Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Mei 2019

TRIP HAT YAI

20.12.2018

Percutian singkat 2 hari 1 malam di Songkla.
Sebenarnya ibu baru kembali dari mengerjakan umrah dan menghabiskan sisa cuti di kampung.
Percutian ke Hat Yai ni tiada dalam perancangan pun.

Kami bertolak selepas subuh dari Pasir Mas Kelantan.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam juga.

Kami menuju ke Samila Beach dulu.


Niat nak bergambar dengan mermaid tak kesampaian 
sebab ramai sangat orang
sedang beratur....
Tidak la sanggup ibu nak join beratur sekali.
Oklah dapat nampak sipi-sipi pun jadilah kan.....

Semasa ibu sampai kat pantai ni, kebetulan ada persidangan disekitar sini.
Jadinya ramailah tentera sedang berkawal di sini.

Lepak-lepak tepi pantai kejap.

Si bujang ibu.

Belakang tu adalah hotel yang terletak berhampiran pantai.


Kami makan tengahari kat Pantai Samila ni.
Mak aiiiii...sekali masa bayar terperanjat beruk dibuatnya.
1 kepala dalam RM70.
4 orang dewasa makan RM280
Bayangkan....kalah makan kat hotel.
Lauknya tu je.....eeeemmmm.
Rupanya bukan kami jelah yang terkena.
Ada pelanggan tepi meja kami siap suruh kira balik
sebab harga hidangan mereka mencecah RM400+


Kami bergerak menuju ke sini.
Bergambar dengan kepala naga ditengah terik matahari.
Ekor naga ni ada di sekitar pantai OTW kami ke sini.


Ibu singgah beli souvineer di Pantai Samila.
Hari dah petang kami bergerak ke Bandar untuk check in di 
The Regency Hotel.

Taraaaaaa.....



Disekitar hotel ni terdapat pasar malam dan banyak makanan halal di jual.

Aiskrim tempurung.


Selepas ronda-ronda pasar malam kami menaiki tut-tut ke 
Asean Night Market.
Macam-macam ada dijual kat sini.
Bahagian bawah ada kedai pakaian, kasut, mainan, handbag dll.
Kebanyakkan peniaga dibahagian bawah non muslim.

Tingkat atas pula gerai makanan.
Ya Allah pelbagai jenis makanan dijual di sini dan harganya pun murah.
Kebanyakkan makanan dalam 230-750bath =RM3-RM10 je.
Kebanyakkan peniaga makanan adalah muslim.
Pandaikan marketing mereka.

Pening...dah tak tahu nak makan apa.

ROnda-ronda dulu untuk memilih makanan.

Udang galah dari saiz S hingga XXL.
Harga mengikut saiz.

Pelbagai jenis jus.....pilih je nak yang mana.

Harus mencuba ikan mackeral segar bakar.
Berbaloi-baloi sangat sebab rasanya yang lemak manis dan murah.
Seekor tu dalam 500-750 bath =RM7-RM10.

Dah lewat malam kami kembali ke hotel untuk beradu.....

1 ulasan:

Susan berkata...Reply To This Comment

It is my first visit to your blog, and I am very impressed with the articles that you serve. Give adequate knowledge for me. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

About me