Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Oktober 2016

Hotel Beribu Bintang

Cerita di hujung bulan September dan tamat di awal Oktober.
Program Rutin Tahunan Sekolah.
Perkhemahan Unit Beruniform.

Selesai Majlis Tahlil di rumah ibu berkejar pula ke sekolah.
Penat memang penat tapi ibu kena berlaku adil untuk keluarga dan kerjaya.
Keluarga nombor satu dan kerjaya juga adalah amanah kerana dari situ rezeki ibu mengalir.
Cewah......berceramah pulak.

Selesai mengemas serba sedikit..lebih kurang pukul 5 petang ibu terus ke sekolah.
Packing toto, bantal, kain baju dan alatan menuju ke sekolah...
Ala-ala orang lari dari rumah.
Kebetulan  Angah baru je sampai rumah dari Uitm.
Sempat peluk cium anak sekejap berlalu pergi.
Syukurlah anak-anak dan ayah faham kerjaya ibu yang kerja tak kira masa.

Malamnya ibu dan rakan-rakan bermalam di "Hotel Seribu Bintang"...
Beralaskan tikar dan berbumbungkan khemah di padang bersama-sama 
peserta camping.
Memang tak cukup tidur...pukul 3 pagi dikejutkan dengan suara
bergelak ketawa....Alahai anak...pukul 3 pagi boleh main kejar-kejar kat tengah padang sedangkan
mata cikgu-cikgu baru nak mula lelap........
Memang pelbagai pengalaman yang dah ibu lalui sebelum ini.

Biarlah gambar berbicara :
Aktivti rutin kalau perkhemahan..
Ada kawad, pertandingan, kembara dll

Aktiviti Out-Door

Persembahan Malam Kebudayaan

Cikgu-cikgu yang habiskan masa weekend bertugas dan tidur di sekolah..
Apapun kami enjoy.

Farouk pun join jugak camping sekolah ibu.......

Inilah dunia ibu dan rakan-rakan.
Bekerja tanpa mengira masa namun jauh di sudut hati ibu tetap bahagia dengan dunia yang telah ibu pilih.
Alhamdulillah.


3 ulasan:

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Seronok sangat tu dapat bercamping tu yang pukul tiga pagi tak tido tu. Hehe

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Wah penuh aktiviti..tgok gambar nampak keseronokan disitu.untung farouk boleh tumpang join

ibuayu berkata...Reply To This Comment

lagi hujung tahun lagi pelbagai aktivit sekolah kan kak...kita je yg tahu penat tp seronok bila selesai semuanya

About me