Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAUM KERABAT. Papar semua catatan

6 Februari 2012

Mohon Doa Kalian Untuk Baby Qaisara

Mohon doa rakan-rakan maya ibu.
Berdoa untuk Baby Qaisara Balqis Bt Marzuki.
Baru 2 minggu lepas ibu menceritakan tentang kebahagiaan ibu menyambut orang baru.
Klik sini dan sini .
Hari ini kebahgiaan ibu diragut dengan berita sedih tentang Baby Qaisara.
Sekarang Baby Qaisara bertarung dengan kesakitan di ICU HRPZ Kota Bharu 
akibat jangkitan kuman di bahagian dalam mulut.
Doktor pun hairan Baby sekecil Qaisara boleh terkena jangkitan ini.

Luruh hati ini mendapat khabar.
Sedih + pedih + perit.
Walaupun Baby Qaisara bukan dari rahim ibu tetapi
sayang ibu padanya seperti anak sendiri.

Tangan ibulah yang pertama menyambut dan mengucup 
Baby Qaisara dari bilik bersalin.
Tangan ibu jugalah yang membasuh najis pertama Baby Qaisara.

"Ya Allah, aku mohon padaMu....selamatkan dan lindungilah
Baby Qaisara dari kesakitan dan penderitaan..."
"Aku sanggup mempertaruhkan nyawa ini demi Qaisara.
Ibu terlalu menyayangimu sayang.....amin.."

SEDIH!!!!!
 Saat indah 2 minggu yang lepas......
Baby Qaisara sewaktu berusia 10 minit.

30 Januari 2012

Selamat Terbang ke Europe....

Ibu nak ucapkan  selamat berangkat ke 
France (Paris,Nice), 
Monaco,
 Italy( Rome, Venice, Pisa, Florence )
dan 
Spain (Madrid) 
kepada adik tersayang Muhd Khairul Anuar. 
Jaga diri baik-baik dibumi asing. 
Jangan lupa beli souvineer untuk kami ye....
Semoga di Aidil Fitri nanti Yu dapat menyambut Hari Raya
bersama kami di Malaysia.

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Yu....
Take care....



Petikan dr FB Yu :  i cant wait this tuesday to fly to Paris first...mcm tak percaya jer...4 buah negara europe....
France(Paris,Nice), Monaco (negara kedua terkecil di dunia), Italy (rome,venice,pisa,florence) & Spain(madrid)..

29 Januari 2012

Selamat Datang Qaisara Balqis.

Perkenalkan orang baru dalam family ibu.
Qaisara Balqis,
anak buah ibu yang lahir 2 minggu awal dari tarikh jangkaan 6.2.2012.
Dilahirkan di sebuah klinik swasta di Pasir Mas, Kelantan.

Tahniah untuk mama Qaisara, NorHayati Munirah ,adik kesayangan ibu 
dan papa Qaisara, Marzuki.
Lengkaplah sebuah keluarga kecil mereka berdua
kerana dikurniakan 2 orang permata hati yang comel
seorang anak lelaki bernama Iman Amsyar dan
baby Qaisara Balqis.

 Baby Qaisara Balqis lahir 2 minggu awal dari jangkaan.

Wajah suci bersih umpama bidadari syurga...
Masa gambar ini ibu snap Qaisara baru berusia 10 minit......

 Qaisara di sisi Kak Nana dan abangnya Iman Amsyar.

Angah, Naurah dan Iman yang noty.....

Naurah dan Farouk.

Angah merangkap peneman Su Tie di klinik bersalin.

 Dan hadiah pertama dari Qaisara untuk ibu..."Yak.."...hu.hu.hu.....

Dan yang paling kelakar bila anak-anak ibu siap
bagi amaran, "Kami tak nak adik lagi tau ...."
Sedangkan habis pipi Qaisara jadi mangsa gomolan mereka berlima....

p/s:
Tidak sihat!!!!!!
Masih tak sempat nak BW...hu.hu.hu.....

28 Januari 2012

Ibu Dah Kembali Bersama Baby Baru.

Masih dalam mood penat.
Baru sampai rumah setelah 1 minggu bercuti.
Banyak cerita yang ibu nak share.
Jumpa lagi...bye!!!!

p/s:
Belum sempat nak balas komen2 dan BW..

31 Oktober 2011

Tragedi Oktober.

Percutian kali ini agak menyedihkan.
Mama tak sihat.
Walaupun tak serius tetapi hati ibu tetap bimbang kerana 
mama salah seorang
pengidap beberapa jenis penyakit kronik.
Kalau boleh ibu ingin melihat mama sihat dan ceria.
Apapun mama seorang yang sangat kuat dan tabah.
Mama masih mampu tersenyum bila ibu disisinya.
Aduhai hati, 
sering menangis bila melihat mama.
Di hati seolah-olah memberontak ingin 
terus berada disisi mama selamanya.....

Beberapa hari di kampung,
ibu dikejutkan dengan panggilan kecemasan di malam hari..
Makcik kesayangan yang ibu panggil "ma" tidak sedarkan diri.
Sewaktu kecil, setiap kali cuti sekolah,
di rumah "ma"lah ibu habiskan
cuti bersama-sama sepupu2 ibu.
Mereka sangat rapat dengan ibu sehingga kini.

Sudah beberapa tahun "ma" terlantar sakit.
Paginya ibu bergegas ke sana.
Jarak rumah "ma" tak begitu jauh dari rumah abah.
Keadaan "ma" lesu dan semasa di sana doktor sedang merawat.

OTW pulang dari rumah "ma"
ibu menerima panggilan kecemasan dari atie (adik ibu).
Iman Amsyar diserang sawan dan kejang tiba-tiba.
Ya Allah, berdengup deras jantung ibu.
Berkejar balik rumah abah.
Keadaan Iman membimbangkan ibu.
Terus ibu bergegas membawa Iman ke hospital.
Iman terus diberi rawatan kecemasan.
Berulang alik ibu ke Hospital Lati Pasir Mas.
2 hari 1 malam Iman di sana dan 
syukur keadaannya dah makin stabil dan telah discharge.

Malam sebelum bertolak pulang ke Johor,
ibu pergi mengziarahi pakcik yang ibu panggil Pak Muda Haji.
Ibu amat rapat dengan beliau dan
merupakan antara bapa saudara kesayangan ibu.
Dari seorang yang sihat sekarang beliau terlantar dikatil.
Beberapa penggal/tahun lalu beliau menjawat jawatan
sebagai YB/ADUN tetapi sekarang terlantar sakit.
Semoga Allah memberi kekuatan dan kesihatan yang baik untuk 
Pak Muda Haji kerana usianya masih muda......

Cuma ibu terkilan kerana tidak sempat
 mengziarahi seorang lagi makcik ibu yang anak2 ibu panggil"atok mummy".
Beliau pun tidak sihat kerana mengidap sakit jantung.

Ya ALLAH,
Berikanlah kesihatan yang baik pada insan-insan
kesayangan ibu.
Lindungilah mereka Ya Allah,
Berikanlah mereka RahmatMu.
Berikanlah ketenangan pada kami sekeluarga.
Berikanlah kami ketabahan dan kesabaran
melalui ujian dariMu.
Sesungguhnya, setiap ujian dariMu,
adalah limpahan Pahala yang tidak ternilai buat insan kerdil seperti kami.

2 minah ni, Naurah dan Alya mesti pakai baju maching everyday .
Mereka sangat rapat walau jarang berjumpa....

bersedia nak ke hospital jenguk Iman Amsyar....

 Iman Amsyar dan Kakak Naurah...
Iman buat muka sedih....
 Bila nampak ibu snap gambar, mulalah Iman buat muka macam-macam.
Geram tengokkan......

mula ceria bila Beby a.k.a kak Nana bawakan kucing
yang Iman panggil MILO....

buat muka poyo.....

p/s:
Alhamdulillah, disaat ibu berangkat semula ke Johor,
insan2 kesayangan ibu terutamanya mama dan
Iman Amsyar dah kembali sihat dan ceria.
Lapang dan tenang rasanya hati ini.
Setiap hari ibu menelefon ke kampung dan
setiap kali berbicara dengan Iman ibu jadi sebak:
Iman: Ibu, Iman rindu Ibu....bila ibu nak balik lagi..
Ibu : Ibu pun rindu Iman, Iman makan ubat ye...
Iman: ye....Ibu, raya haji nanti ibu balik ye......
Ibu: Ibu kerja la Iman, nnti cuti ibu balik ye...
Iman:  terus meletakkan telefon dan menurut mama Iman,
"dia" berlari menangis dibiliknya dengan juraian airmata.........
Terkilan sungguh hati ibu kerana tidak sempat membawa
Iman ke Splash Water seperti yang telah ibu janjikan.

16 Oktober 2011

Selamat Berangkat.

Ibu sekadar nak ucapkan selamat kembali semula menyambung pelajaran
pada adik kesayangan ibu Muhammad Khairul Anuar.
Hari ini adik Yu akan berangkat dengan 
penerbangan yang memakan masa 12 jam 
dan akan kembali menjalani rutin sebagai 
pelajar perubatan tahun ke 4
di Zagazig University.

Doa kami agar Yu terus menjadi pelajar cemerlang
dan terus mengharumkan nama Malaysia di luar negara
seperti yang Yu perolehi disetiap peperiksaan
yang telah Yu duduki sebelum ini.
.
Kami juga berdoa agar Yu tabah melalui ujian Allah
kerana setiap ujian yang diturunkan ada rahmat dan hikmah
disebaliknya.
gambar terkini yang ibu baru copy dr FB adik ibu 
Dr Ahmad Zakimi bersama Adik Yu dan Abah.
Sekarang mereka berada di airport Sultan Ismail Petra menunggu
penerbangan....

7 September 2011

Mama-Syukur PadaMu Ya Allah.

Syukur Alhamdulillah kerana kali ini ibu dapat saksikan kesihatan mama 
bertambah baik dari yang sebelumnya.
Dan yang paling mengembirakan ibu bila mata mama yang rabun
hampir 7 tahun mula menampakkan perubahan.
Penglihatan mama ada perkembangan yang positif.
Hati mana yang tidak gembira dan bersyukur.
Setelah hampir 7 tahun mama hidup dalam kesamaran penglihatan
tiba-tiba mata mama mula boleh berfungsi walaupun tidak pulih
sepenuhnya.

Itulah kuasa Allah Yang Maha Agong.
Rambut mama yang baru  tumbuh bukan berwarna putih (uban) tetapi
rambut hitam yang sihat dan subur.
Itu selalu mengusik mama:
"Ma, kenapa rambut mama tumbuh warna hitam???
Mama nampak lebih mula dari akak tau....."

Jika 1 minggu hari raya 2010 kami dikejutkan dengan berita
mama sudah tidak ada harapan untuk hidup (klik sini)
tetapi sekarang ibu dikejutkan dengan berita-berita gembira
dan keajaiban tentang kesihatan mama.
Siapa sangka, bila Dr Nash, seorang doktor pakar jantung yang
terkenal di Malaysia yang merawat mama memaklumkan
mama sudah tidak ada harapan (klik sini) tetapi
dengan kuasa Allah mama masih mampu  tersenyum ceria,
mampu memeluk dan mencium anak-anak dan cucu-cucu tersayang.
Masih mampu membisikkan kata-kata indah buat kami.

Dan yang paling indah buat kami bila Mama mampu melihat kami.
Walaupun penglihatan mama tidak sejelas dan seterang orang-orang normal
tetapi bagi kami itu sudah cukup bermakna dan
merupakan hadiah yang amat-amat bermakna dari ALlah SWT.
Kami bersyukur padaMu Ya Allah....
Walaupun mama sudah tidak mampu berjalan seperti biasa.

Dan disebalik semua itu, ibu rasa salah satu
penawar yang banyak membantu perkembangan mama ialah Jus Pamoga ini.
Mama dah amalkan meminum jus ini selama 3 bulan.
Tujuan utama untuk memulihkan dan menguatkan sendi lutut mama
tetapi yang Allah berikan adalah penglihatan buat mama.....
Syukur kerana mama temuai penawar yang serasi untuk dirinya.

5 Ogos 2011

Tahniah Adikku-Puasa ke 4

Semalam terima khabar gembira.
Adik ibu, Muhammad Khairul Anuar (Yu) berjaya dengan cemerlang 
dalam peperiksaan Tahun ke 3 
dalam bidang perubatan.

InsyaAllah akan melangkah ke Tahun 4 untuk semester depan.
Dan sememangnya Khairul nekad pulang ke Malaysia sebelum result examnya
diumumkan kerana masalah kesihatannya.
Dan semalam Yu sekadar mendapatkan resultnya melalui "on9".
Syukur padaMu Ya Allah....
Alhamdulillah.

Sesungguhnya kami bangga dengan kejayaan Yu
walaupun bertarung dengan masalah kesihatan yang agak serius,
Yu tetap jadi pelajar Malaysia yang cemerlang.
TAHNIAH dik......

Kami tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan dan
kejayaan Yu setiap masa.
Kerana Yu adalah antara insan kesayangan kami.
Dan Yu adalah idola dan pembakar semangat anak-anak ibu....

Yu a.k.a Ayah Yu

2 Ogos 2011

Kisah Benar Di Bulan Ramadan.

N3 kali ini adalah sebuah kisah benar yang dialami oleh adik ibu di bulan Ramadan.
Sama-sama kita hayati apa disebalik kejadian dan peristiwa yang dia alami.

Aku dan Kisah Benar Ramadhan

Aku dan kisah benar di bulan Ramadhan betul berlaku.
Ia adalah salah satu kisah yang ingin aku kongsikan bersama.
Kisah ini amat menyentuh jiwa dan ia bermakna pada aku sebagai seorang insan.

Kisah bermula pada 5 Ramadhan pada tahun 2005.
Masa itu aku baru berpindah dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Masa tu aku bekerja di Hosp Raja Perempuan Zainab 2,
yang mana pada masa itu namanya Hosp KB.
Aku adalah sebagai MO medical.

Satu hari aku balik lambat dari kerja, 
jadi terpaksalah aku berbuka di KB.
Aku berseorangan berbuka di stadium KB.
Selepas berbuka, aku hanya ingin merehatkan sedikit badan kerana kepenatan. 
Masa itu aku berbaju biru.
 Aku hanya bersandar dibahagian kereta aku (kereta waja) dekat parking lot sambil termenung jauh memikirkan masalah-masalah ditempat kerja.
Aduh banyaknya masalah aku.
Mungkin umur aku dah meningkat masalah pun meningkat.  

Lalu aku didatangi oleh seorang yang amat 'neglated'.
Alamak orang 'gila' datang pulak.
Orang itu dalam lingkungan umur 40an hanya berkain sarung pada paras lutut, 
keadaan yang amat daif, kotor, busuk, berambut panjang,berjalan kaki tanpa alas 
dan betul-betul tak terurus.
Masa tu dah hampir pukul lapan.
Aku pun tak sempat solat maghrib lagi.
Lalu orang 'gila' tersebut berkata, "abg! nak duit skit".
Berkata dengan berulang-kali. "abg! nak duit lah, aku lapar ni".

Tanpa berlengah-lengah aku hulurkan RM 5.
Pastu dia berkata lagi, "Aku bukan nak RM5, aku nak RM1 jer".
 Dia sambil menyanyi-nyanyi lagu ekamatra (aku memang suka lagu tu).
Aku berkata, " saya takde duit pecah bang.
Ambik lah, saya ikhlas ni".
Perasaan takut pun ada gak masa tu.  
Aku dah bagi duit tapi orang 'gila' tu tak pulak beredar.
Matilah aku. Kenapa dia tak nak blah pulak ni.

Ini adalah perbualan aku dengan si gila tu:  
Aku : abang ni ada sakit ker?".  
Orang gila: abang ni sakit GILER. hahahahaaa ( Sambil gelak besar).  
Aku : abang ni tak makan ubat ker?  
orang gila : dah lama tak makan. ubat dah lama habis.  
aku: ubat tu abang ambik mana?  
orang gila: ambik kat spita HKB lah. bodoh punya orang. tu lagi mau tanya.   
aku: abang ada anak?  
orang gila :ada. 3 orang...hahahahaaa. bini sorang jer...hahahaaa  
aku: abang dah sembahyang ker?  
orang gila: orang gila tak sembahyang laa...  
aku: dah lama ker abang tak sembahyang?  
orang gila: mmmm...  
aku : gini lah abang saya kene pergi dulu. Dan nak gi solat jap.  
orang gila: pergilah orang muda. jap-jap. mung ni keje mana?  
aku: saya kerja kat HKB lah. saya doktor.  
orang gila: doktor rupanya. patut lah baik. smua doktor baik...hehe  
aku: tapi saya ni doktor yang banyak masalah. (aku pun sambil tergelak sinis)   
orang gila: aku takde masalah sebab aku orang gila.  
aku: ok lah bang, saya nak pergi dulu. tapi saya nak pesan skit. 
boleh tak abg gi hosp jiwa esok? pastu abang gi sembahyang.
kalu abang sembahyang jangan lupa berdoa supaya sihat.
pastu satu lagi, abang jangan lupa doakan saya sekali, 
doakan saya dan keluarga saya sihat.
 Tuhan kita akan bagi rahmat pada kita. Boleh!  
 orang gila: boleh...hahahaa...esok aku sembahyang...
nanti aku doa pada mung. terima kasih lah sebab bagi aku duit. 
kalu ada masa nanti aku bagi balik duit ni.   
aku: takpe bang saya ikhlas nak bagi tu. cuma doakan saya jer. boleh?  
orang gila: boleh...   Lalu orang gila itu pergi.
Aku pun beredar sama untuk menunaikan solat maghrib.  

Satu tahun kemudian, kalu tak silap aku, 
masa tu pertengahan bulan ramadhan pada tahun 2006.
 Masa tu aku bekerja di jabatan bius HRPZII.
Aku sekali lagi tak sempat nak berbuka puasa kat rumah.
Aku hanya berkesempatan berbuka di stadium, 
tempat yang sama pada tahun sebelumnya.
Selepas aku berbuka, lalu ku teringat peristiwa tahun sebelumnya, 
aku berjumpa dengan orang gila. hehehe...
Aku hanya bersandar kat kereta yang sama (kereta waja),
pun aku berbaju biru.

Tak semena-mena, aku terdengar seseorang memanggil aku.
"Tuan doktor". Aku terkejut besar.
 Seorang lelaki turun dari kereta Teksi yang memanggil aku.  

Ini adalah perbualan kami:  
seseorang: doktor ingat saya tak?  
aku: sapa ni?  
seseorang : sayalah...orang yang doktor bagi duit hari tu...  
Aku dah mula merasa satu keganjilan.
 Hati aku hanya berkata "YA ALLAH"...bulu roma aku berdiri tegak. 
Aku rasa macam nak pitam jer.
Adakah orang ini lelaki gila yang aku pernah temui tahun lepas??  
aku: owh ni abang yang saya jumpa kat sini tahun lepas ker?  
seseorang: ye sayalah. hehee...saya dah tak gila dah ni. tuan doktor apa khabar?   
aku: (aku terdiam)...  
seseorang :jangan takut doktor, saya dah makan ubat dah. 
sembahyang pun saya dah tak tinggal dah....hehe  
aku: (terdiam lagi, sambil berkata dalam hati, biar betul semua ni berlaku)   
seseorang: saya nak bagi balik duit doktor. RM 5 kan? 
doktor jangan takut. semenjak saya jumpa doktor hari tu, saya balik terus sembahyang. Keesokan hari isteri saya bawak saya gi hosp. 
Alhamdullillah, saya dah sembuh skit. 
Sekarang ni pun saya kerja bawak teksi. cari rezeki yang halal. 
Saya nak minta maaf dan nak berterima kasih banyak kat 
tuan doktor sebab menyedarkan saya.   
aku: (aku terduduk tanpa sedari) Ya Allah...  
 Lelaki itu cuba mengangkat aku lalu berkata, 
"Allah ada dimana-mana, semua ni kerja Allah, 
Dia menemukan kita, Dialah segalanya".

Air mata aku mula menitis. 
Lalu lelaki itu memeluk aku, dan dia menghulurkan duit RM 5 
yang aku berikan pada waktu ketika dulu.
Aku masih kelu tanpa kata. 
Lelaki itu berkata lagi, " sabar doktor ye, saya akan selalu doakan doktor, 
doktor yang merubah hidup saya dengan izin Allah, 
saya banyak berterima kasih pada doktor, 
Tuhan akan memberkati apa yang doktor buat, 
Insya Allah. saya yakin".  

 Selepas peristiwa itu, sedikit sebanyak sudah merubah hidup aku.
Dan peristiwa ini akan aku ingati setiap kali datangnya Ramadhan.
 Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau yang maha Esa, engkau yang maha Pemurah. 
Inilah kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup aku, 
yang tak pernah aku lupakan sepanjang hidup.
Kisah ini juga boleh kita kongsikan bersama untuk jadikan kita 
seorang insan yang di rahmati oleh Nya. Amin   -Dr Zek

25 Julai 2011

Kerinduan.

Rindu pada kampung,
Rindu pada mama,
Rindu pada abah,
Rindu pada family.

Namun ibu perlu berkorban.
Demi anak-anak.
Demi family ibu.
Walaupun dalam hati sarat dengan kerinduan.

Bertambah rindu ingin menetap wajah adik kesayangan ibu.
Yang akan kembali malam ini.
Dari perantauan.
Demi mengejar cita-cita.
Menjadi seorang doktor yang sarat dengan ilmu agama.

InsyaAllah dik,
jika diizinkan Allah, kita akan bertemu.
Dihari lembaran nanti....
Amin.

19 Jun 2011

Selamat Hari Abah dan Ayah.

SELAMAT HARI ABAH
Khas buat insan yg paling ibu sayang n kagumi di dunia ini,
Tn Haji Abdullah B Hj Yusuf 
a.k.a Tok Guru Hj Lah.

Abah dilahirkan di Tanah Suci Mekah 68 tahun yng lalu.
Mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Pernah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran peringkat Phd. ke luar negara,
tapi demi keluarga tercinta, abah terpaksa menolak dan melupakan cita2nya itu.
Seorang Abah yg teramat baik, penyayang dan perihatin.
Seingat ibu, Abah xpernah mencubit kami apatah lagi memegang rotan.
Ibu mmg rapat dgn Abah sedari kecil.
Kami punya hobi yg sama, selera yg sama dan pandangan yg sama.
Kami mmg serasi bersama......

Abah mmg terlalu baik dan penyabar orgnya.
Anak2 diasuh penuh kasih sayang dan toleransi.
Abah mampu buktikan pada masyarat,
sebuah keluarga bahagia mampu melahirkan anak2 yg cemerlang.

Sehingga skrg, abah tetap mengambil berat tentang
ibu sekeluarga w.pn ibu sudah ada keluarga sendiri.
Dan sesungguhnya ibu terlalu menyayangi n mengkagumi Abah....
Semoga Abah sentiasa dilindungi Allah setiap detik dan waktu...


SELAMAT HARI AYAH
Khas untuk Ayah kepada anak2 ibu.

Seorang AYah yg terlalu penyabar melayan kerenah anak2.
Mungkin sikap ayah yg pendiam, ayah sekadar menjadi pemerhati 
bila anak2 bergaduh semasa kecil.
Dan ibulah yg menjadi singa memarahi mereka.....
Sepanjang bergelar Ayah, xpernah sekali ibu melihat ayah memegang rotan.
Dan di rumah kami mmg xpernah wujud rotan....
Susah utk melihat ayah memarahi anak.
Ayah umpama kawan bila berinteraksi dgn anak2.
Bersikap terbuka dengan kehendak anak2 berbanding ibu.

Sama seperti Abah, Ayah mendapat pendidikan di UKM, Bangi.
Abah dan Ayah banyak persamaan.
Mereka serasi bila bersama.
Sama2 meminati Bidang Sejarah.
Dan mereka merupakan pakar sejarah.

Juga tidak lupa untuk adik2 lelaki ibu yang bergelar bapa
Ahmad Zaki B Hj Abdullah 
dan  
Ahmad Zakimi B Hj Abdullah.
Abg ipar ibu  
Hj Hazli B Hassan  
dan adik ipar ibu  
Marzuki B Ali. 
 
Juga utk rakan2 blogger yg bergelar bapa.

Ya ALLAH, 
kurniakan mereka ketabahan, kekuatan, 
kesabaran, ketenangan, keimanan, kesejahteraan, 
kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keikhlasan.
Jadikan mereka antara insan2 yg terpilih mendapat 
hidayah, petunjuk dan kerbekatan dariMu
YA ALLAH.
Kerana mereka adalah antara bapa2 yg terhebat....
Amin!!!!!

p/s: 
utk adik2  blogger ibu yg bergelar cikgu ensom nie, 
Imanshah, Areef, dan Azhan .
Bila lagi nk makan nasi minyak????
Nanti boleh la join kelab kaum bapa...he.he.he...

21 April 2011

Anak Sapa La nie....

Senyumannya,
matanya, 
raut wajahnya
betul2 buat hati ibu tergoda.
Ingin rasanya ibu memiliki budak comel ini.
Terlintas dihati untuk mencolek dan bawa budak comel ini lari jauh2.
Ingin rasanya memeluk tubuhnya yang montelnya.
Mencium pipinya yang putih gebu...
Menatap wajah comelnya.......

 Tapi apakan daya,
Bayi montel ini bukan milik ibu.
Bayi montel ini milik ibu dan babanya.
Dan bayi montel ini adalah anak saudara ibu.
AHMAD  NABIL WILDAN B AHMAD ZAKI.
Putera ke 3 milik adik ibu yang sekarang mencecah 3 bulan.

Sesungguhnya ibu merindui n ingin sekali memeluk kamu!!!!!

p/s:
Hari ni BZ ckit cz ptg ada Mesyuarat Agung PIBG..xsmpt nk BW umah kekwn...

17 April 2011

Driver Datang Lagi....

Semalam gi jemput si driver ni kt Muar.
Dia cuti 1 minggu...
 Angah n Ayah Su...

Sesuka hati je ibu nie.
Mulalah nk membuli tu.
Kalu dtg je adik bongsu ni, mula la nk lepas tangan...
Suruh @ paksa adik jadi driver...
Antar n jemput anak2 sdara ke tmpt tuisyen..
Pastu anak2 sdara buli lak Ayah Su jd peneman depa utk g shopping mopping....
.
Kali ni jangan haraplah nk buli Adik cz Adik cuti utk study week.
Adik dtg pn 4 hari je n pastu akan kembali ke UTHM cz
next week adik mula exam semester.....

Xsempat nk buli Adik, ibu dh kena buli dgn dia.
Pagi2 dah kena basuh baju2 Adik yg menimbun mcm gunung berapi tu.....
hu.hu.hu....

p/s:
Apa pn gud luck utk Adik a.k.a Ayah Su....
Jangan dok sibuk dgn FB je ok!!!
Nnti akak ngadu kat mama n abah....ngeh..ngeh..ngeh...

9 Mac 2011

Selamat Kembali ke Mesir.....

Sedih + sebak + terkilan...
Kerana sepanjang kembalinya ke Malaysia akibat krisis d Mesir n lalui peristiwa2 pahit,
Ibu, kakaknya tidak sempat bersua muka..
Xsempat berbicara dan bertentang mata.
Sekadar berhubung di alam maya dan telefon.

Ingatkan sempat brsua pada cuti ini.
Namun hajat xkesampaian.
Tup..tup..tup...
Khairul Anuar terima panggilan dari JPA.
Suruh brkumpul di KLIA segera.
Sungguh trkilan krn tnpa sebarang maklumat terus mengarah berkumpul segera.
Dan atas tindakan segera abah menghubungi JPA.
Akhirnya diberi tempoh 1 hari brsiap.
Bayangkan!!!!!!!!!
Bergegas ayah menempah tiket flight KB-KL.
Nasib baik Khairul Anuar dh brsiap sedia.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan dh brtindak lebih awal.
3 minggu lepas dh membuat penjumpaan...
Memanggil semua rakyat jelata yg belajar di Mesir.
Semua rakyat jelata ditaja tiket penerbangan.
Siap memberi 2 sesi taklimat.
Segala di atur rapi agar xmenyusahkan.
Bukan sedikit ttp 1300 org pelajar.

Tup2 pelajar JPA lbh kurg 90 org.
Perlu ikut arahan JPA.
Kerana mrk pelajar tajaan.
Kami terpaksa menarik diri dr tajaan kerajaan negeri.
Tapi keadaan agak kelam kabut.
Makluman dibuat seolah xde perancangan.
Padahal bilang pelajar tajaan xseramai mana.
Apapn terima kasih ibu n pihak keluarga ucapkan kepada
pihak kerajaan negeri n JPA krn menaja perjalan pulang ke Mesir.

petang ini, adik yu akan terbang ke KL dan akan meneruskan penerbangan ke Mesir.

Warkah khas buat Adik Yu:
Yu, kak mmg amat trkilan krn xsmpt brsua dgn Yu.
Begitu juga dgn Along, Angah, Beby, Naurah n Farouk.
Biasanya setiap kali pulang ke Msia Yu akan brtandan ke Johor.
Kerana Yu tramat rapat dgn mrk...
Tapi keadaan kesihatan Yu xmengizinkan.
Kak tau Yu sudah lama alami keperitan itu.
Yu lalui sorg2 tanpa pengetahuan kami.
Dan syukur, setiap kejadian ada maksud trsurat n trsirat.

Kak n anak2 sntiasa brdoa utk kesejahteraan Yu.
Walaupn di mana Yu berada, yg pastinya Yu tetap tersemat di hati kami.
Kerana Yu adalah kesayangan semua......

11 Februari 2011

Safely Return Home....Syukur!!!!!!

YA ALLAH AKU TERLALU BERSYUKUR...
ALHAMDULILLAH!!!!!!.

Itulh ucapan pertama yang keluar dari bibir ibu.
Xputus mengucap syukur bila mendapat SMS dr adik yu a.k.a
Muhammad Khairul Anuar.
"Kak, Yu dh sampai kt KLIA, lbh kurg pukul 2 ptg"....
Terus ibu call untuk mendengar suara Yu.
Ye bukan lagi mimpi atau iguan.
Mmg Yu dh selamat tiba di Malaysia pada 9.2.11 jam 2 ptg.
Khairul had been stuck in the University Zagaziq since 27.1.2011.
Hampir 2 minggu terperangkap di Zagaziq n menumpang di Jeddah.
Dan tanpa jemu kami adik beradik berusaha dan akhirnya berbaloi.

Terima kasih kepada semua di atas doa2 dan kata2 semangat.
Dan ribuan terima kasih kepada 2 org hero ibu
Ahmad Zaki dan Ahmad Zakimi
yang sanggup menapak
ke Wisma Putra
tanpa jemu demi nyawa adik tersayang.
Thanks My Heroes.....

Dan ibu dpt saksikan betapa eratnya kasih sayang antara kami.
Saling syg menyayangi dan saling memerlukan antara satu sama lain.
Sanggup lakukan apa saja demi insan tersayang.

Hero kesayangan ibu -Ahmad Zaki dan adik Yu.
Wajah kepenatan Yu sebaik tiba di KLIA dr Abu Dhabi.
Transit selama 5 jam
di KLIA kerana jadual penerbangan ke KB ditunda selama 1 jam...
Selamat tiba di kg pd 10 mlm....


Seorang lagi hero kesayangan ibu Dr Ahmad Zakimi bersama adik yu..
Gambar di kampung.......

8 Februari 2011

Warkah Buat Muhd Khairul Anuar

Salam Yu,
Dari kejauhan kak sntiasa panjatkan doa buat Yu.
Xputus2 kak memanjat doa memohon kesejahteraan n keselamatan yu di sana.
Berharap agar Yu sntiasa dilindungi setiap saat dan waktu.

Yu,
Sebelum tragedi ini terjadi kak sedia maklum yu xsihat.
Yu tabah melawan segala penyakit "misteri" itu bertahun2.
Yu melawan sndirian sejak yu di tingkatan 4 lagi.
Yu mmg seorg adik yg kuat.
Yu harungi sendirian semua itu tnpa pengetahuan
kami dgn penuh kesabaran n ketabahan.
Dan berkat ketabahan n kesabaran
yu hadapi SPM dlm seribu kesukaran n kesakitan.
Dan Allah Maha kaya
bila yu dinobatkan pelajar
terbaik SPM dgn mencapai 12 A.
kami teramat bangga dgn yu.

Yu dpt tawaran melanjutkan pelajaran
dr dlm dan luar negara dlm bidang perubatan.
Yu memilih ke Mesir
demi mencapai cita2 menjadi doktor yg beragama.
Yu ingin jd doktor yg sarat dgn ilmu agama.
Kami redha n pasrah dgn pilihan yu
w.pn mama seolah2 terkilan kerana ingin yu menerima tawaran ke UM.

Yu
kak kagum dgn semangat yu.
kak kagum dgn peribadi yu...
Kehidupan harian yu dibasahi dgn hafazan ayat2 suci Al_Quran

Yu,
Semalaman kak xdpt lelapkan mata memikirkan keadaan yu.
Dan kak tahu saat itu yu dlm kesukaran.
Antara kita berdua punya chemistry yg kuat.....
kalu yu sihat mungkin yu boleh bertahan sprti org lain.
Lantas kak berbincang dgn mama n family.
Kami berusha membawa yu balik ke Malaysia secepat mungkin.

Bila lihat rangking yu yang ke 4000,
Dan bila call wisma putra mrk blm pasti jadual yu akan bertolak pulang.
Kami nekad membawa yu pulang
dgn pembiayaan sndiri.

Yu,
Dan tanpa berlengah2
kak call abg mie suruh bank in duit utk yu.
Abg mie sanggup meredah mlm
semata2 ingin bank in duit tambang utk yu.
Kak n family nak yu segera pulang.
kak dh xsanggup menanggung bebanan yg sarat ini.
Beban seorg kak yg terlalu risau.

Dan kak xjemu2 call n sms yu setiap masa.
Yu tetap xmenunjukkan kesukaran.
Tapi kak tahu siapa yu.
mmg yu xpernah mahu meluahkan kesukaran yg dialami.
Yu xnk kami risau.......
Hanya bbrapa patah perkataan
yg menyentap jiwa kak bila yu berkata:
"Kak, yu penat..penat sgt2..
hakikatnya, rasa mcm saat ni gak yu nk kelik..
..
sabarlh hati....."

Msg yu sudah cukup kak selami kesukaran itu.

Dan saat ini kaklh org yang paling gembira.
Bila urusan tempahan tiket berjln lancar.
Yu akan bertolak pulang pd 4.50 ptg waktu Saudi
(mrk lewat 5 jam dr Msia).
menaiki pesawat penerbangan Syarikat Etihad,Arab Saudi.
Dan sesungguhnya Allah beri peluang utk Yu menjejaki kaki
ke tanah kelahiran ABAH....Arab Saudi.

Mayb Yu akan sampai ke Malaysia pd pukul 2.00 ptg esok.
Semua tu pembiayaan family.
Dan doa kak agar yu selamat tiba tnpa sebarang halangan.

Allah sntiasa menguji Yu
dgn berbagai2 ujian kerana Allah Maha
Kuasa n tahu Yu mmg seorang yg kuat semangat n kental...

SELAMAT KEMBALI YU...
KAMI DOAKAN TIADA HALANGAN YG MENDATANG...
Amin.....

Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu


Insya Allah ,Insya Allah ,Insya Allah

Ada jalannya

Insya Allah ,Insya Allah ,Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa


Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

4 Februari 2011

Berita Terkini Khairul dr MESIR

Terima msg dr adik ibu Ahmad Zaki di KL:
msg 1
Kie br call wisma putra kul 7pagi. Bekalan mknan masih xde. Kt wisma putra MAS xblh turun katanya dan mrk xtau bila dpt mendarat...........

msg 2
yu dh slamat smpai d Msia Hall Abasiah Cairo pd 12 mlm waktu Cairo. Smpai skrg xtrima bekalan mknan. Mrk menaiki bas. Teruk betul layanan"......". Bila tiba di jeddah utk blk msia ikut kapal kena tunggu 2-3 minggu lagi n jika ikut flight, kos tanggung sndiri......

msg 3
mknan xde..dlm kelaparan..kena beli sndiri..ttp kebykan rakan dh xde duit..trpaksa thn lapar sejak smlm..........

SILA KLIK SINI

About me