Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Jun 2020

UNIVERSAL STUDIO SINGAPURA

Alhamdulillah bersua kembali.
Agaknya ada lagi ke yang sudi membaca coretan diary ibu yang makin lama makin berkubur.
Post pertama untuk tahun 2020.
Fuh...otak pun dah loading nak up date sebab dah berbulan-bulan dibiarkan sepi.

Kisah percutian pertama ke oversea tahun 2020.
Tak jauh mana pun tapi projek asyik tertangguh-tangguh.

Kali ke 2 kami jejaki ke USS.
14 Februari 2020
Pergi pun sebab tiket dah booking beberapa bulan lepas.
Tempoh tamat semakin menghampiri.
Dalam keadaan dunia dikejutkan dengan virus Covid-19.

Semasa kami ke sana keadaan masih terkawal.
Namun kebimbangan tetap ada.
Kami mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat.

Memakai 'musk' sepanjang masa...sentiasa sapu tangan dengan sanitizer...mencuci tangan setiap kali tangan berpegang pada objek-objek tertentu.

Kali pertama ke USS dulu segalanya berjalan lancar.
Kali ke 2 pergi banyak dugaan yang kami lalui:

1. Virus Covid-19 melanda.
Dikala dunia dilanda musibah virus Covid-19....

2. Kami ditipu driver bas-
Kami diturunkan di tengah-tengah jalan di Vivo City....Terkapai-kapai di situ sedangkan kami bayar tikut untuk ke Pulau Sentosa.

3. Kami ditipu ulat tiket
Kami membeli tiket LRT dengan seorang lelaki berbangsa Cina.
Semasa scan tiket, ibu dan Farouk kena blok. 
Naurah dan Beby je terlepas. 
Nasib baik.

4. Kami tersilap naik LRT.
Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya kerana 
ramai insan baik di sana membantu kami sewaktu kami dalam kesusahan.

Akhirnya kami selamat juga tiba di sini.
Mercu Tanda USS




A. Far Away




B. Eygpt
Kali pertama dulu ibu dah ke sini so kali ke 2 ibu dah serik nak masuk ke sana.
Beby dan Farouk je masuk in door, ibu dan Naurah.
Muka Farouk pucat lesi semasa keluar....ha3x....







C. Holly Wood
Kali ini tak banyak pun kami bergambar.
Masa kali pertama  datang dulu memang sangat teruja...
Kali ke 2 dah kurang feel nya.
Lagipun hampir 80% in door dan out door sama masa yang kami datang kali pertama.


Dua kali kami masuk ke Transfomer.
Kalau dulu kena beratur panjang tapi kali ni tak perlu beratur.
Memang terlalu beza bilangan pengunjung yang datang disebabkan masalah Covid-19.



Menjelang petang kami beransur keluar.
Semasa itulah kami tersalah naik LRT dari Vivo City....
Akhirnya kami perlu pusing 1 negara Singapore yang mengambil masa lebih 2 jam.
Entah berapa banyak station yang kali perlu lalui.
Akhirnya kami tiba di station terakhir dan menukar LRT untuk ke Woodlands....

Alhamdulillah menjelang malam kami tiba di Malaysia.......

p/s : Rindunya nak pergi travel. Percutian ibu ke Perth Australia pada 14.3.2020 pun terpaksa ditangguhkan disebabkan wabak Covid-19 semakin serius ketika itu.

3 ulasan:

Nadiah Sidek berkata...Reply To This Comment

wah, akak masih berblog ya walaupun dah tak seaktif dulu. Saya ni baru berblog balik dalam semiggu dua ni selepas 6 tahun tak ada update..hehe..

Zulklik berkata...Reply To This Comment

Wah jalan jalan ya ke amerika ya bu

Zulklik berkata...Reply To This Comment

Pandai jg ya ibu masak tempoyak nya

About me