Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 Januari 2021

Perginya Si Comel Dedek

Si Dedek ni lahir pada 18.12.2019.
Dedek mempunyai kembar seramai 4 ekor tapi 
hanya tinggal Dedek seekor je yang hidup.

Dedek seekor kucing yang ceria...
lincah dan sangat manja.
Dedek menjadi kesayangan kami semua.

Ni gambar Dedek semasa usia 4 bulan

Petang-petang Dedek suka bermain di belakang rumah. 
👯👯


Di mana ada ibu..di situlah ada Dedek.

Dedek manja dengan sesiapa saja.

Namun usia Dedek tidak panjang.
Dedek hilang begitu saja tanpa dapat dikesan.
Ibu ingat lagi malam terakhir hayat Dedek.
Dedek merajuk bila ibu keluarkan Dedek dari rumah.
Dedek termenung di depan pintu.
Mendiamkan diri di situ.
Ibu intai melalui tingkap.....
Allahhu..sedihnya....

Keesokan harinya bayang Dedek tak muncul tiba.
Setiap hari ibu berdoa agar Dedek pulang.
Namun hampa.
Kini hampir 6.bulan berlalu.
Wajah dan keletah Dedek tetap dalam ingatan ibu.
Sekiranya Dedek menjadi milik orang lain...harapan ibu agar Dedek dijaga sebaik mungkin seperti kami menjaga Dedek penuh kasih sayang.
Sekiranya ajal Dedek telah tiba...ibu doakan agar Dedek menjadi sebahagian saham ibu di sana nanti.
Sayang Dedek.

0 ulasan:

About me