Diam tak diam, dah hampir 10 tahun ibu mengabdikan diri sebagai GPM
(Guru Perpustakaan Media).
(Guru Perpustakaan Media).
Lantikan dari Jabatan Negeri lebih menyukarkan ibu untuk mengelak.
Apapun ibu terima dengan hati terbuka.
Berfikiran positif dan ikhlas penting dalam setiap pekerjaan yang disandang....InsyaAllah.
Awal tahun, seperti biasa ibu kena betapa di sini sendirian.
Jauh dari keriuhan rakan-rakan.
Banyak kerja yang perlu dibereskan..
Banyak timbunan fail perlu dikemas kini.
Banyak buku yang perlu diproses.
DIsamping itu ibu perlu pastikan keceriaan sentiasa berubah agar murid-murid
tidak jemu bertandan...
Dan yang paling ibu meremang bila "murid misteri" pun sentiasa
menemani setiap awal tahun.
Terkadang ibu sudah lali dengan semua itu.
Namun terkadang jantung ini berdegup kencang dan meremang bila
ada sesuatu berlaku diluar jangkaan.....Fuhhhh..sukar untuk ibu nyatakan.....
Rumah ke 2 ibu yang banyak menyimpan kisah suka duka ibu.....
Di minggu pertama lagi ibu di uji.
Dompet yang terisi kad-kad penting dan duit berjumlah 1K hilang tiba-tiba.
Balik meeting ibu langsung tak lihat dalam handbag.
Keesokannya baru sedar dompet hilang.
Berfikir-fikir sendiri untuk mengingati apa yang berlaku semalam.
Menurut seorang rakan dia ada ternampak ibu keluarkan
dompet kuning dan letak di atas meja semasa meeting.
Petangnya ibu bergegas ke sekolah dan menuju ke bilik meeting...
namun hampa.
namun hampa.
Dompet tiada di situ.
Balik rumah termenung dan recall semula peristiwa semalam.
Balik rumah termenung dan recall semula peristiwa semalam.
Malamnya ibu bersujud memohon petunjuk dari Allah.
Dalam sujud ibu diberi bayangan...
ternampak dompet ibu di atas meja di PSS.
Esoknya ibu singgah ke rumah seorang "ustaz".
Menurut beliau ada "sesuatu" yang cuba bergurau sorokkan
dompet ibu.
Terus ke sekolah mengikut gerak hati dan petunjuk sewaktu solat serta
petunjuk dari "ustaz".
Ibu terus menuju ke PSS.
Hati ibu kuat mengatakan ianya berada disitu.
Hati ibu kuat mengatakan ianya berada disitu.
Tepat.....dompet ibu ada di atas meja dalam keadaan terngangga.....
Zip terbuka namun tiada satu pun terusik.
Zip terbuka namun tiada satu pun terusik.
Hati terdetik..macam mana boleh berada di situ sedangkan ibu meeting
di blok bersebelahan.
Teringat awal tahun lepas.
Hphone ibu hilang di bilik guru.
4 hari kemudian di "pulangkan" semua di atas meja kerja ibu di PSS.
Begitu jauh hphone itu berjalan....
Begitu jauh hphone itu berjalan....
Tidak banyak bicara....ibu beristifar dan mengucap syukur.
Rezeki masih ada.....
Dan kelmarin ibu di usik lagi.
Gurauan manja semasa ibu sendirian memasang skirting meja.
Pintu di buka dan ditutup berkali-kali.
Terdengar bunyi sesuatu di Galeri Sejarah.
Ibu meremang tapi tetap bertahan
Membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Cuba bertahan di situ sehingga selesai kerja untuk hari itu.
Yang pasti "mereka" juga adalah makhluk Allah yang sentiasa
10 ulasan:
Makhluk Allah yg nak bergurau juga ye NzA, nape tak berteman, lantiklah AJK utk sama menyiapkan library tersebut...
NzA..kira kuat juga semangat NzA ni, kalau ummi haish tak tau lah macamana,penakut ummi ni NzA. Apa-apa pun, jaga diri ye..
Kalau bergurau main sorok-sorok barang, masih ok lah lagi...
Jangan 'dia' bergurau sorokkan anak murid, lagi jadi haru-biru dan porak-poranda sekolah...
Yang penting, jangan lupa Allah bila berlaku perkara misteri sebegitu...
Allah kak.... kalau eina mcm tak sanggup je bertahan.. lemah semangat sket.. huu...
ya Allah...berani sgt akak....ieya bace pun seram sejuk nieh....
akak mcm kakak ipar lieya yg cikgu gi sekolah keb puchong...die pun guru yg diberi tanggungjawab tuk jaga perpustakaan...die mmg kreatif..sekolah die selalu gak menang....
meremang bulu roma saya baca posting akak ni..kuat betol semangat akak..kalo saya memang cabut lari awal2 lagi la..
Meremang gak bulu roma....
Mintak maaf. Saya keliru dgn perkatan "betapa" yg saya kemudian faham ia bermaksud "bertapa". Mugkin ejaan baru yg saya ketinggalan.
Cuak jugak ya kena usik-usik camtu...
ada lagi pengalaman mistik ye..benda ni suka dekat akk kot,tu yg main2 tu.hehe nasib baik la dia pulangkan,klu dibuat shopping duit 1k tu cmna?haha gurau je!
Mak oi...1k tu. Banyak tu kak. Syukurlah dia nak bergurau jer. Saja nak manja2 gitu agaknya.....
Catat Ulasan