Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Januari 2014

Shenzen Part 1- Window Of World.

Macau dan Hong Kong telah kami tinggalkan bersama sejarah yang tersendiri.
2 Daerah yang didiami oleh orang-orang kaya dan tidak setaraf
dengan kehidupan ibu.
Setakat ini sudah tidak ada keinginan untuk ke sana.

Setelah menghabiskan masa di Disneyland, kami bergerak menaiki bas ke
 daerah seterusnya Shenzhen.
Perjalanan mengambil masa selama 1 jam.
Terus dibawa menuju ke imgresen .
Melalui 2 tapisan dari imegresen Hong Kong dan imegresen Shenzen.
Di sini lagi dasyat.
Memakan masa hampir 1 jam proses tapisan dijalankan.
Muka kami ditilik berkali-kali.
Tengok muka depa besar..kecik...besar..kecik.......
Detail sangat-sangat.
Suhu badan juga di ambil untuk pastikan kita sihat.....
Agak-agak kalau demam kat mana la kami akan dikurung....?????

Selesai urusan imigresin sekali lagi kami disambut oleh pemandu pelancong
ke 3 dari Shenzen bernama Daniel..
Sekali lagi menaiki bas dimalam yang semakin larut.
Menapak di hotel seterusnya, terus check in.
Dah tak menyempat nak snap apa-apa.
Solat jamak dan terus zzzzzzzzzzzzzzzzzz.....

Nilah biliknya.
Saiz biasa-biasa aje.
Tak sebesar bilik semasa di Macau.
Dan perlu diingat, bilik hotel kat Negara China tak sekemas di Malaysia.
Depa ni main lapik je cadar berkedut-kedut.,.....
lantai tak begitu bersih, bila pijak rasa melekit-lekit., 
bakul sampah tak berlapik plastik.......Hish3X..
Ketiga-tiga hotel penginapan kami di semua daerah berkeadaan sedemikian.
Bukan bilik ibu aje tapi bilik kaum kerabat yang lain pun sama......

Snap dari bilik penginapan kami...
Keadaan kat luar berkabus....
Suhu mencecah 5 darjah.

Seawal pagi kami dah bangun.
Bersiap untuk pergi sarapan di hotel berlainan sebab di sini makanan tidak halal.
Kami bersarapan di hotel Muslim yang tidak jauh dari sini.......

 Jalan-jalan cari makannnnn.
Selesai menjamu selera kami meneruskan misi kerana jadual
sangat-sangat padat.

                  Tempat wajib dikunjungi kalau ke Shenzhen ialah Window Of The World.
                                         Tiket masuk dalam area RM120 seorang kot.
                                               Ibu pun tak pasti dengan harganya.
                               Kat sini didirikan mercu tanda terkenal setiap negara di dunia.....

Tempat yang wajib bergambar.
Kat sini pintu masuk....

Kat atas bukit tu macam-macam mercu tanda.

Tempat ni memang cantik cuma masa ni suhu dah turun ke 5 darjah.
Nak bergerak pun dah rasa beku...Masing-masing berherbinasi.....

2 orang model ibu.....

Masing-masing dah tak tahan sejuk.
Naurah dan Farouk tu pakai baju berlapis-lapis pun tak dapat kurangkan kesejukan.

Posing dan posing dalam kesejukan.




Ramai pengunjung di sini...

Di belakang tu adalah aliran air yang nampak macam tangga....

Ibu bersama family adik.

Bunga-bunga yang ditanam tumbuh subur.
pada mulanya ibu ingatkan bunga plastik tapi rupanya bunga betul.
Geram je tengok.

Bendera negara seluruh dunia.
Farouk bukan main bangga tengok bendera Malaysia pun ada di situ....
Ibu pun bangga jugak sebenarnya...he3x.....

Iman dah sibuk dengan mainan yang baru dibeli......

Air pancut yang menambahkan kedinginan....

Kami tak lama di sini akibat kesejukan.
Masing-masing dah terasa perit pada hidung dan muka.
Kami meneruskan misi dan visi ke tempat lain.....


26 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

baca entry nza..aty lak gigil2..terbyg.mesti sejuk ..

Gieyana berkata...Reply To This Comment

Bestnyer..sure kena guna duit byk ni kn..terasa kegigilan dorang ni..:)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak... kenapa tak menginap di hotel muslim tu jer? Tapi betullah...bunga2nya subur2 belaka.

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

bila acik baca ni..memang patut pun NzA kata tak mau pergi lagi dah kan.acik kalau pi mana2..kebesihan hotel memang no 1 yang diperati..dulu pernah jumpa satu puntung rokok pun..acik telefon..pernah juga di bagi tukar bilik.biar hotel tak berbintang2 asal bersihkan NZA

Acik Erna berkata...Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
lieyalatif berkata...Reply To This Comment

bile berjalan ke negara sejuk ni mmg syok tgk bunga-bungaan nye kan kak...segar2 gemok2 hah...cantik jek tgk bunga segar...kite kat sini takat pi cameron jek laaa heheeheheh

NzA berkata...Reply To This Comment

@attyfir
aha atty, bila tgk semula pic ni terus rasa sejukkk...he3x....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Gieyana
2lh, kalau p melancong mmg kena spend duit secukupnya....mmg sejukkkk...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
hotel tu xsebesar mana pn. sbb tu bilik2nya sntiasa penuh...huhuhu....
mmg geram je tgk bunga2 kt sana....subur n cntik sgt.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Acik Erna
2lh acik, selain sukar nak buang air kerana tndasnya agak kotor, hotel pn lbh kurg sama....rasa geli tetiba bila tgk....

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
memang geram tgk lieya...rasa nk je bwk blk Msia..ttp cuaca di sana xsama......

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Aduii terasa2 pulak kesejukan akak tu.. hehe... bestnye jln2 tmpt org kan :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

to mama lieyna
mmg sejuk sgt2 eina.....2lh skrg ni menabung semata2 nk tgk tmpt org.....

gadisBunga™ berkata...Reply To This Comment

saya yang baca ni sampai boleh terasa sejuk peritnye tuh. isk!

ummiross berkata...Reply To This Comment

jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pula pengalaman kan NzA, mana yang baik jadikan tauladan , yang buruk jadikan sempadan. Apa2 pun memang seronok melancong kan NzA...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Cantiknye..bertuah Farouk & Naurah dah sampai sana.. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@gadisBunga™
He3x....mmg sejukkkkkkk.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
betul tu ummi, semua tu kita boleh buat perbandingan dgn tmpt kita....skrg ni dh mcm gian pulak nk melancong....he3x

NzA berkata...Reply To This Comment

@LiLy @ MaMaQiStInA
Mmg cntik..Alhamdulillah rezeki ank2,,,,

lizz berkata...Reply To This Comment

Waa bestnyer nengok gambor kat sini terus teringin nak kesana...

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Uikk...trademark Malaysia ada tak...??

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Uikk...trademark Malaysia ada tak...??

NzA berkata...Reply To This Comment

to lizz
mmg sesekali terbang ke negara org best...dpt tgk mcm2 kt sana. Yg plg seronok tgk bunga2 yg tumbuh subur.

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
semua ada di sana......

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Mmng cantik bunga2 kat sana kan..
Terutama bunga ros ..punya lah besar...sekali tengok mcm bunga plastik...
Saya ke sana tahun 2011.. Tapi masa pergi tu cuaca tak lah sejuk sangat..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

org china ni pengotor kot tu yg bilik tak berkemas,kotor lak tu.hehe

nmpk mmg macam bunga plastik,cantik sungguh, original rupanya

About me