Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 November 2015

Kisah Kucing Bernama Oyen

Salam rindu semua.
Lama sangat ibu tak jengah rumah ni.
Penuh dengan sawang dan habuk...adeh
Banyak sebenarnya kisah yang ibu ingin kongsikan.
Kisah2 percutian pun ada dalam draf namun rasa buntu nak update.
Ni pun malam tadi ibu baru balik dari bercuti.
Tengoklah kalau ada kekuatan dan kerajinan nak update.

Kali ni ibu nak berkongsi kisah si kucing yang bernama Oyen.
Lebih 3 bulan yang lalu rumah ibu
dikunjungi seekor kucing berwarna oren.
Kurus...kotor...suka mengiau...
suka gesel-gesel badannya hinggakan buat
ibu rimas dan geram.
Selalu jugak Si Oyen kena sekeh dengan ibu..he3x

Namun setiap hari ibu beri makan 
sebab rasa kesian dan simpati.
Seekor makhluk yang pernah jadi kesayangan 
Rasulullah....

Lama kelamaan timbul rasa sayang pada si kucing ni dan ibu namakan Oyen.

Tidak banyak yang Oyen mintak,
cukuplah sesuap nasi.
Berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan buat kami.
Kalau berkesempatan ibu rebus ikan
selayang. 
Makanan kegemaran Oyen, nasi digaul bersama ikan rebus.
Kadang kala ibu bagi Oyen makan whiskes , ayam dan ikan bilis...
Oyen tidak pernah memilih....

Sejak Oyen jadi sebahagian ahli keluarga kami,
2x Oyen ditinggalkan bersama jiran semasa kami pergi bercuti.

Kisah yang sangat tragis semasa ibu bercuti di Pulau Langkawi selama 4hr 3 malam.
Hari ke 2 di sana jiran ibu call.
Katanya dia terdengar Oyen mengiau2 dalam rumah.
Ya Allah..rasa nak gugur jantung ibu.
Farouk menangis sepanjang malam.
Sangat bimbang dengan keadaan Oyen.
Macam mana Oyen nak hidup tanpa makan...minum...
Rasa nak je ibu balik masa tu..
Ibu mohon jasa baik jiran untuk keluarkan Oyen melalui sebuah lubang angin yang kecil .
Dan hari ke 3 jiran ibu sms yang menyatakan Oyen selamat dikeluarkan.
Ya Allah...tak dapat nak ibu bayangkan rasa syukur.
Ibu jugak tak dapat bayangkan macam mana Oyen cuba keluar sedangkan lubang itu sangat tinggi dan kecil...

Oyen memang seekor kucing yang sangat bijak.
2 hari di dalam rumah langsung Oyen tak usik apa-apa.
Cuma dalam singki ibu dapati Oyen memakan sisa-sisa makanan yang ada di dalam bekas buangan.
Oyen juga meneruskan kehidupan dengan memakan telur mentah.
Oyen buang najis di atas alas kaki....
Kesian Oyen....ikhtiar untuk terus hidup.

Pantang nampak handphone.
Mula lah Oyen buat muka comel.

Sangat manja dengan farouk.




Tidur macam baby kecik. 
Suka sangat dikelilingi macam2 mainan

Pot kegemaran Oyen di sofa berwarna merah.

Wajah terkini setelah hampir 5 hari kami tinggalkan Oyen.
Mungkin Oyen sangat-sangat merindui kami juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada jiran ibu yang banyak bersusah payah kerana Oyen.
Jasamu tetap dikenang.
Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

7 ulasan:

Rizziela berkata...Reply To This Comment

Comelnya Oyen.. Oyen adik sy hilang.. sebab x tau sapa ambil..dah la comel plak tu

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Pandai Oyen berdikari tu NzA..
Tapi takut juga dia mati..
Kita juga yg ralat nanti kan..

Akak selalu hantar pada penjaga haiwan yg ada di taman perumahan akak ni.. Takut juga kelaparan mereka nanti.. itu hari tinggalkan seminggu pada penjaga haiwan ini. Dia ambil RM3 utk satu hari. Baik penjaga haiwan ni.. siap bagi kami makanan hemster tu yg tak habis dimakan oleh Gemok dan Chichi ni..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

comel plak namenye kak...tapi nape dikurung dlm rumah kak mase akak tiada..lieya rase oyen ni bijak la kak.... kaler diepun comel...tapi tula lieya ni takut kucing.... dayyan dgn papanye aje suke kucing kat umah tu....

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

agaknya sebab itu nabi pun suka kucing kerana kucing adalah pembersih dan penyayang...

skin berkata...Reply To This Comment

Comforts of home are truly amazing and invaluable. When hiring a home health care provider, it is important to see that he or she is proficient in addressing patients’ needs and is well aware of handling emergency situations. Besides, it would be a futile expense if he ors he doesn’t know about the medications and other home health care services that pertains to the overall process of tending to the differently-abled and old. Fitness equipment in your home will not produce the same fitness results that a qualified personal trainer can offer for around the same price as the expensive fitness equipment, if not cheaper.http://www.healthcaresups.com/collagen-restore-uk/

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Comel Oyen :D

Aziela berkata...Reply To This Comment

Sayunya tengok dia peluk anak gajah tu. Touching..sob.sob...

About me