Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Januari 2014

Hong Kong Part 3- Disneyland (In Door)

Siri pertama siri jelajah Disneyland( "out door" ),
hari ni ibu buat siri ke 2 pulak.
Siri ke 2 di Disneyland dan mungkin terakhir sebab banyak lagi destinasi lain
yang sedang menanti untuk diterbitkan...
Ibu pun tak begitu rajin nak menulis akibat kesibukan yang sedang melanda
umpama taufan tsunami....huhuhu.....

Selain aktiviti "out door" di sini juga ada banyak aktiviti "in door".
Itupun kami pilih-pilih je sebab orang teramat ramai.
Ramai juga pelancong dari Malaysia dan rupanya ada 1 family makcik ibu
 pun datang ke sini pada tarikh yang sama...
Tau-tau bila baca FB dia.......

Aktiviti in door yang pertama kami terjah kat sini.
Sebenarnya 2 kali jugak kami masuk ke sini..
Tujuannya nak kurangkan kesejukan di luar sana......muhahaha......

Kat dalam memang bestlah sebab kami dibawa ke alam fantasi.
Seolah-olah berada di dalam sebuah big book....
Animasi 2D dan 3D amat menarik....diiringi dengan sesi cerita dan lagu-lagu yang menarik....
Yang paling kat dalam ni kami tidak mengiggil kesejukan....

Keluar je dari sini kami dihulur dengan sekeping kad kecil.
Tuntutan untuk mengambil gambar.
Ada beberapa saiz gambar yang boleh dipilih semurah (?) RM60-RM200.
Mula-mula nak jugak beli tapi bila tengok muka kami dalam gambar tu tak senonoh terus cancel.
Memang tak hinggin pun nak beli.....Hahaha....
Selamat duit mak jemah.....

Kemudian merayau-rayau lagi.
Jumpa pulak tempat nie.
Terus beratur ke depan sebab kebetulan orang belum ramai.
Kat sini cinema 3D cerita animasi mickey and the geng....

Pakai cermin mata 3D dulu ye anak-anak......
Movienya memang menariklah bila dalam bentuk 3D
Bila mickey masuk dalam air, kita pun turut direnjis dengan air....eeeeeee....tak suka betul.
Sejukkkkkkk tau.......

Kemudian kami juga masuk ke sini sebanyak 2X.....

Posing dulu.
Masa ni Farouk sedang sedih sebab berebut dengan kakak nak drive kereta masa kat atas tadi.......
Aduyai..mamat air mata nih...
Kakak senyum je tanpa rasa bersalah.....

Best jugak kat dalam nie.
Penerokaan beserta game yang sangat-sangat buat ibu lupa diri.
Lupa seketika diri ini dah tua....
Terasa macam kanak-kanak rebina pulak.....

Main tembak menembak yang sangat best.
Kereta yang kita naiki boleh dipusing2 360 darjah.
Sampai naik pitam.......

Bila Farouk tengok markah ibu dah ratusan ribu dia mula jeles.
Katanya ibu ngelat la, ibu overlah..ibu itulah..inilah..
Yang pasti ibu menang.........ha.ha.ha.... 

 Ada beberapa tempat lagi kami pergi.
Ada juga tempat-tempat yang anak-anak tak nak masuk sebab setengahnya 
ada yang terlalu adventure dan menakutkan.
ibu redha jelah sebab ibu pun spesis yang sama......hik3x.....

Lebih kurang 9.30 malam kami mula bergerak keluar dari Disneyland
setelah menonton pertunjukan bunga apa dan perarakan.
Dah tak tahan menanggung kesejukan yang makin menjadi-jadi....

Selamat tinggal Disney...
Insha Allah, ada rezeki kami datang lagi.
Dan Farouk berjanji bila dah kerja nak bawa ibu dan ayah ke sini
bersama isteri dia...
Aduyai..larat lagi ke ibu dan ayah nak menapak ke sini masa tu.......

Malamnya kami menuju je sebuah destinasi @Daerah ke 3  yang lebih sejukkkk.
Shenzen kami datangggggggggggg.......

p/s:
Tahun 2014 ibu menabung dalam tabung ayam untuk ke destinasi
lain pulak.........

26 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

beshnya..aty baca pun dah besh..
bila lah dpt bawak anak2 nie

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

baca cerita kawan2 blog yg melancung,turut terasa keterujaannya

lizz berkata...Reply To This Comment

seronoknyer tiap kali nengok gambo2 gi disneyland ni...teringin nak gi juga ni bawak anak2...

ummiross berkata...Reply To This Comment

hehe..suka tengok gambar Farouk yangbtengah sedih tuu..

Seronok kan NzA bila dapat bercuti, hilang stress. Ummi pun tengah menabung juga ni, hehe..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Bestnya NzA... terasa nak booking tikit terbang kesana... kalau Nabil tengok mesti teruja ;)

Aziela berkata...Reply To This Comment

La...berebut dengan kakak? Kakak pun tak beralah yer. Mesti saja nak usik Farok tu...hihihihi

MumMe berkata...Reply To This Comment

x pernah lagi berpeluang masuk Winnie and Pooh tu...sbb selalunya mmg sgt panjang q dia...tq for sharing

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Teringin gak nak bawa anak2 ke sana..brp rm pakej nya ya kak

Unknown berkata...Reply To This Comment

wow memang best le kak ibu... in sha Allah nak bawa Qayyum dan Sumaiyyah nanti mesti suka budak2 tu

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Uikkk....yg leh pusing 360 darjah tu yg best tu......

Ada yg lebih adventure ke cikgu...?

Nak le tgk....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

show 3d mickey tu paling dayyan enjoy kak...kiteorg masuk situ 3 kali kot....sonok tgk dayyan excited layan 3d kat situ...

NzA berkata...Reply To This Comment

@attyfir
InsyaAllah, ada rezeki lebih bolehlah ke sana nnti....

NzA berkata...Reply To This Comment

@❤Kamsiah❤
Sharing is caring..manalah tau suatu hari nnti kam pun nk ke sana kan.

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
farouk tu ummi mmg bintang airmata....manja mengalahkan pompuan..
jom kita menabung...he3x...

NzA berkata...Reply To This Comment

@CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati)
2lh, anak2 mmg teruja bila dpt jejak kaki ke sana...InsyaAllah, kalau ada rezeki boleh bwk nabil n kakak2nya ke sana.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
gitulah 2 org tu..kakak tu trkdg suka mengusik adik..pastu buat dono jerrr......

NzA berkata...Reply To This Comment

@MumMe
ank2 mmg seronok bila masuk ke sini..kita tumpang hepi..ttp q mmg pjg sgt2.....
Sama2....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ayu Ismail
Mmg anak2 suka ke sana.
Akak pergi dgn travel. Seorg dlm RM3800-RM4000 sebab kami pergi 4 buah daerah n perlu menginap di 3 buah hotel dan 3 org pemandu pelancong berlainan. Lagipun satu2 tmpt tu jauh... Kalau pergi disneyland je mayb murah sikit kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
InsyaAllah...mesti mereka teruja trutama sumaiyyah..kita pn terikut2 dgn ank2...he3x....

NzA berkata...Reply To This Comment

@jeBateja
2lh, berpusing ligat mcm gasing..pening2 lalat n mabuk lak...he3x....

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
he3x, ye ke??? comel je dayyan tgk kn.......sama dgn baby balqis, suka sgt dia tgk movie tu smpai xberkelip2.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@lizz
InsyaAllah, ada rezeki bolehlh bw ank2.....mesti adik n abg seronok.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

baru tau dineyland ada inddor outdoor..hahaaha..nmpak sgt jakun kan..tp dpt bayangkan klu zara zareef ke cni mesti diorng suka sgt..byk watak fevret budak2 kan..mickey, buzz, princess...eiiiii..bestnyeeeee..=D

NzA berkata...Reply To This Comment

to Lily
Mmg seronok sakanlah kalau bawa 2Z tu lily....mcm2 yg ada kat sini trutama watak kartun kegemaran ank2 juga kegemaran org2 dewasa....

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Bestnya..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bestnya..berada dialam fantasi mana tak best..kejap lagi tido nak mimpi masuk disneyland.haha

About me