.....khemah Farouk dah berjaya di dirikan.....
Berehat seketika setelah berhempas pulas mendirikan khemah.....
Setelah Farouk selesai mendirikan khemah ibu bertolak ke Muar.
Berehat seketika setelah berhempas pulas mendirikan khemah.....
Setelah Farouk selesai mendirikan khemah ibu bertolak ke Muar.
Masa ibu tiba ke sekolah pada sebelah tengahari,
ibu lihat Farouk bersama rakan-rakannya sedang menjamu selera.
Entah siapalah yang sponser ikan bakar + nasi tu....
Sweet je tengok mereka makan sambil bergosip.....
Sweet je tengok mereka makan sambil bergosip.....
Sewaktu sesi pertandingan memasak dan pertandingan kolaj pun ibu tidak dapat bersama
kerana masih di Muar.
Alhamdulillah rakan-rakan guru banyak membantu...
kerana masih di Muar.
Alhamdulillah rakan-rakan guru banyak membantu...
Kolaj yang dihasilkan oleh kumpulan Naurah.
Pertandingan masakan.
Ibu pun tak tahu yang mana satu kumpulan Naurah punya
sebab gambar-gambar ni ibu ambil dari FB sekolah.
Lagipun masa itu ibu tiada di sekolah.....
Semasa pertandingan kembara ibu turut bersama.
Jauh juga mereka merentasi kebun kelapa sawit untuk sampai ke anak sungai.
Kebetulan hujan turun agak lebat.
Sesi berendam dalam sungai terpaksa dibatalkan kerana arus air deras akibat hujan.
Akhirnya kumpulan Naurah (Naurah selaku ketua kumpulan) iaitu
Kumpulan Siti Khadijah membolot keempat-empat kategori pertandingan
Kumpulan Siti Khadijah membolot keempat-empat kategori pertandingan
yang diadakan.
Johan Memasak-tak sangka anak ibu pandai masak....hehehe....
Johan Persembahan- persembahan malam tu menarik perhatian penonton.
Kumpulan Naurah mempersembahkan tarian "Night Fever" dengan menggunakan lampu.
Cantik sangat-sangat.. Tahniah kerana mampu mencipta gerakan dan mengatur ahli kumpulan dengan begitu baik tanpa bimbingan guru..
Naib Johan- Pertandingan Kembara
Naib Johan- Pertandingan Kolaj.....
Kumpulan Naurah iaitu Kumpulan Siti Khadijah meraih Juara Keseluruhan Perkhemahan 2012...
Itu akui Naurah akan lakukan sesuatu dengan baik dan teliti jika diadakan
setiap pertandingan.......
Semoga ianya menjadi kenangan manis buat Naurah sepanjang berada di sekolah rendah....