Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Januari 2014

Saat Kehilangan....

Hari Rabu ada majlis besar di sekolah ibu.
Majlis persaraan Tn Haji Mohamad merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.
12 tahun ibu mengenali Tn Hj, seorang yang amat baik, cool, 
mengambil berat, penuh dengan toleransi.
Umpama seorang bapa kepada seorang anak,
seorang rakan yang banyak membimbing ibu,
seorang abang yang sentiasa melindungi adik.

Kami amat rapat.
Jika ada masalah di sekolah, Tn Hajilah orang yang pertama ibu cari.
Dan setiap kali Tn Haji ada persoalan, ibulah yang Tn Haji cari.
Antara kami ada chemistry.
Bila nak mohon cuti berganti, ibulah orang pertama Tn Hj cari,
bila bertugas di masa cuti, ibu jugalah orang pertama diberi buat pilihan.
Mungkin Tn Haji memahami yang kampung ibu jauh, punya tanggungjawab
menjaga mama yang sakit semasa cuti.
Dan yang paling tidak dapat ibu lupakan setiap tahun Tn Haji minta pendapat ibu
untuk mencari calon untuk Anugerah Perkhidmatan Cemerlang staf.
Pernah ibu bergurau:
"Kalau macam ni, bila Tn Hj nak bagi APC pada saya ni......."

Bila Tn Hj menyuarakan beliau hendak bersara awal,
kami semua bersedih.
Kami belum bersedia untuk kehilangan beliau tapi apakan daya,
Tn Hj ingin berehat setelah 33thn bergelumbang dalam dunia pendidikan.
Kami melepaskan Tn Haji dengan berat hati.
Rasa amat kehilangan yang amat sangat.
Masih ternampak bayangan Tn Haji dimana-mana walaupun sudah
hampir 2 minggu beliau bersara.......

 Tuan Haji menjadi kesayangan semua....

 Farouk membesar di depan mata beliau.
Sedari ibu mengandungkan Farouk...hingga Farouk masuk darjah 5.
5F pernah menjadi murid kepada Tuan Haji.
Tidak ternilai jasa-jasa beliau.
Kerana beliau 4F mampu meraih A dalam subjek BM setiap kali peperiksaan.

Cenderahati yang tidak seberapa nilai berbanding jasa-jasa beliau pada anak2 ibu.

 Bergambar kenangan disaat perkhidmatan terakhir beliau.
Airmata tak perlu dikira.
Bergenang sepanjang majlis...
Sekuat mana ditahan...selaju itulah ianya mengalir.....
 Akhirnya Tuan Haji diarak dengan menaiki jeep.
Semakin jauh hati semakin sayu.
Sudah tidak ada lagi seseorang yang sering memberi kata-kata nasihat...
Kami dalam proses suaikan diri dan menerima
Hakikat kehilangannnn.


                                                                       Gambar selingan.
Gambar ni dah lama sebenarnya.
kalau tak silap ibu gambar ni di ambil setelah ibu baru sembuh
 dari demam denggi pada bulan November 2013.
Muka pun masih pucat lesi.....
Saja tepek gambar ni sebab nak wish terima kasih pada 
Ummiross yang hadiahkan kain batik tu pada ibu.
Ni baru sempat tepek gambar yang dijanjikan.
TQSM ummi. Moga bertambah murah rezeki ummi....
Ibu jahitkan baju pink pekat untuk match dengan kain batik tu....
Baju ni ibu pakai masa majlis persaraan Tn Haji......


14 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

AsSalam Nza..
mesti sedih kan , tapi setiap pertemuan pasti ada perpisahan..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ummi pun terasa sayu membacanya, harap dapat pengganti PK yang sebaik dan dedikasi seperti beliau juga.

Waa cantiknya bila matching dengan pink pekat tu,ada pulak lace putih, memang berseri jadinya NzA. Bila sampai kat tangan NzA, semuanya jadi cantik!.
Sama2 kasih NzA. Dan terima kasih beribu-ribu lemon juga dari ummi, mmuaahhhh!!!.

NzA berkata...Reply To This Comment

to atty
betul tu atty...saat kita pn pasti tiba jugak...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
mmg sedih sgt2..kami mmg rapat umpama family..tn hj seorg yg amat2 memahami......

TQSM ummi, dh lama siap tapi baru pakai....warna yg ummi pilih tu cantik sbb tu nmpk brseri....hik2

Aziela berkata...Reply To This Comment

Susah nak jumpa pendidik yang begitu.

NzA berkata...Reply To This Comment

To aziela
Beliau disayangi semua krn sikapnya yg cool n brtimbang rasa.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Patah tumbuh hilang berganti ...tapi yg pergi tak sama kan...bab 2 berpisah ni memang pedih utk dirasai...

NzA berkata...Reply To This Comment

To ayu
Betul tu ayu, yg hilang brgnti tapi ianya xsama .

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Masih ganteng lagi Tn Hj itu walaupun dah bersara. Ehh, ke situ pulak saya, kehkeh! Semoga beliau dapat menjalani kehidupan dengan lebih tenang selepas ni.

Kak Nza, cantik sungguh baju batik tu, I like :)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

macam duduk kat pelamin lah cikgu tu.....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

tuan haji nampak masih muda n kacak.hehe..

lawa baju akk pakai ni,warna2 terang mmg kesukaan saya..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
Tn Hj bersara di usia 53thn...mmg dia awet muda sbb sntiasa trsenyum n baik hati..
TQSM dinas...he3x...

NzA berkata...Reply To This Comment

@jeBateja
Aha, ala2 pelamin...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
Tn Hj mmg awet muda....
Akak pn suka warna2 terang..TQ PK.

About me