Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Ogos 2015

Kejayaan Berganda-Syabas

Lama dah tak buat n3 tentang Beby.
Alhamdulillah....syukur kehadrat ilahi di atas
kurniaanNya pada anak-anak ibu. 
Betullah kata orang...rezeki bukan semata2
dalam bentuk wang ringgit tapi pelbagai cabang.
Rezeki ibu dan ayah disalurkan melalui
  kecemerlangan anak-anak. 
Alhamdulillah.
Minggu lepas Beby selamat menerima
Anugerah Dekan dimajlis khas
yang diadakan minggu lepas.
Syabas Beby kerana mengekalkan prestasi cemerlang.
Semoga cita-cita Beby untuk menyambung belajar ke UK tercapai nanti..InsyaAllah

Beby juga telah memenangi pingat emas di dalam pertandingan taekwando peringkat
kebangsaan antara kolej dan terus layak mara ke peringkat antarabangsa yang akan diadakan nanti.
Syabas Beby kerana tidak sia2kan impian ayah.
Tak sia-sia ayah melabur ribuan ringgit hantar 5F ke kelas taekwando sejak
di tadika lagi.......

Juga syabas untuk Angah yang juga bakal menerima Anugerah Dekan
dalam result yang baru keluar 2 hari lepas.
Tak sia-sia JPA menaja angah....
Semoga anak-anak ibu terus cemerlang dunia akhirat.
Tiada hadiah yang paling berharga selain melihat kejayaan anak-anak.
Alhamdulillah.
Terima Kasih ALLAH.

7 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

ya Allah kak...sejuk berganda2 perut akak punye anak yg bijak2 dan cemerlang....tahniah kak kerana berjaya mendidik anak dgn jayanyer....

Inani Hazwani berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, tahniah kak. :D

Wak Lat berkata...Reply To This Comment

semoga anakdara mak tu terus berjaya., amin ;p

Aziela berkata...Reply To This Comment

Allah kak....saya pulak yg tercebik2 sebak ni. Tahniah kak..

Wa berkata...Reply To This Comment

Ya Allah..seronoknya kak..wa yang baca ni pun berbunga2 hati..apatah lagi akak yang mengandungkan diorang..syukurlah...

Muhd Sufyan berkata...Reply To This Comment

kalau belajar kpm mmg boleh sambung luar negara eh?

Muhd Sufyan berkata...Reply To This Comment

kalau belajar kpm mmg boleh sambung luar negara eh?

About me