Kisah bulan Februari.
Sejak kebelakangan ni ibu dah "merajinkan diri" mengikut En Ayah
berseminar / meeting di KL.
Alasan kukuh En Ayah, Along ada di sana.
Jadinya saban minggu ibu dan anak-anak habiskan weekend kami di KL.
Lagipun Angah pun sedang LI di Tangkak so berulang dari rumah.
Cuma Beby sorang nun jauh LI di Kuantan.
Awal weekend bulan 2 kami ke IKEA lagi.
Kali ni ke IKEA ceras pulak.
Sementara En Ayah meeting so ibu bersama anak-anak pergi jejalan.
Masa ibu ke IKEA ni memang tak ramai orang.
Lagipun hari Jumaat dan pagi lagi.
Ibu tak shopping mana pun.
Sekadar beli jam dan barangan kecil dan comel..
Tujuan utama pergi nak makan meat ball je
Minggu seterusnya ke KL lagi.
Dah jadi rumah ke 2.
Ibu ada jugak bincang dengan En Ayah dan anak-anak nak beli sebuah pangsapuri atau
kondominium kat KL sebijik.
Rasa macam tak berbaloi setiap weekend terpaksa menginap di hotel.
Dan perlu booking 2 bilik setiap kali ke sana.
Kalau total sebulan untuk penginapan saja dah lebih 1K....huhuhu...
Belum kos lain-lain.
Posing dulu......
Kali ni kami tak jalan kemana.
Sekadar lepak-lepak kat bilik sementara tunggu Along habis kerja pukul 6.30 petang.
Lepas Zohor melayan 2F nak berendan dalam kolam.
Kali ni tak lama mereka berendam sebab sejuk sangat katanya.....
Posing sebelum bergerak pulang.
Tinggallah Along sesorang kat KL.
InsyaAllah ada kelapangan ibu ke KL lagi ye Along.
1 ulasan:
memang syok camnih. x yah gi jalan kat mana2 pon takpe. duk hotel berendam sampai kecut. anak2 memang suka. hehehehehe
Catat Ulasan