Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Januari 2014

Guangzhou Part 1- Five Rams Statue (Tugu 5 kambing)

Selamat Tinggal Macau, Hong Kong dan Shenzen.
Sekarang kami ke destinasi ke 4 dan terakhir  iaitu Guangzhou.
Perjalanan dari Shenzen ke Guangzhou memakan masa 1 jam lebih
melalui lebuh raya 4 lorong.
Penat sebenarnya bercuti di 4 buah daerah serentak kerana kami perlu bertukar sebanyak
3 buah hotel, 3 orang pemandu pelancong dan melalui perjalanan yang jauh
dari satu daerah ke satu daerah dan kos yang tinggi.
Melalui kerenah di imigresen yang buat kami  hilang sabar...
Namun kelebihannya, banyak pengalaman pahit manis yang diperolehi dan
amat jarang sebuah travel menganjurkan percutian di 4 daerah sebegini serentak.

Sepanjang perjalanan kanak-kanak rebina sibuk melayan psp dan tab.
Ibu sibuk melayan mata yang mengantuk.....zzzzzzzzzzzzz.............

Guangzhou agak berbeza daripada 3 daerah yang telah kami pergi.
Bangunan di sini tidak semeriah dan setinggi di 3 buah daerah itu.
Sepanjang perjalanan ibu lihat ada perkampungan.
Lupa pulak ibu nak snap gambar.

Destinasi pertama di Ghuangzhou ialah kami dibawa ke 5 Rams Statue.
Tugu ini terletak di bandaraya Guangzhou di Wu YueXiu Park 
berkeluasan 860,000 meter persegi (212.5 ekar) dan tinggi 10 meter.

Ini benda alahnya.
5 ekor kambing rupanya.
Tapi yang terkilannya ibu tidak memanjat ke puncak ni akibat kesakitan kaki.....huhuhu...

ini merupakan kawasan rekreasi dan dikelilingi pokok-pokok hijau.....
Nyaman sangat di sini ditambah dengan suhu yang sejuk.
Tempat ni lebih kurang Taman Botani di Melaka.
Rasa Taman Botani lebih best kot.....

Pintu masuk..
Peta disediakan untuk yang ingin menerokai alam hijau.

Kat belakang tulah tangga menuju ke tugu.
katanya 100 anak tangga untuk sampai.....

Macam batu belah batu bertangkup la pulak.......
Entah apa ke benda ditulis pun ibu tak tahu......

Ini seketul lagi batu besar.....
Pantang jumpa batu kami posing maut....ha3x....

Depan kedai souvineer.
kat sini barulah ibu jumpa FM yang murahhhhh.
Seketul 5 yuen=RM2.50
Adalah sederet gerai cenderahati di sini.
Dapatlah beli berketul-ketul FM sebagai kenangan.......

20 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

waa..
sdapnyer dpt bjalan..
musim sejuk pulak tu.
mmg knangan x dpt dilupakan tu..

follower baru disini :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to Shark
TQSM shark sudi jengah.
Melancong ke tmpt org byk membuka mata kita sbnarnya....

Aziela berkata...Reply To This Comment

Kak...apa kisah kambing2 tu sampai dijadikan tugu?

JunAina berkata...Reply To This Comment

Sekali dpt pergi rasanya elok juga travel banyak temoat sebab kalau nak pergi lagi entah bila pulak.

NzA berkata...Reply To This Comment

To aziela
Ahalh, mesti ada kisah disebalik tugu tu kan...nnti nk searchlh. Baru trfikir. Tq aziela.

NzA berkata...Reply To This Comment

To junaina
Mmg berbaloi w.pn penat n padat. Bkn senang nk ke tmpt2 tu lg,

sitiezahim berkata...Reply To This Comment

salam kenal dari deutschland.. hehehe.. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

@sitiezahim
TQSM sudi jengah....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya dapat jalan2 dgn family. Banyak cerita yang tertinggal.. Kena cari masa utk ikuti perjalanan Yah & famili ni..

NzA berkata...Reply To This Comment

To kak mie
Kebetulan ada rezeki lbh n farouk tringin sgt nk ke disneyland...2 yg yah pergi.

Nora Karim berkata...Reply To This Comment

wah.. murah tu FM nya...!! RM2.50... best2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to nora karim
itulah yg plg murah akak jumpa di China....

dear anies berkata...Reply To This Comment

ooo boleh panjat ye tugu tu

Niesa berkata...Reply To This Comment

harapnya ada rezeki niesa jugak utk menjejakkan kaki ke sana..seronok bila tgk gmb.. :)

niesa follow sini..

NzA berkata...Reply To This Comment

To niesa
Insyaallah, moga impian niesa trcapail

NzA berkata...Reply To This Comment

To khai
Nk ke tugu tu kena panjat ank2 tangga yg tinggi sbb ianya trletak atas bukit,

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

klu taman botani lg best maknya tak berapa best pun tugu kambing ni.hehe..pengalaman merantau ditempat org tu yg ssh nak dapat..tak semua berpeluang merasa kan kak

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, tmn botani ada mcm2 tapi kt sini jz ada tugu tu je...he3x....cuma namanya pn tmpt org so pergi jugaklh....

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Kalau dh sakit kaki, mmg tak dpt la berjln jauh .. eina pun jns, kaki tak kuat, mudah lenguh2 dh klu banyak berjln, makin meningkat usia kot..hee..

Bestnye fm murah2x..:-)

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
2lh eina, dh byk sgt brjln selama bbrapa hr kt sana..dh sakit betis n lutut.....xde mood nk melangkah lg....terasa rugi pulak.
kt sini lbh murah....

About me