Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LUAHAN HATI. Papar semua catatan

19 Januari 2011

Sedih sangat!!!!!

Sedih sgt2.
Bila baju yang baru 2-3 hr lepas ibu pakai tiba2 dah


v

v

v

v

v

v

KOYAK!!!!!!!


dan yang paling sedih, baju ni br sekali ibu smpat pakai.
Bertambah-tambah sedih bila kainnya pemberian adik ipar.
Adik beli kain sari ni jauh.
Kt India sana semasa SIL ke sana.
Dan lagi sedih cz harga kain sari ni bukan murah.
Ratus2 hinggit regenya sepasang.

Bertambah2 sedih bila nilh baju yg ibu tempah
setelah sekian lama ibu jahit sendiri baju2 ibu.
Bukan murah upahnya......
hu.hu.hu.

"DI MANAKAN KU CARI GANTI, YANG SERUPA DENGANMU.."



Kain sari n sovenir ni ibu dapat dari adik yang pergi ke India
Klik sini.

13 Januari 2011

Pagi Yang EMO....

Xtau kenapa pagi2 nie ibu tiba2 emo.
Naik hangin 1 badan.
Habis anak2 ibu jadi mangsa.
Siap ibu bebel2 non-stop OTW nk hantar 3 Farah ke SK.
Siap ibu nangis berjurai2 airmata.
Tah apa2 la yg ibu sedihkan sgt.
Mayb dah lama xnangis kot.
Kesian anak2 ibu.
Maafkan ibu.

Hari yg teruk.
Mood masih xelok...

9 Januari 2011

Hadiah Utk Diri Sendiri!!!!!


Sedih je bunyi tajuk tu.
Ttp nk wat camne, dh xde org nk bagi hadiah kn.
Sesuka hati je nk hadiah.
Xde hari istimewa pn nk hadiah.
Bkn apa, nk ubat hati yg sedih...
Ye ke sedih...??????

Yelh asyik kena tinggal je dgn ayah.
Xde maknanya nk sedih2 sbb tu.
Ttp sedih gak la cz semua urusan semua di atas bahu jemala hamba.....
Sedih + stress.

Minggu pertama prsekolahan byk menuntut pengorbanan.
Banyak perkara yg perlu diselesaikan.
Badan penat, minda stress n mcm2 lg.
Ayah lak asyik BZ..BZ dan BZ.
So ibulh kena ambil alih semua urusan.

Bila PSS dh settle di pantau lega ckit.
Bila belek2 almari tgk ada bbrapa psg lain kain baju yg blm berjahit.
Seingat ibu kain tu ayah beli last year.

Tiba2 kerajinan dtg melanda.
Lepas Maghrib terus gunting kain baju.
Tengah kusyuk dok potong kain baju,
adik yg dok blajar kt U lak call suruh jemput kt Muar.

Aduhai, bkn dekat.
Dlm 48 km gak tu pergi- balik....
Rancangan tergendala jap...
Blk jemput adik dgn gigihnya ibu smbung kerja.
Teruskan operasi menjahit.
Nekad nk pakai esok harinya.
Alhamdulillah dlm 2 jam siaplh sepsg baju....
Dan esoknya ibu melaram dgn baju baru......
Xleh kempunan mcm dlm cerita "Batu Belah Batu Bertangkup".
Tenang la sikit jiwa raga nie.....
2 jugak motivasi utk diri sndiri agar jgn bersedih hati + stress....

ni ha bajunya yg ibu siapkan dlm masa 2 jam..
Kiranya operasi express .......


8 Januari 2011

Apakan daya.......

Minggu pertama mmg minggu yg tramat sibuk.
Mcm benda nk kena buat.
Mcm2 program yg kena ibu laksanakan.
2nd week dh kena adakan watikah perlantikan
pengawas/pustakawaan/ketua drjh n penolong.
Lepas tu kena anjurkan kursus utk mrk semua nie.
Perlu siapkan literasi maklumat setiap bahan dipersekitaran sk.

Tapi yg paling malang n sedih,
semua printer kt sekolah mogok.
Masing2 pakat ROSAK.
Gitu gak dgn mesin photostat.
Habis kerja2 trbengkalai.
Apa pn program perlu diteruskan.

Nak xnk terpaksa berkorban lagi printer kt rumah.
Bukan sikit bahan2 tu nk kena print out.
Skali print lbh 200 keping.
Dan terpaksa bawa sebahagian bahan2 tu utk diphotostat kt kedai.
Bukan berkira ttp trkdg benda2 camtu membantutkn kerja2 kita.
Belum kira wang ringgit, masa n keringat yg menitik.
Semua kerja terpaksa diangkut balik ke rumah.
Dan ada sstengah program kt dlm PC xleh nk import eksport.
Camne tu..

Bukan xckp pd pihak yg brkenaan.
Dh kering tekak nie....
Ttp trkdg mcm ckp dgn patung.
Alah patung cendana tu.
Sedangkan kita diarah wat mcm2 kerja ttp
bila jadi camni masing2 lepas tngan.

Dan yg paling best bila:
"Alah kt rumahkan ada printer.
Print je kat rumah tu"...
Yelah..yelah...baik bos!!!!!

Sedapkan teling mendengar kata2 manis camtu.
Sedangkan yg brckp tu xtahu masalah yg kita hadapi dan buat2 xtahu....
Xkn nk angkut PC blk rumah.
Atau perlukah harta2 kt rumah angkut ke sk????????

menjalankan OT kt rumah.................

operasi sepah menyepah sedang berjalan........
Sory ye along cz bilik along jd mangsa.....

tgk tu, atas printer ada gelas.atas meja ada makanan........

dan ditemani si burger bagi mengalas perut yg asyik berbunyi minta diisi......

26 Disember 2010

Apa la Nasib!!!!!

Awal2 pagi ibu wat n3 nie cz hari ni nk g 2 jemputan lagi....
Sekolah tinggal xbrapa hari lagi.
Dan mulai Isnin nie cikgu2 dh mula sibuk dgn persiapan utk kedtgan thn baru..
Mesyuarat...mesyuarat dan mesyuarat....

Hari ni nk cerita ttg buka teks.
Baru bbrapa thn nie je anak cikgu layak menerima buku teks mcm anak2 org lain.
Mmg cikgu xdpt keistimewaan masa tu.
Dan ibu smpt merasa membeli buku2 teks utk along masa di year 1.
Dan yg lainnya kena tunggu buku lebih.
Kalu ada dpt la n kalu xde kena beli la.
Kesiankan!!!!!

Dan yg paling menyakitkan hati ibu
bila murid2 yg layak menerima segala bantuan nie mcm xtahu menghargai.
Bkn ibu nk menunding jari ttp itulh kenyataan.
Mrk ni mmg golongan org susah n mmg patut dibantu.
Makan dpt free (RMT)-ttp punya la pilih mknan,
uniform free-tgh thn dh lunyai + hitam....,
buku teks sedari dulu la mrk dpt free n
segala2nya free.
Ttp mrk xtahu brsyukur n menghargai.
Dan bkn seorg dua ttp boleh dikatakan KEBANYAKKAN.
Ibu pn xpasti knapa jd camtu.
Dan antara mereka nielh yg slalu bermasalah kt sekolah.
Malas belajar,
xde tumpuan,
xbuat homework,
nakal- ganggu kwn n bising dlm kelas,
tinggal buku teks bwh meja,
dan mcm2 lglh.

Dan yang malangnya bila buku2 teks tu smpai ke tangan org lain.
Lihatlah.......
V
V
V
V
V
buku dh bercerai berai + koyak rabak.....

lunyai + lembik lentok.....

xcukup muka surat.....

tinggal bbrapa muka surat dan sebahagiannya hilang..........

Sedihkan.
Buku2 tu Naurah yg terima.
Boleh dikatakan setiap tahun anak ibu terima buku2 camni.
Dan tertulis nama penerima buku sebelumnya.
Ye anak2 murid ibu yg bermasalah spt yg ibu jangkakan.

Dan mangsanya orang lain.
Terpaksa menerima seadanya.
Dan bila Naurah merungut ibu cuba menenangkan.
Xnk tunjuk kemarahan kita...
"Xpelh kakak, kita cuba baiki buku2 tu. Nnti Allah beri ganjaran pahala".
"Selama nikan kakak slalu dpt no 1 "....
2lh ganjaran Allah bagi kt kita"....
Kesian ibu tengokkan naurah.
Dah la dpt yg koyak rabak + lembik + lunyai camtu.
Xcukup bilangan lak tu.

Ktnya xde mood nk belek buku2 tu.
Biasanya kalu dpt buku confirm dia belek2 n baca smpai abis....
Nampak muka kecewa dia.....
Frust la tu.......

Dalam hati ibu.......
hish!!!!!mau je ibu panggil mak bapak budak2 tu.
Nk tunjukkn buku2 yg telah anak2 mrk kerjakan.
Bkn utk dibaca ttp dibuat belacan.
Ttp biasanya mak mrk akn kata :
"entah la cikgu..anak saya mmg camtu"...
(dgn tersenyum2 n trsenggih tnpa rasa bersalah....)
Boleh ke lepas tngan camtu?????????

6 Disember 2010

Anganku Musnah!!!!!.........

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU BERSAMA AZAM BARU....
Semoga kita sama2 berubah ke arah kebaikan....
INSYALLAH!!!!!!

Pagi tadi g kedai Aircond & Aksesori kereta utk servis aircond kereta ibu.
Ibu rasa cam xbrapa sejuk jerrr aircond kereta sehari 2 nie.
So kereta trpaksa la ibu tinggal kt sana seharian.
Ptg tadi tokey kedai call suruh g ambik kereta yg dh siap diservis tu.
Punya la muka ibu ceria berseri2.....

Sampai jerrr kt sana.........................
Terperanjat beruk ibu bila tokey kedai tu
ckp servis aircond mencecah RM550.
Ibu mcm org yg trcekek tulang ayam trkebil2 seketika.
Terpaku + terperanjat + terkedu + terpingga2...
RM550 hinggit.
Ingatkn RM200-RM300 hinggit jerr.
Nasib baik ibu ada "terbawa" duit lebih dlm hbag.
Kalu tidak terpaksa ibu kena kerja part-time jd kuli kt situ...

Mak ai!!!! habis melayang duit bonus @ bantuan kerajaan yg ibu dpt awal bln hr tu.
Habis musnah angan2 ibu.....
Konon2 ada projek nk dibuat dgn duit tu.
Mmg xdpt merasa 1 sen pn apatah lg kena tmbah duit lain RM50.
Gitulh, setiap kali dpt duit lebih ada jerrr yg xkena.
Kt org, biasa la tu.......................

Ttp dh xde rezeki nk wat camne.
Redha dlm trpaksa.
Duit tu bkn rezeki ibu ttp rezeki tokey kedai tu.
hu.hu.hu........
Apa punya kereta suka dengki2 tuan camtu.......

28 November 2010

Ergh!!!!!Sakitnya Hati!!!!

Dah seminggu ibu cuti2 Msia kt Kelantan nie.
Dan sejak tu n3 ibu jrg di update.
Nk wat camne broadband @ beruk band Celcom lembab selembabnya.....
Buka 1 jam blm tentu dpt buat apa2.
Ibu pn xtau la depa punya prkhidmatan camne.
Belum tiba tarikh luput dh bagi sms peringatan.
Byran lak makin naik dr RM68 ke RM70 permonth...
Perkhidmatan mkn lama mkn hampeh...

13 November 2010

Xde mood la...

Konon nk update blog, tiba2 xde mood.
idea dh hilang gara2 dok fikir byk kerja yg blm settle.
Dan makin dkt cuti rindu pd family kt kg membuak2.
Bertmbah la xde mood.
Oklh, nnti kalu mood dh dtg ibu akn update lg...hu.hu.hu....

7 November 2010

Eeeeeeeeeeee...geramnya!!!

Tah knapa hari nie sedari pagi ibu cuba nk upload gmbar ttp xbrjaya.
Hish!!!! geram gak rasanya.
Kekonon nk wat n3 smpena g camping.
Smpai le nie xbrjaya.
Malas dh ibu nk tunggu lelama camni.
Tiba2 hilang mood.
Tgk la esok kalu ok.
Nk kata line xok, biasa je.....

4 November 2010

Sibuk + Hangin!!!!!

Amboi2 bukan main lagi tajuk n3 tu.
Memang minggu nie ibu tramat sibuk sgt.
Sibuk2 pn blog ibu ttp ibu jengah.

Mcm2 program bila dh akhir tahun.
Siap tnda kertas, ada program lain menanti.
Esok SK ibu ada camping kt Denai ALam Muar.
Next week ada majlis khatam Al-Quran utk murid th 6,
Konvo Pra Sekolah.
Lepas tu esoknya Majlis Anugerah Cemerlang.
Fuh!!!!!!mcm2 program.

Dan biasa la ibu nie slalu trkena sbg pengerusi bahagian hadiah.
Setiap program tu hadiahnya lain2.
So dgn gigihnya ibu kena g
cari hadiah + beli + bungkus + sampaikan hadiah2 tu......

Eh, xde AJK ke????
Ramai AJK bawah ibu ttp ibu xkisah pn.
Ibu lebih selesa pilih sndiri hadiah2 tu.
Dan ibu xsuka nk arah2 org tolong ibu.
Nk tolong, tolong la.
Kalu xnk xpe.
Ibu xkisah pn cz ada org lain yg snggup tolong.

Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....
yang buat ibu angin tu bila ada la mulut si mamat nie.
Nk wat lawak konon ttp xkena tmpt.
Boleh dia kata ibu xde kerja n dok releks jeeerrrr kt bilik kerja.
Mau ibu xsedih n brkecil hati.
Punya la kita g kedai smpai brpeluh,
Fikir nk beli hadiah dgn budget yg ciput.
Trkdg tmbah duit sndiri.
Xpernah brkira ttg tu.....
Memakan masa lg pergi dr kedai ke kedai....
Punggah lg brg2 tu dr kedai ke kereta.
Smpai menitik2 peluh.
Pastu punggah lg ke SK.
Dok brkurung dlm bilik kerja siapkan semua tu.
Dia syok dok sembang n passing kerja kt org lain.
Tup..tup..tup....mamat nie kt ibu xde kerja.

Agaknya dia ingat semua bnde tu turun dr langit.
Semua kerja2 yg kita buat kena war2kan kt org.
Kena tayang2, tunjuk2...

Hello, ibu bkn spesis nk cr glemer murahan.
Ibu lakukan kerja ikhlas kerana Allah.
Ganjaran tu xdpt kt ibu, anak2 ibu akak dpt.....
Kerana mulut badan binasa.....ingat tu!!!!!!

2 org nie la pembantu setia ibu.
Tolong punggah brg2 yg ibu beli.
Setia mengikut ibu smpai brpeluh2...
Sanggup tahan lapar krn tunggu ibu pilih barang.
Dan dapat la upah ais-krim......

hadiah-hadiah untuk pertandingan yg sedia menunggu utk dibungkus.....

cenderahati untuk jurulatih dan perasmi yang dh siap....

p/s :
Juga thanks a lot utk Ina(BF) ibu yg byk membantu, along n angah juga yg sama membantu.....

1 November 2010

Jantung Ibu Tersentap.

Semalam jiwa n jantung ibu tersentap bila menerima msg di FB dr seorg ibu.

Tiba2 airmata mencurah tnpa dpt ibu tahan.

Sedih, sebak, sayu n trperanjat.

Xibu sangka, keratan akhbar ttg tragedi pelajar UM jatuh dr bangunan

yg ibu baca pada 1 Ogos lepas adalah ex-student ibu.

ZULKHAIRI AZMI..

Serg murid yg baik, sopan n manja.


Mmg ibu agak rapat dgn semua student ibu.

Ketegasan ibu penuh dgn kasih syg.

Mrk mengerti bila masa ibu marah,

bila masa ibu boleh diajak berbual,

bila masa ibu boleh dijadikan tmpat meluahkan rasa.


Dan ibu rasa amat bersalah krn sewaktu mengajar di Mersing,

ibu berpindah tnpa memaklumkan pada mrk semua.

Sebenarnya ibu sedih n ibu pn xrela brpindah masa itu.

Setiap hr ibu menangis bila ayah isikan borang prmohonan.

Dan ibu masih ingat ayah menangis dilutut ibu bila ibu brkeras

xingin ikut ayah brpindah.....

Sebagai isteri ibu trpaksa mengalah n redha....


Ya Allah, xdpt ibu nk ucapkan betapa sedihnya hati.

W.pn sbg guru, anak2 murid ibu tatang bagai anak sndiri.

Xpernah sesekali memilih kasih.

Semoga Allah menempatkan arwah di sisi org2 beriman.

Al--Fatihah buat arwah dan semoga kluarga arwah tabah n sabar melalui ujian getir ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....


Msg dari FB ibu:

Msg 1

askum.....cikgu..saya puas tertanya2 kemana cikgu pindah...ingat kn dh blk kelantan rupanya ada di muar...Saya ibu kepada allahyram Zulkhairil Azmi ank murid cikgu dri drjh 1-3....Sebelum anak saya meningal dia ada mencari kemana cikgu pindah....

Msg 2

Arwah jatuh dri tingkt 5 kk12 UM pda 30 julai yg lepas...berita pelajar Um jatuh dr tingkat 5 semua akhbar ada siar kn...Dia jatuh pda hari jumaat lepas solat jumaat kerana nk mengambil dompet dn hp dia yg tertingal di bilik kawan dia....Pintu bilik kawan dia kunci kerana lepas solat jumaat kawan dia terus gi kfc...bila dia tgok terkunci tgok terkunci jdi dia masuk dari balkoni bilik kawan dia untuk melangkah ke balkoni yg sebelah....tpi dia tersalah pijak...dan ketika tu dia tk pakai cermin mata....Arwah sgt sayang dgn cikgu...wktu darjah 4 dia cari cikgu..tpi dia tktahu kemana cikgu pindah....Klu cikgu nk ingat wjah dia tgok fb dia zooairel ajemi.

msg 3

T.kasih cikgu...hanya allah yg tahu perasaan saya ketika ini...alfatiha untuk arwah.....moga cikgu ingat arwah disetiap doa cikgu....


Petikan Berita yang ibu ambil

Dikemaskini Universiti Malaya , 6.30 pm : Mahasiswa Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) mati jatuh bangunan jam 2.35 petang di Kolej Kediaman Dr Nazrin Shah (Kolej Kediaman Ke-12) Universiti Malaya.

Menurut sumber, Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun, jatuh ketika ingin menyeberang tingkap ke bilik rakannya di bilik bersebelahan. Mahasiswa tersebut mati di tempat kejadian.

Mohd Syahid b. Mohd Zaini, ahli Kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) ketika dihubungi berkata beliau simpati terhadap keluarga mangsa.“Saya menggesa Pihak Pentadbiran Kolej Kediaman Ke-12 menguatkuasakan langkah keselamatan agar kejadian sebegini tidak berulang.”, tambah beliau lagi.Beberapa pegawai keselamatan semasa dimaklumkan berkali-kali oleh beberapa pelajar menyangka bunyi seperti sesuatu terjatuh ialah ‘sampah’.“Pada awalnya mereka menolak laporan kami yang ada budak jatuh bangunan,” jelas seorang pelajar yang menjadi saksi kejadian.Dalam pada itu pihak pentadbiran universiti mengambil keputusan menghantar jenazah Allahyarham ke Mersing. -Umtoday

p/s: sama2 kita hadiahkan awrah Al-Fatihah..Semoga arwah tenang di sana. Utk Azmi, cikgu halalkan segala ilmu yg telaj cikgu curahkan , cikgu maafkan segala kesilapan n segala2nyapd...Semga kamu tenang di sana.....amin....

21 Oktober 2010

Kerana Jerebu kami dicutikan.....

Mlm tadi tahap IPU di Muar dah melepasi tahap bahaya.
Sebelah petangnya indeks pencemaran menunjukkan bacaan IPU 432.
Melebihi tahap bahaya (Bacaan tahap bahaya IPU 300).
So mlm tadi, dari kejauhan ayah sms ibu
memaklumkan sms yg ayah terima dr PPD Muar.
Ayah mohon kerjasama ibu utk pnjang2kan sms tu pd Guru Besar/Pengetua Sekolah.

Warga Sekolah Daerah Muar/Ledang dicutikan hari nie.
Kiranya benda nie dh seminggu terjadi.
So hari nie sunyi sepilh sekolah2 Daerah Muar/Ledang nie.
Mungkin ramai gak guru2 n murid2 xtahu cz krn
cuti nie trpaksa dibuat serta merta.
PPD trpaksa sms org2 yg trtentu dan
sebelah mlmnya dh dikluarkan di Portal PPD.
Tahniah kpd PPD Muar krn brtindakan pantas.

Keadaan jerebu mmg membimbngkan espclly kepada
pengidap asthma n kanak2.
Dan salah seorg mangsanya adalah ibu sendiri.
ibu mula diserang asma sejak jerebu melanda.
Dan ibu makin risau sekiranya along n farouk pula akan
terkena asthma attack krn mrk brdua mewarisi pnyakit nie.
Moga2 jerebu cpt berlalu..........

20 Oktober 2010

Jerebu....oooo...Jerebu...

Nilh puncanya ibu diserang asma yg teruk last week.
Kiranya dh seminggu jerebu melanda daerah ibu nie.
Dan 2-3 hari nie makin teruk.
Mmg org yg ada asma kalah dgn cuaca camni.
Ttp alhamdulillah, asma ibu dh trkawal.

Agaknya serasi dgn inhaler yg ibu dpt tu.
Baru rasa lega cz dpt tidur mlm w.pn xlena mcm biasa.
Dan kebelakangan ni ayah asyik outstation.
Dh xde la org nk tolong sapukan minyak angin kt belakang,
tolong temankan ibu ditgh mlm krn sesak nafas,
tolong ambilkan air suam bila dada ibu sesak.

Br smlm ayah blk dr outstation
n mayb ptg nie ayah akn terbang ke Hadyai, Thailand
lak selama beberapa hari...hu.hu.hu....
Apa nk buatkn....dh kerja.
Ibu redha jerrrlh.

Moga ibu beransur sembuh.....

gambar yg ibu snap pd pukul 12.00 tghari....

15 Oktober 2010

Tragedi 10.10.10

Tarikh tu dh bbrapa hari meninggalkn kita.
Baru hr nie ibu terheggeh2 nk wat n3.
Ttp n3 ibu xde kena mengena dgn kemalangan dasyat ke
or isu prkahwinan sesiapa.
Yelh, blog nie pn namanya blog family ibu.
Sudah semestinya brkaitan dgn family ibukn...

10.10.10 ayah g servis kereta ibu.
B4 blk raya ibu ada ckp nk g servis kereta kt kedai biasa
je cz cost nk servis kt Toyota mencecah RM800+++.
Kiranya servis major la tu.
Ayah xpuas hari so, pd tarikh tu dibawanya juga servis.
Ha ko, nk xnk kena gak la RM800+++.
2 blm cmpur dgn aircond RM300.
Ada ke minta RM300 utk acond jerr.
Kt kedai servis biasa xsmpai RM100...
Hish!!!!
Malazzzz ibu nk komen.

Yang jadi tragedi ni bkn ttg servis kereta nie
ttp tentang peti ais kt umah.
Ptg tu tetiba farouk menjerit pintu peti ais tertanggal.
Punya la ganaz budak sorg nie.
bayangkan pintu peti ais boleh tnggal..
Xtau la, mayb skru ke tah apa ke trtanggal....
Nasib baik xmenimpa Farouk.
Eeeeeeeeeeeee...punya la ibu geram.

Pastu, ibu pn trheggeh2 la g minta duit dgn ayah.
Bkn byk pn, ibu minta RM1000 jerrr(xbyk ke tgh2 bln nie).
Dgn slamber ayah jwb xde duit.
Hish!!!!lagi la ibu geram.
Ktnya nanti g baiki jerrr peti ais tu cz masih elok.
Enjinnya pn baru bbrapa bln diganti...

Ibu sbnarnya trgedizzz2 nk peti ais baru..
2 motif sebenar..
Dlm hati sbnarnya ibu brsorak bila pintu peti ais tu tanggal.
Yahooo!!! ttp rupanya misi n visi ibu xbrjaya.
2 yg ibu hot + geram sgt....

Time 2 ibu rasa geram sgt dgn ayah.
Dah la lauk pauk byk kt dlm peti ais.
Ayam jer berekor2, ikan lagi, sayur2 n mcm2.
Stok utk 1 week....
Ayah boleh wat cool jerr.
Mcm xde apa2.

Esoknya, balik SK ibu terus g kedai leterik.
Masuk jerr ibu terus ckp kt tokey kedai..
" Tokey, i nk beli peti ais yang paling besar,
yg paling mahal,
yg terkini,
yg trcanggih...."

Terpingga tokeh tu ttp melerek senyumnya....
Terus la dia g tunjuk peti ais tu kt ibu.
So ibu dh xbelek2 terus jerr smbar.
Hati tgh hot + geram kt ayah dr mlm tadi....

tokey kdai: "u xnk tengok dulu ke dalam peti ais tu"
Ibu: Xpayah....u antar ke rumah i cpt ye..
Nyonya si isteri tokey kedai tu terpingga2.
"u xnk tawar harga ke?"
Agknya dia pn pelik dgn client seorg nie....

"Ttp xpelh, i bagi u diskaun....."
Ibu terus bayar n blah..
Nasib baik peti ais yg trmahal kt kedai tu dlm RM2600.
Kalu belas2 ribu, sapa nk bayar.
Jawabnya ibu kena la g jual brg2 kemas ibu tu....he...

Bila peti smpai ibu siap warning kt farouk yg peti ais ni ibu
beli utk spesis perempuan jerr.
Farouk n ayah xleh guna..
Ada FAHAM!!!!!!

Farouk lak jadi blurrrrr......
Padan muka!!!!!

magnet fridge..koleksi kesayangan ibu...

11 September 2010

Syoknya raya "TAPI BERUK BAND wat hal".......

Dh bersawang blog ibu nie.
Xpernah ibu biarkan lama2 camni.
Tapi nk wat camne.
Kesibukkan yg tramat sgt
TAPI.....
yang paling dasyat skali line tenet yg trlalu slow mcm siput.
Fedup sungguh ibu rasa.
Bila buka jerrrr lappy kena tunggu hmpir 1 jam.
Mau xhangin dibuatnya.
2 la sbb utama ibu xdpt nk up-date sbnarnya.
Sibuk mmg la sibuk ttp ibu smppt curi2 waktu...
TAPI...
yg ibu hangin nie dgn keadaan
"BERUK BAND"
yg mmg mcm beruk..
Hish!!!xguna langsung.

p/s:
maaf ye semua cz mmg ibu dh xleh nk buat apa
dgn beruk sekor nie...
Insyallah kalu "beruk band" xmogok or
trpaksa tunggu abis cuti n kembali ke Johor
ibu akan singgah rumah kalian n update kisah raya ibu yg syokkkkk!!!!
Eeeeeeeeeeeeeeeeee...sakit hati!!!!!

20 Ogos 2010

Luahan Hati Seorg Murid kpd Guru....

Kisah ni brlaku last week.
Masa tu ibu mengajar PSV di thn 5.
Tiba2 Z dtg menghampiri ibu.
Kalu kwn2 masih ingat kisah last year yg mana Z nielh yg sering
menyakiti hati ibu,
menyentap jiwa raga ibu,
menguji kesabaran ibu,
menduga iman ibu n mcm2 lagi.

Sila klik sini
"Hatiku Terluka Keranamu"

Minggu lepas Z menghampiri ibu:

Z : Cikgu, kita ada sesuatu nk cerita kt cikgu.

Ibu : Apa???? cakap la.

Z: Cikgu, kita nk jadi baik ttp kita xboleh la...

Ibu: Kenapa?

Z: Xtau la, kita dh cuba ttp xboleh la cikgu.

Ibu : Awak kena cuba, nnti awak akn brjaya.


Z: Kita dh cuba ttp tetap xboleh...

Ibu: Insyallah, awak boleh..
Awak suka ke kalau asyik kena marah, semua org xsuka awak.
Nnti awak xde kwn.
Kalau awak jadi budak baik semua org sayang awak.

Mak syg, ayah syg,
cikgu syg n kwn2 pn syg.


Z : Kita tahu ttp xboleh la..

Ibu : Kenapa????

Z: Bapak kita tu, garang sangat la..

Cikgu nk tahu, ada ke dia suruh kita brdiri tegak
dan lepas tu dia lastik kita.
Sakit tau.
Bapak kita selalu marah2, selalu pukul2 kita....

Dia pernah terajang kita, sepak kita....


Ibu : yelh, awak nakal sangat..
Kalu awak baik bapak awak xakn buat camtu.

(ibu dngar cerita bapaknya mmg panas baran)
Awak boleh jadi baik kalu awak nak.....
janji dgn cikgu ye awak jadi baik..


Z: kita xjanji n kita xboleh janji ttp kita cuba nnti...
Terima kasih cikgu....


Dlm hati ibu tiba2 rasa sayu, kesian Z.
Ttp sesiapa saja mmg hilang sabar dgn kerenahnya yg over tu.
Mayb tiada tmpt dia nk luahkn perasaan dia.
Snggup dtg jumpa ibu utk luahkan hatinya,,,...

Doa ibu agar Allah lembutkan hati Z.
Agar Z menjadi seorg yg baik n xdegil lagi.....
Dan sekejap lagi ibu akan mengadap dia lagi.
Tiba2 ibu rasa sedih sgt bila mendengar luahan hati Z....

11 Ogos 2010

Dilanda Musibah........

2 hari ibu teruji n diuji.
Bak kata orang dilanda musibah brtimpa2.
Bkn besar sgt pn masalah tu ttp agak menganggu mental ibu.
Bermula dengan bateri kereta "kong" krn trlupa menutup lampu dr pagi smpai tengahari..
Bila nk start dh xbrfungsi..
Terpaksa la tumpang kwn balik rumah.
Pastu ibu dikelentong lak tuan kedai aksesori kereta.
Ibu suruh buat jumper ttp katanya xboleh.
Padahal bateri kereta tu xsmpai 1 thn n ayah beli jenis bateri kering.
Mmg confirm thn la....
Lepas brperang mulut akhirnya tuan kedai akur n buat jumper.
Selamat duit ibu RM200...
Nk kelentong pn agak2 la.....
Pada hari yang sama ibu tercicir dompet kt sekolah,
Tercicir USB kamera,
Xabis dgn tu masa pulang dari SK ibu trcicir lak dokumen penting.
Dokumen maklumat diri n pengistiharan harta...
Aduhai tension sungguh.
2 lappy ibu lak mogok gilerrrr...
Diserang virus tah dr mana.
Rasanya virus dtg dr pen drive along yg baru dibeli.
Ibu pn pelik camne bnde baru kt dlmnya ada virus kebal tu.
Juruteknik pn hairan dgn kehadiran virus2 kebal tu...
Adui mak!!!!!rasa nk jerrr jerit kuat2.
Dan bila virus tu menyerang abis kamera n pen drive ibu kena infectnya.
Bayangkan abis gambar2 kenangan ibu hilang.
Kamera kena format semula.
Rasa nk nangis pn ada.
Banyak gambar2 kenangan percutiaan kami n video kt dlm tu.
Adalah dlm 2000+ keping.
Hua..hua...hua.......
Printer yg baru dibeli lak boleh trjatuh dakwatnya n tumpah.
Habis separuh dakwat melayang.
Xharu rasanya jiwa raga.
Semua brg2 kesayangan ibu pakat buat mogok camtu.
Apa pn ibu cuba pujuk hati n brsabar..........
Semoga esok bermula hari yg indah buat ibu....
p/s:
Kekonon nk wat n3 ttg souvenir yg ayah beli kt P.Langkawi.
Ttp abis picnya dh xde..
Dlm kamera ibu kosong.
Sekeping pn pic xde.......
Oklh ibu ucapakn selamat berbuka utk semua.
Juga terima kasih di atas ucapan salam ramadhan kt blog, FB n sms.

2 Ogos 2010

Kami Jangan diPinggirkan!!!

Hari nie, esok dan lusa ibu diarah brkursus.
Bkn perkara pelik n janggal krn mmg kursus sebahagian dlm hidup pndidik.
Ttp ibu agak trkilan n kecewa.
Terkilan bkn kerana kursus ttp ada sbb disebaliknya.

Awal 2003 negara dikejutkan dgn PPSMI
(Pengajaran n Pembelajaran Sains n Matematik dlm BI).
Program yg dibuat agak trgesa2.
Rintihan sebahagian besar guru2, NGO n pakar akedemik xdiambil kira.
Ibu masih ingat betapa Prof Engku Aziz brjuang utk menghalang.
Bagaimana airmata seorg pakar akedemik sepertinya menitis.
Sedih..sungguh ibu sedih saat ibu....
Prof dipinggirkan hanya kerana menyatakan pendiriannya

Dan setelah lbh kurg 7 thn dijlnkan trnyata ianya amat menduka citakan.
Xbrjaya sperti yg diharapkan.

Rintihan hati ibu:
Puas ibu dihantar brkursus saat ibu.
Dalam erti kata "Paksa Rela"
Boleh dikatakan setiap 2 hari seminggu ibu meninggalkn anak2 murid.
Trpaksa brhempas pulas kembali ke sekolah utk
menghabiskan sukatan pelajaran yg trtinggal.
Dan setiap bulan ibu perlu meninggalkan anak2 yg masih kecil di bawah jagaan ayah.
Membawa perut yg sarat mengandung berkursus n brkursus.

Mcm2 perkara yg perlu ditempuhi.
Berbagai2 tekanan yg kena hadapi.
Dipantau pihak atasan,
dipanggil utk kursus tnpa mengira masa n keadaan,
dikerah melalui mcm2 peperiksaan,
ditemu duga,
didatangi mcm2 orang,
n perlu lalui public speaking.
Diungkit2 ttg elaun yg xpernah kami minta setiap kali menghadiri kursus.
(kebykkn elaun ibu ibu gunakan utk PSS)

Sedih teramat.
Bila sesuatu yg xdipinta diungkit2....
Ibu benar2 tertekan.
Byk masa dihabiskan diluar sekolah.
Anak2 murid trpaksa ditinggalkan.
Perit ibu rasakan saat itu.
Kalu boleh ibu xingin mengingati lagi saat2 itu.

Dalam hati hanya Allah yg tahu...
Sedih, kecewa, perit, n mcm2 perasan menghantui....
Ttp pada siapa harus ibu mengadu.
Ibu boleh brkongsi semua ini dgn rakan2 senasib.
Rata2 xpuas hati.
Apakn daya...
Siapalh kita utk brsuara.
Perlu akur n perlu menutup mulut.
Memekakkn telinga dgn ugutan.

Dan yang pastinya kita diulit dgn cerita2 indah.
Cerita2 yg trpaksa dibuat.
Utk menutup kesilapan yg dilakukan tnpa rela.
Yg menanggung perit adalah kami.
Juga anak2 murid yg xbrsalah.
Mereka trpaksa akur.
Dan menerima apa yg diarahkan.
Prestasi mrk hnya org2 trtentu yg tahu.
Keadaan yg sebenarnya brlaku.

Dan hari ini ibu dipanggil lagi.
Seolah utk memutarkan balik waktu.
Waktu2 yg telah dirampas brtahun2...
Ibu n rakan2 perlu ditukarkan balik dari
MATA HIJAU KE MATA HITAM..
Dr Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu.
Harus kembali ke alam nyata.
Setelah brtahun2 kita di alam angan2.

Alhamdulillah ibu ttp brsyukur.
Doa2 ibu n rakan2 dimakbulkan oleh Allah swt.
W.pn memakan masa yg agak lama..
Niat ikhlas utk kepentingan generasi akan dtg.
W.pun brtahun2 berlalu...

Dan juga harapan ibu n rakan2 seangkatan,
jangan dipinggirkan kami kaum guru.
Jika ada sesuatu perubahan sistem pendidikan yg ingin dilakukan.
Kerana kami yg lebih tahu.
Apa yang terbaik utk anak2 didik kami....
Jadikan semua ini suatu pengajaran.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur......

18 Julai 2010

Denggi @ Risau

Sebut je denggi ibu naik risau.
Taman perumahan ibu telah diwartakan kwnsan hitam.
Every month ada je kes denggi.

Terkini anak saudara sebelah ayah.
Rumahnya selang sebuah jerr dr rumah ibu.
Ni kira 2nd time la dia kena denggi.
Bln lepas anak jiran belakang rumah.
Mmg every months la ada kes.

Ibu pn xfaham dgn sikap sstengah org.
Suka sgt simpan brg2 yg xbrguna tu.
Pas tu bila hujan mula la air brtakung.
W.pn kita beria2 bersihkan kwsan rumah ttp org lain wat xkisah jerr.
Nyamuk nie lak spesis suka terbang sana sini.
At last, org yg xbrsalah jd mangsa....

Smlm kwnsan perumahan ibu kena sembur lagi.
Mmg rasa dh xtahan asyik kena sembur jerr.
Along n Farouk la jadi mangsa cz depa berdua tu
ada asma n kalah dgn semburan asap tu.

Setiap kali pengumuman semburan akn dijlnkan,
mula la ayah akn larikn kami semua.
Smlm ayah larikan kami ke hypermarket KINI..
Bayangkan kami semua dgn pakaian yg selekeh.
Berselipar jepun lagi..
3 Farah dh mula bengang bila ayah suruh turun kete...
Masing2 dgn muka stress semacam jerrr....

Ibu bkn apa kot2 trserempak dgn anak2 murid.
Mmg haru la kena gosip kt sekolah...
Hi.hi.hi.....
mesti la heboh tgk cikgu selekeh semacam jerr....
Nasib baik xpakai kain batik n baju t-shirt ....
Kalu tak jwbnya mmg haru la....
Tension betul.
Nk xnk trpaksa la g window n eye shopping jerr cz xbawa pn dompet.
Yelh, org yg melarikan diri dgn tergesa2...hi...

Apapn ibu doakan agar Diana
(anak saudara sblh ayah)
cpt sembuh.
Dia skrg di rawat di Hospital Pakar Sultanan Fatimah Muar.
Mujur la ibunya bertugas sbg ketua jururawat kt situ.
Boleh la selalu memantau......

16 Julai 2010

Kerja.kerja...kerja...xhabis2

Gitulh kerja.
Habis satu dtg 3.
Habis 3 dtg 5...
Xpernah habis w.pn dh cuba selesaikan secpt mungkin...
Nk wat camnekn.
Kita kerja mkn gaji.

Bukan ibu nk merunggut ttp saja nk luahkan perasaan.
Kerja tetap diteruskan w.pn trkdgn rasa xlarat sgt.
Kerja2 smpingan yg melebihi kerja sbenar "MENGAJAR".

Nama jerr cikgu ttp mcm2 kerja yg perlu dibuat.
Jadi kerani, tukang sapu, tukang jilit, jururawat, juru sibuk n mcm2 lg.
Bestkn kalu g sekolah semata2 mengajar , mengajar dan mengajar.
Mesti anak2 Malaysia semua akan jadi pndai2 n pintar.
Ttp nk wat camne, byk bnde2 yg xsepatutnya jd patut.

Kerja smpingan jd tugas utama yg perlu dibereskan segera.
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH".
Org lain abis tugas, tutup pejabat brsantai dgn family.
Kami, loceng brbunyi, angkut beg, dlm beg penuh dgn buku2 utk disemak,
penuh dgn kerja2 yg xselesai perlu diselesaikan....
Apa pn hidup perlu diteruskan.
Ok ibu, jgn byk songel n mulut sila tutup.......

Hari ni ada Program Israk Mikraj.
Smlm dh jd tukang angkut.
Hari nie tukang sibuk ke hulu ke hilir...
dan hadiah yg sdg menunggu ibu utk dibungkus....
Hari Isnin dh kena bagi......


apa senyum2....?????.

terpaksa fotostat buku2 NILAM yg dibekalkan cuma sebuah utk sethn
sedangkan murid perlu guna smpai 3-6 buah sethn....

Baru menarik nafas lega setelah brtukus lumus membilang,
menyusun2 kertas n membinding utk buat buku......


Sampai lak sekotak besar buku bacaan.
Adalah dlm beratus2 buah.
Menunggu giliran utk diproses.........
sekotak buku yg baru tiba.....
ha,.....ni dia sdg tunggu giliran utk diproses...

dan next week ada Bulan KO-KO.
Weekend Nazir lak nk dtg terjah tgk KO-Kurikulum.
Mcm2 fail la nnti depa mintak..
Ye tuan,
"SAYA YANG MENURUT PERINTAH"..
.
Bila weh ibu nk pencen niee...
Amboi2 jgn mimpi la...tunggu dpt cucu la br pencen....

About me