Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2016

Kisah di Sebalik Tabir

Bersua kembali.
Ibu nak buat n3 tentang kisah disebalik tabir yang mungkin tidak ramai yang tahu.
Setiap ada majlis pasti ada orang-orang disebalik tabir bertukus lumus membuat persiapan.

Bermula dengan hiasan pentas.
Ibu dan beberapa orang rakan mengangkut kertas warna dan peralatan ke rumah.
Dalam kesibukan ibu menghadiri kursus selama 2 hari dan kesibukan tugasan menyiapkan dewan.
Alhamdulllah warga sekolah ibu sangat memberi kerjasama.

Kisah hujung minggu kami....



Ibu dan rakan-rakan datang tanpa mengira masa.
Hari minggu pun kami redah.
Ada diantara rakan-rakan ibu hadir di sebelah malam untuk latihan persembahan.
Terkadang balik rumah dah lewat malam.
Semua itu dilakukan dengan rela hati tanpa ada paksaan dari sesiapa.
Kami seronok bergotong royong bersama-sama.
kami umpama "Wonder Pets"...Apa yang penting kerjasama....


Alhamdulillah..akhirnya dewan siap dihias dengan gabungan idea2 kami bersama.
Penat menghias kami posing.....

Kebetulan dihujung cuti kami ada 5 majlis besar.
Majlis Khatam Al-Quran
Hari Graduasi Pra Sekolah
Hari Anugerah Cemerlang
Majlis Persaraan GB bersama VIP
Majlis Persaraan GB bersama warga sekolah.

Semua itu memerlukan persiapan yang rapi dari segi pentas, jemputan, 
persembahan, buku program, jamuan, persembahan multi media,googdies dll.

Kami cikgu-cikgu dan staf perempuan bertukus lumus merancang dan menyiapkan semua tu.
Disebaliknya terpaksa menanda kertas exam.....memasukkan data dalam sistem on9, menyiapkan dokuman-dokuman....mengemas kelas..menghadiri kursus dan bengkel....hantar buku teks...bla..bla..bla...
Kalau ibu nak senaraikan memang kena buat 4-5 n3 lain.....

Disamping itu menyiapkan photo booth untuk
 Majlis Graduasi/Anugerah Cemerlang.
Semua peralatan tu diangkut dari rumah masing-masing.
Kami satukan di sekolah atas dasar kesepakatan dan kasih sayang.....

Juga mencuri waktu menghias beca lama untuk dijadikan baru untuk 
Majlis Persaraan GB.
Beca ini pun kami terpaksa sorokkan daripada pengetahuan GB di makmal sains.
Menyiapkan sampai ke petang dan sambung sampai ke malam. 

Beca yang 90% siap hasil sentuhan dan idea kami bersama....

Curi waktu posing dan selepas posing ibu bergerak pula ke Majlis Anugerah Guru-guru yang mendapat Kecemerlangan dalam program SICS di SKL.
Selepas majlis singgah sekolah untuk sambung balik tugasan yang belum siap hingga ke petang.


Mencuri sedikit waktu bergambar kenang-kenangan dengan rakan-rakan yang sama-sama bermandi peluh.

GB jadi mangsabulikami...he3x...


Pentas 5 in 1.
Majlis Khatam Al-Quran
Hari Graduasi Pra Sekolah
Hari Anugerah Cemerlang
Majlis Persaraan GB bersama VIP
Majlis Persaraan GB bersama warga sekolah.

Walaupun memerah keringat, tenaga, wang ringgit, dan masa namun kami puas bila majlis berjalan dengan lancar....melihat ibu bapa berpuas hati...tetamu jemputan memuji dan GB tersenyum puas hingga disaat akhir menitis airmata terharu....
Alhamdulillah......

2 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Cantik dan kreatif NzA dgn guru2..
Puas hatikan bila hasilnya menggembirakan semua org..
Sporting GB tu..
Mana dapat beca tu..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, hebat cikgu2 sekolah Yah. Tahniah!
Cantik pentas.

About me