Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label FARAH NADIAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FARAH NADIAH. Papar semua catatan

4 November 2012

Doa Buat Angah a.k.a Farah Nadiah....

Esok hari penentuan untuk masa depan angah.
Langkah pertama untuk angah mengatur kehidupan yang lebih baik dan cemerlang.

Doa ibu buat anaknda Farah Nadiah a.k.a Angah :

Ya Allah..
Aku memanjat doa buat anaknda Farah Nadiah.
Lapangkanlah dada anaknda Farah Nadiah..
Berikan ketenangan buat anaknda Farah Nadiah...
Kurniakan kecergasan akal dan ketajaman minda....
Terangkan hati anaknda Farah Nadiah...
Permudahkan segala-galanya buat anaknda...
Semoga anaknda Farah Nadiah memperolehi kecemerlangan dalam
peperiksaan SPM yang dilaluinya...aminnn......

*Al-Fatihah ditujukan khas buat anaknda Farah Nadiah......

Doa yang sama buat along ibu titipkan buat Angah.
Hati seorang ibu yang sentiasa berdebar setiap kali anak menempuhi peperiksaan.
Dan ibu percaya angah mampu menghadiahkan kecemerlangan
buat kami kerana ibu tahu anak-anak ibu tidak pernah menghampakan ibu dan ayah.
InsyaAllah....aminn....

Gud luck Angah......

15 Jun 2012

Take Care ye Angah...

Petang ni Angah meninggalkan ibu selama 3 hari 2 malam bagi mewakili sekolah
ke Program Kecemerlangan SPM di sebuah homestay di Muar.
25 orang pelajar cemerlang dipilih setiap sekolah dari seluruh daerah Muar/Ledang
Mereka berkampung di sana untuk program motivasi anjuran PPD Muar/Ledang.

Kelakar pulak ibu tengok Angah ni.
Macam nak pergi 3 tahun lagaknya.
Angah:
Ibu nanti angah rindukan ibu...
Nanti angah rindukan masakan ibu..
Nanti angah tak boleh tidur.......
nanti angah tak selera nak makan....
*Motif : "Boleh tak kalau angah tarik diri..."
Hish budak nie...Bukan senang nak dapat peluang macam nie.
Suka hati je dia nak tarik diri......

Baru 10 minit angah meninggalkan ibu dia dah sms:
"Ibu, angah dah bertolak ni....Bye..bye..Miss you....

Saja ibu suruh ayah hantar angah ke sekolah petang tadi.
Malas ibu nak tengok drama airmata angah bila bas bergerak nanti........
Angah tu terkenal dengan bintang airmata......he.he.he.....
Take care ye angah.....

Angah dan Baby Wan Qaisara Balqis....

3 April 2012

Angah Pandai Berpantun????

Hari  ni Angah mewakili sekolah dalam 
Pertandingan Pantun Peringkat Daerah
di SMK Sri Menanti.
Tak tahu la pulak ibu yang Angah a.k.a Farah Nadiah ni pandai berpantun bagai.
Bulan ni angah ada pertandingan berbalas pantun final .
Good Luck Angah!!!!!!



p/s:
Pagi tadi terima call dari PKG:
"Kenapa cikgu tak hadiri kursus hari ni??????"
"Maaf saya tak terima sebarang surat dan hari ni saya cuti sakit..."
Takde pulak ibu terima surat panggilan kursus...alahai.....

7 Mac 2012

Akibat Digoda.

Petang semalam outing dengan 4F.
Sekadar singgah kedai motor.
Datanglah tokey kedai yang ensom.
Dengan mulut manis penuh gula.
Goda-goda ibu dengan kata-kata penuh bunga-bunga cinta...
Oppsss!!!!!!! bunga2 bodek.
Dan si ibu yang pantang di goda terus tewas.
Tanpa sedar terus bersetuju ditambah dengan hasutan 3 F.

3F yang penuh dengan akta hasutan.
Bagai dipukau ibu terus bersetuju.
Duit bertukar tangan........dan esok menghabiskan baki...

Malamnya sebelum mata terlelap ibu maklumkan pada Ayah.
"Bang petang tadi Y pergi beli moto...."
Ayah membisu....blur agaknya..
Mungkin ayah ingat ibu bergurau .
atau mungkin ayah ingatkan ibu beli moto mainan...
atau mungkin ayah tersentap...
atau mungkin ayah dah terlelap....
Apa2 jelah......malas ibu nak layan....

Petang tadi motor yang dibooking telah tiba.
Itulah ibu, buat sesuatu mengikut gerak hati.
Tanpa ada perancangan.
Melayang impian ibu untuk tambah koleksi gelang emas yang jadi idaman.
Demi kerana anak-anak terchenta!!!!!!

 Dan si anak yang baru dapat lesen P tersenyum riang.
Impian tercapai sekelip mata.
Dan si ibu memandang penuh blur.
habis melayang segala impian.......

Pesanan untuk angah JNL =Jangan Naik Laju!!!!!!
Luahan hati ibu JNL=Jiwa Nan Lara...hu.hu.hu.........

p/s:
Lepas ni pergi sekolah sendiri ye angah n beby.
Bawa motor hati2..
Ibu sendiri tak pandai bawa motor......hu.hu.hu...
Kurang sikit la beban kerja ibu dan along........

5 Mac 2012

Ada orang Belanja.....

Petang semalam ada orang belanja ibu cheezy wedges......


sebab dia dah dapat lesen.......
Angah dah dapat lesen motor dan tahun depan 
baru angah cukup umur untuk ambil lesen memandu pula....
Ayah jangan lupa kumpul duit untuk angah ambil lesen kereta pulak ye........

24 April 2011

Kerana Angah...........

Hari Sabtu petangnya pergi ke sekolah 3 Farah.
Ada Mesyuarat Agung PIBG n Hari Anugerah Kecemerlangan.
Kalu ikutkan hati malas sgt nk pergi.
Tapi kesian lak kt Angah cz hari ni diadakan serentak
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR, SPM n STPM.....
So pergi la juga.
Hari ni hari kemuncak cz anugerah  dalaman dh dibuat.

Ikutkan program Anugerah Pelajar Cemerlang akan berlangsung 
after ucapan dr dif2....
Bila tang VIP berucap, ibu dh rasa migrin.
Farouk dh siap tidur terngangga kt sebelah ibu.
Ibu bapa pn dh mula gelisah.
Masing2 dh bersembang sesama sendiri.
Bukan apa, dh la lambat sampai,
ucapan lak pjg berjela....
Redha jelh.
Lepas selesai Majlis Anugerah ibu terus blah.
Dah xtunggu mesyuarat cz dh pukul 5 ptg Mesyuarat belum lagi mula.
Asar belum solat.
Ikut jadual pukul 4 ptg dh mula.....
Bayangkan mesyuarat tu abis maunya dkt Maghrib......

 persembahan murid : coral speaking n koir....

 snap dari jauh masa angah terima anugerah pelajar cemerlang PMR 2010.
Segan nk ke depan..gambar pn kabur cz kelam kabut je snap.....

 kat rumah paksa angah posing....

 Angah dh bosan...dh mula tutup muka.....

 cenderahati n sijil Angah..
Kiranya hadiah besday angah gak la ye.....

19 April 2011

Risau!!!!

Sejak Tragedi April hari tu hati ibu semakin risau.
Risau melihat perkembangan kaki angah.
Kisah selanjutnya klik sini.
Makin hari makin teruk keadaan kakinya.
Kesiannya ibu tengokkan.
Ngeri pun ada.

Kulit betis angah dh merah + hitam + berkeriput.
Bila ibu pujuk2 nk snap pic, Angah menolak.

Angah:"Xbaik tau ibu, aurat..."
Ibu: Bukan ibu nk tayang muka angah ttp nk snap betis angah yg dh xcantik tu wat kenangan.
Sekurang2nya kwn2 blog + FB yg baik hati tu tolong mendoakan Angah.
Angah: Xpelh bu, kwn2 ibu tu semua baik2 n angah tau mrk sentiasa mendoakan kita w.pn xtgk rupanya....

Ibu terpaksa akur dgn kehendak angah.
Tapi memang kesian n xsanggup ibu nk tengok betis angah tu.
Bayangkan sepanjang betisnya tu dh bertukar wajah.
Warna daging separuh masak + gelembung2 berisi air sebesar bola pingpong.
Kulit dah berkeriput.
Dah pergi klinik, dh beli jelly yg kawan2 FB syorkan ttp mcm xmenjadi lak.
Mungkin memakan masa untuk pulih.
Ibu risau nnti betis angah meninggalkan parut kekal.
Petang nie, ibu terpaksa bawa Angah ke klinik lagi.
So pagi nie ibu suruh dia rehat kt rumah.
kesian tgk dia berjalan terinjut2 menahan sakit......

Semoga Angah cepat sembuh!!!!!

14 April 2011

Tragedi April....

Story 1
Pagi tadi ibu masak bubur untuk b.fast anak2. 
Macam biasa ibu masak guna periuk vision cz bubur akan cepat masak.
Bila masak je ibu angkat n letakkan periuk tu kat atas meja.
Walaupun dh diletakkan atas meja, bubur tu masih mendidih.

Tiba2 ibu dengar mcm ada mangkuk jatuh.
Rupanya semangkuk bubur yg masih mendidih tu jatuh atas betis n kaki angah.
Airmata angah berjurai menahan sakit.
Ibu suruh Angah ke toilet utk rendamkan kakinya....

Kaki angah jadi merah mcm kesan terbakar.
Ibu suruh angah berehat kat rumah jerr tapi Angah ni jenis kuat semangat.
Nk juga pergi sekolah cz katanya ada monthly test hari ni.
So ibu terpaksa mengalah.
Sebelum ke sekolah ibu sapukan minyak gamat utk kurangkan bisa dikaki angah.

Lebih kurg pukul 11.05  pagi ibu terima call dr Angah.
Katanya kakinya mudah bengkak n ada gelembung berisi air.
So terpaksa la ibu keluar n jemput angah kt sk.
Setelah urusan selesai terus ibu bawa ke klinik kesihatan BG.

Malamnya bengkak makin membesar.
Gelembung tu adalah besar penumbuk baby.
makin lama makin besar ibu tengok...

ni ibu snap pagi tadi after balik dr klinik..
puas pujuk nk snap angah xbagi..
At last kena paksa dengan ibu........
Malam ni bengak makin besar.....

Story 2
Petangnya pulak, tangan ayah lak melecur akibat terkena bahan kimia.
Alahai xabis kisah angah, si ayah lak ditimpa musibah.
Abis kulit tangan ayah terkopek.
Katanya tangan Ayah rasa kebas n kejang....

Mereka berdua ni lahir bulan yg sama ,
APRIL.
Dan tragedi berlaku dlm hari yg sama.

Utk pengetahuan semua, 
tarikh 13.4.2003 merupakan hari ayah kehilangan arwah abangnya.
Dan esoknya 14.4.2003 (besday  ayah) arwah bapak pula meninggalkan kami.
Peristiwa itu memberi pukulan hebat pada ayah.
Juga pada ibu krn ibu mmg rapat dgn arwah FIL..
Semasa tu ibu tgh pregnankan Farouk....
Hampir 1 bln ayah mcm org hilang arah.
Al-Fatihah utk arwah BIL n FIL
Dan hari ini diulang tahunnya juga, 
ayah n angah ditimpa lagi musibah.....
Semoga Ayah terus kuat lalui ujian demi ujian diulang tahun kelahirannya....

30 Januari 2011

Hadiah Untuk diri sendiri......

Angah a.k.a Farah Nadiah nie
dh bbrapa hari dok bodek2 ibu g kedai hp.
Tah apa yg dia nk sangat ke sana.
Bila ibu tnya kenapa????
Jawabnya: "Adalah..."

Biasanya kalu ibu nk kluar ke mana2 mmg dia xnk ikut.
Smlm bkn main lagi.
Awal2 angah dh siap pakai baju.

Rupanya ada udang disebalik mee.
Nk beli hp baru katanya.
Nk beli, belilh....guna duit sndiri....
Kalu xde duit tgk jerr..
Jgn sibuk nk minta duit ibu.....

Anak2 ibu mmg camtu.
kalu nk beli apa2 mrk kena kumpul duit sendiri.
Kena la berjimat cermat.
Bila dh cukup duit baru mereka beli.
Ibu xnk ajar mereka bersenang lenang nk dapatkan sesuatu.
Sedari kecik ibu dh latih camtu.
Sebab tu sedari kecik kalu g kedai mainan mrk tgk jerrr.
Kalu berkenan pn mrk pegang-pegang n tgk2 je.
Bila minta pn xlebih dr 2 kali.
Xde maknanya nk melalak.
Time tu la ibu ckp...
kalu nk jugak, exam mesti dpt TOP 3.....
Motivasi gak tu....

Ibu nk mereka belajar...
Duit bukan senang nk dapat.
2yg mrk sntiasa berjimat.
Ni bukan kes penderaan ye ttp
kes nk ajar mereka memahami.
Betapa sukar utk dapatkan duit.....
Kalu nk duit mesti ada usha......

bukan main hepi lg dapat idaman kalbu..
Tersenggih2 n tersenyum2 sesorg......


nilh yg angah idam2kan sekian lama.
Xdelh lama sgt cz ni kiranya keluaran baru gak la.....hi...
Harganya dlm RM550.
Kiranya hadiah utk diri sendiri.....hi.....


p/s:
sunyinya Ayah, Along n Angah xde selama 3 hari.....

28 Januari 2011

Kalu dh nk rugi......

Cuti lepas spek angah patah.
Masa tu masih bercuti kt kg.
Kesian lak tgk cz angah xleh hidup tnpa spek tu.
Mula la pening2 kepala.

So nk xnk terpaksa la gak g kedai spek.
Ibu sebenarnya xbiasa sgt kedai2 spek kt kg nie.
Kt BG ni pn ibu ada 1 kedai je yg biasa ibu pergi.
Apa2 hal senang nk rujuk semula....

So sampai kedai tu mcm biasa la mata angah tu kena check semula.
Tokey kedai tu kata power spek angah dh turun.
Sebelah kiri 450 turun 400 n kanan dr 400 turun 350.
Biar betul?????

Ibu hairan gak cz diusia 15thn takkan power mata boleh turun mendadak.
Nak2 angah asyik dok mengadap buku nk exam PMR.
Rasanya kalu makin naik adalh.
Ibu suruh dia check lg sekali ttp tetap sama.

Hati ibu rasa hepi la ttp sambil2 tu ada gak perasaan ragu2.
Yelh camne boleh jd camtu.
Dan ibu pn malas la nk pjg2 cerita.
Yelh, mrk lebih arif.
Dah siap semua urusan n bayaran pn dibuat.
Semua tu dlm RM400++++.
Kebetulan ada ofer.

Balik rumah ibu tgk angah asyik termenung.
2 minggu gak dia semacam xbyk ckp.
So pd along tmpt angah mengadu.
katanya dia asyik pening2 n mata kabur dgn spek br tu.

Bila ibu tnya baru dia mengaku.
Masa tu kami dh blk Johor.
Geram gak ibu.
Ibu tahulh angah xnk susahkan ibu.

So terpaksa ibu bawa angah ke kedai yg biasa kt BG.
Bila check mmg power mata angah xturun.
Masih 450 + 400 mcm dulu.
Xpasal2 kena tukar semula cermin tu.
Nasib baik cermin je tukar.
Abis la dlm RM100.
Balik rumah ibu nmpk angah mula hepi semula...

Alahai.......
Kalu dh nk melayang.
Nasib la ayah!!!!!!!



24 Januari 2011

Tahniah Angah.....

Smlm seharian ibu menyepi.
Bukan xde mood or BZ ttp masalah tenet.

2day angah akan menerima hadiah kecemerlang sempena PMR hari tu.
Cikgu buat majlis dalaman je dulu.
Untuk ibu bapa akan dibuat semasa Mesyuarat Agung PIBG nnti.
Masa tu baru jemput VIP utk sampaikan sijil n hadiah.

Hari ni menurut angah, majlis ni dibuat simple je.
HAdiah n cenderahati disampaikan masa perhimpunan mingguan.
Pihat SK beri hadiah cenderahati berupa wang ringgit.
Dapat 8A dapat la dlm RM80.
Oklh tu.
Rezeki jugak.

Habuan dr Ayah blm dapat.
Sejak 2 menjak ayah asyik sibuk jerrrr.
Dari Ayah agak lumayan la ckit.
Adalah lbh kurg RM1000+++.
Kalu duit tu angah simpan lak dlm
saham didik, ayah akan gandakan 2x ganda lg.....
Dpt la dlm RM2000.....
Psssttt!!!!Angah,apa kata duit tu kita share ????
hi.hi.hi......


p/s :
Ada sapa2 guna berukband celcom tak?
Kenapa bil bln ni naik lg RM2.00.
Xde pn pihak celcom maklumkan apa2.
Ni kiranya kenaikan yg ke 2 kali.
Dan yg lbh dasyat tu dh ada limited lak.

23 Oktober 2010

Hancur berderai........

Aduhai.....abis pecah berderai lagi periuk vision ibu.
Nie kiranya periuk vision ke 5 ibu yg musnah berkecai.
Dan yg lagi tragis bila 2dy periuk vision ibu yg plg besar pecah.
Kiranya yg 3.5 liter gitu.
Kali ni angkara......


v

v

v

v

v

v

v
ANGAH!!!!!!!!!

Mula2 tu geram gak rasanya
ttp bila tgk muka angah yg sedih or berlakon sedih tu,
tiba2 xjadi nk marah.
Yelh, sblm ibu meletup cepat2
angah minta maaf n kalut dok ambil penyapu n penyodok.
Kesian lak tgk......

Ttp adalah kena marah ala2 manja gak.
Mau xgeram,..bknnya senang nk beli.
Harga vision skrg pn dh mahai.
Aduhai.......nasib...nasib...
Nmpknya pasni guna jelh periuk besi ke, batu ke......
Smpai bila2 xpecah....hu.hu.hu.....
Angah....angah.....

4 Oktober 2010

Ucapan buat 2 insan tersayang....

Firstly
Selamat menduduki PMR buat angah.
Esok bermulalah perjuang angah.
Perjuangan utk mencapai sesuatu yg gemilang.
Dan angah xperlu gusar krn atok mama dh bransur pulih.
Atok mama smpt brbisik pd atok ayah supaya smpaikan
ucapan selamat maju jaya buat angah....

Doa ibu agar Allah kurniakan angah....
ketenangan jiwa..
kekuatan semangat...
kelapangan dan keterangan hati....
kesihatan yg baik...

Agar angah dapat tempuhi PMR dgn jayanya.
Doa ibu, ayah, family n rakan2 ibu xputus2.
Agar angah berjaya dengan cemerlang.
Sebagaimana yg diimpikan oleh semua.
Good luck angah.
ingatlh Allah tetap bersama orang2 yg sntiasa mengingatiNya..
Amin......

2nd
Selamat berangkat semula ke luar negara esok buat adik ibu tersayang
dan selamat menyambung semula pengajian
3rd year Yu dlm bidang perubatan.
Juga Tahniah krn Yu antara pelajar perubatan yg cemerlang @ Top 5
dlm peperiksaan 2nd year tempohari...
kami bangga sangat....

Yu jgn sedih krn mama dh beransur pulih.
Dan jadikan saat getir sewaktu mama brtaruh dgn nyawa
sbgai pembakar semangat Yu.

Yu dh berjanji dgn family utk belajar brsungguh2
n mengikut jejak langkah abg mie.
Menjadi seorg doktor yg berjaya.
Bisa merawat mama sehabis baik spt yg abg mie lakukan
pada mama tempoh hari.
Segala2nya Yu saksikan didepan mata.
Allah Maha Kuasa n apa yg trjadi ada hikhmat disebaliknya.
Dan Allah mengatur setiap peristiwa dgn begitu teliti.

Dan yg pastinya saat itu mama dh xde harapan utk brsama kita,
bertaruh dgn maut..
tapi mama kuat krn yu...
dan saat ini mama...........
sudah mampu berbicara dgn Yu,
sudah mampu tersenyum pd Yu,
sudah mampu mengusap rambut yu,
sudah mampu mencium pipi Yu,
sudah mampu memeluk Yu,
dan mampu melambai2 tngan pada yu disaat yu
ingin melangkah pergi.


Walaupn mama masih di wad, ttp mama dh bransur pulih
dan mama smpt mengiringi langkah yu....
Syukurlh dik n jgn brsedih krn semuanya sudah tertulis.
Kita terima semua ini dgn dada yg lapang........
Good luck Yu...
Kak sntiasa mendoakan yg terbaik buat Yu krn
Yu antara insan yg begitu berharga dlm hidup kami......

Ayah Yu n Angah yg akrab.
Mrk brdua punya rasa yg sama..
Punya cita2 yang sama......
Punya semangat juang yg sama.....

Ayah Yu.....

30 September 2010

Gilap Permataku Angah....

Maaf ye kekwn krn sudah 2 minggu n3 ibu mengundang kesedihan n air mata.
Sepanjang mama di ICU, hati , fikiran n jiwa ibu sntiasa di sana.
Dan di sinilh tempat yg paling selesa utk ibu menluahkan perasaan.
Ibu xmampu meluahkan melalui kata krn pasti mengundang air mata.Dan berbanyak terima kasih di atas doa2 kalian.
Hanya Allah yg mampu membalas jasa2 kalian.
Setiap detik Allah kurniakan keajaiban buat mamaberkat doa tulus n ikhlas dari kalian.

Hari Selasa ibu dijemput ke SMKBG.SK angah adakan
"Program Gilap Permata"

bagi pelajar yg perolehi result cemerlang dlm trial PMR tempohari.
Alhamdulillah, ibu bersyukur sgt krn angah menjadi penawar di kala kedukaan.
Angah mampu meraih rangking ke 2 dr 350 org pelajar calon PMR.
Angah harapan kami, harapan keluarga, dan harapan sekolah.

Barisan Pengetua, GPK , guru2 n NYDP PIBG.

angah sdg mengisi borang akui janji n target PMR....

borang akui janji...

antara pelajar yg terpilih bersama ibu bapa di bilik mesyuarat....

Ibu terlalu kasihan dgn anak2 terutama angah.
Sejak mama sakit tumpuan ibu lebih kpd mama.
Angah terpaksa sndirian membawa haluan.
Dan sememangnya angah faham n mengerti....
Angah xjemu2 mengulang kali.
Angah xjemu2 belajar w.pn tnpa ibu di sisi.

Angah rapat dgn atok mama.
Pastinya angah turut bersedih di atas apa yg berlaku.
Pasti sedikit sebyk tumpuan angah terganggu.
Perlu membantu along n Beby menguruskan rumah
semasa ketiadaan ibu n ayah.

Dan lebih terasa bila ibu terpaksa berulang alik
dr Johor ke Kelantan setiap minggu.
Masa ibu dgn anak2 terbatas.
Sering termenung n bersedih.
Menangis bila sndirian.
Alhamdulillah anak2 memahami.
Ayah byk membantu menguruskan anak2.

Doa ibu, agar angah teruskan langkah angah.
Semoga kecemerlangan terus menjadi milik angah.

2-3 hari lagi angah akan melangkah ke dewan peperiksaan.
Angah juga perlu kuat.
Angah perlu tabah.
Angah perlu lakukan yg terbaik utk angah, kluarga n sekolah.
Allah sentiasa bersama kita.
Berdoalh, bertawakal dan berserahkan pdNya.
SEMOGA ANGAH PEROLEHI RESULT YG CEMERLANG
dan mampu mengharumkan nama sekolah seperti yg diharapkan
oleh guru-guru angah.
AMIN........

19 Ogos 2010

Tahniah Angah!!

Last week angah dh selesai menduduki trial PMR.
Alhamdulillah angah masih dpt mengekalkan prestasi cemerlangnya.
Kalu xsilap ibu angah top 2 or top 3 keseluruhan tingkatan 3.
Dan harapan ibu agar angah kekalkan prestasi angah sehingga menjelang
PMR.

Ibu bangga kerana angah mmg seorg yg tekun belajar.
Sedari kecil angah seorg yg ingin belajar.
Angah lahir xckup bln@ bayi pra-matang
n prkembangan angah masa kecil
agak lmbat brbnding anak2 sebayanya.

Diusia 18 bln angah baru mula melangkah.
Sewaktu usia 4 thn angah dh mula tunjukkn minat mengaji.
Ttp masa tu hati ibu risau melihatkan percapaian angah.
Trlalu perlahan n pergerakkn angah juga lemah.
Alhamdulillah diusia 5 thn prestasi angah mula menyerlah.
Angah sntiasa menerima anugerah pelajar cemerlang
sejak melangkah ke tadika n hingga skrg.

Doa ibu agar angah terus brjaya.
Dan ibu juga brharap cita2 angah utk menjadi seorg doktor trcapai.
Angah ingin mengikuti jejak langkah
ayah mie yg brgelar doktor
n
ayah yu yg bakal seorg doktor.
Kedua2 pakcik angah merupakan pembakar semangat dan idola angah.

angah n ayah yu .....

p/s:
2dy along diserang asma lagi.
2dy along ada exam n along trpaksa brcuti lagi...
Semoga along cpt sembuh.....


24 Julai 2010

Angah @ HighSchool Muar

Last week angah mengikuti
Program Motivasi n Teknik Menjawab soalan PMR
kt HighSchool Muar.
Ktnya best sesgt krn cikgu yg dijemput tu
adalah seorg guru pakar dr Terengganu.

PMR pn dh nk dekat...
Tinggal xbbrapa minggu lagi.
Sebagai ibu, ibu inginkn yg terbaik utk anak2.
Ikut kemampuan n prestasi mrk.

Alhamdulillah setakat ni prestasi angah masih ditahap cemerlang.
Minta2 gitulh seterusnya, insyaalah.
Dlm semester exam hr tu angah dpt
tmpt ke 2
dlm kelas dan ke 4 dr 270
org calon PMR SKnya.

W.pn angah xikuti tuisyen kt luar seperti anak2 org lain ttp
ibu brbangga krn dia ttp kekalkan prestasinya.
Sebetulnya jika pelajar benar2 beri tumpuan kt kelas,
kira dh cukup utk mereka dpt kecemerlangan.
Dan dgn bantuan guru2 SK angah yg xpernah jemu2
memberi kata2 perangsang n trkadang buat kelas tmbahan.

Doa ibu, agar angah terus sukses hingga PMR menjelang.
Tiada hadiah yg paling brharga buat ibu, ayah n kluarga
selain kejayaan cemerlang dr angah.
Kejayaan angah akan menjadi pendorong utk adik2 nanti..
Insyallah, semoga kejayaan milik angah.
Amin......


HighSchool Muar merupakan tmpat ayah belajar dulu....

angah aka Farah Nadiah, Nur Nadia dan Siti Najira......

1 Februari 2010

Projek Recycle Angah!!!

Ni cerita minggu lepas.
Punyalh sibuk angah dok cari kain perca.
Xpernah2 dia kisah pasal kraf tangan ni.
Myb dia xminat kot.
Rupanya angah kena wat projek recycle kt sekolah.
Patut le beria2 sgt nk buat.Satu je ibu puji angah ni,
Kalu diberi satu2 tugasan, dia akn terus buat yg trbaik.
Xpernah lengah2.
Dr kiddergarden smpai la ni mmg cikgu2 puji semua kerja2 angah perfect.



nilh hasil dari perca kain yg digentel oleh Angah....
gentel2 punya gentel, jdlh jambangan bunga ni....

tidak suka brgambar...myb cam ibu gak kot....hi....

Selingan.....

ibu jupe pic ni kt libary smlm....
Ni hasil lukisan angah yg dipertandingan masa dia Thn 6 dulu.
Lukisan ni sample yg angah buat sempena mewakili sk dlm
Pertandingan Melukis Poster Peringkat Daerah.
Angah satu2nya pelajar Melayu trpilih ke final
dan berjaya meraih
tmpt ke 3 Daerah Muar.


Mmg angah brbakat dlm melukis ttp xminat kraftangan.
Setiap kali masuk pertandingan melukis
pasti angah akn menang hadiah.

Ttp sayangnya bakat Angah dh brkubur sejak melangkah ke
sk menengah cz angah xbrpeluang mengambil subjek PSV.

13 Januari 2010

Kesibukkan Angah Bermula!!!

This year giliran angah lak duduki PMR.
Mmg gitulh every year.
Along, angah n beby lahir brturutan tahun.
Dr UPSR n sambung PMR dan akn dtg SPM.
Fuh!!!
tiap2 tahun le ibu akn stress + tension bila ank2 nk ambil exam.
Alhamdulillah, ibu xle risau sgt dgn angah
(ttp sbnarnya risau gak).
Angah ni jenis yg boleh thn rajin dr tadika smpai skrg.
Angah lebih byk brdikari n tekun belajar brbanding along n Beby.
Dr kecik smpai skrg buat homework xpyg ibu tnya2.
Baca buku xpyh ibu sound.
Yg pasti semua keje siap n perfect.

sedang menyiapkn homework.....

Angah lahir xckup bln.
Due 24.6.1995 ttp lahir 22.4.1995.
Dr lahir Angah menunjukkn semangat yg kuat.
Bygkn lahir tnpa dijangka,
Mmg ibu xrasai kesakitan hndk brsalin..
serius ibu ckp,
ibu jz g klinik utk check baby yg xbrgerak ttp doc kata dh nk brsalin.
Lahir pkul 7.00 pg, n terus dpt kluar wad hr yg sama
( xmasuk inkubator cz berat dia ok-2.7kg).
Balik umah dlm pkul 4.00 ptg pusatnya dh tanggal.
Mmg pelik ttp benar.
Ttp adat ank yg pramatang ,dia alami komplikasi.

Masih ibu ingat lg dr tadika, kalu ada home-work,
kt tepi pintu dh mula buka beg n ambil buku.
Kekdg ibu lak yg suruh dia rehat dulu.
Ttp tulh angah.
Dan alhamdulillah sejak dr tadika dia dh
merangkul gelaran pelajar cemerlang semua subjek n
meraih Bhs Inggeris Trbaik Daerah.
Dan setiap kali exam angah xprnah mengecewakn ibu.
Good Luck utk Angah....

Pic masa tecik....
along (yg bam2 tu...ada iras2 cam muka ibu masa tecik) n angah
along, ayah su , ayah U n angah ....
Umuah!!!! ciuman sayang along utk angah.....

dan sekarang......
along n angah yg xdpt dipisahkn.......


22 Julai 2009

Handphone Baru Angah

Hari Ahad ayah ajak bebudk g jejln cz dh beberapa minggu ni ayah asyik xde jer...Tu pn ayah br blk dr seminar pd ptg Sabtu...Yg ibu pelik + hairan, biasanya 3 Farah ni kalu ajak jejln ada jer alasan xnk ikut. Hr ni lain lak....3 Farah tu yg over2 lak..ni mesti ada apa2 ?????

Sesmpai kt Wetex..ayah terus ke tingkat atas cz nk beli baju taekwando Beby yg dh singkat tu....Angah dok sibuk tarik2 tgn ibu nk g kedai hp.....hai..ada2 aje bebudk2 nihh...


Baru ibu tahu, rupanya angah nih brangan nk tukar hp lama dia tuhh...Dalam diam rupanya dia dok kumpul duit yg ayah bg masa setiap kali priksa (alhamdulillah, setakat ni dia mmg slalu dpt result cemerlang...msh TOP 1 gitu setiap kali exam). Setiap subjek dpt A akn dpt habuan dr ayah....Alahai kesiannya ank ibu nih...Jd slama ni dia dok kumpul duit n snggup ikat perut le...


Ibu mmg xbg ank2 ibu kemewahan. Dr kecil ibu ajar mrk kumpul duit..Mmg mrk ni brlumba2 menabung....Mmg ibu selalu ingatkn, bkn senang nk cr duit. kalu nk dpt sesuatu kenalh usha sndiri......


Apapn, ibu jelous gak tgk hp dia maklum le hp ibu ni yg biasa2 je....slalu gak dia org kutuk hp ibu....Kata ibu kt depa :" alah, bt apa nk beli mhal2 cz ibu nk call n msj jerrr"(alasan le tuhh..)

About me