Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Januari 2014

Beby dan Kerja

Kita lupakan seketika kisah siri jelajah ibu ke negara China yang
terlalu banyak kenangan pahit manis tu.
Ada beberapa destinasi lagi tapi jari ni yang malas nak menaip...
Memori pun pun ada yang dah hilang....
Mungkin faktor umur buat ibu cepat lupaaaaaa.......

Lama tak buat n3 tentang Beby a.k.a Farah Najdah, puteri ke 3 ibu.
Sekarang Beby dah lepas SPM dan sedang menunggu result keluar mungkin bulan Mac nanti.
Budak yang suka makan tapi badan tak naik-naik.....

Satu-satunya anak ibu yang bekerja selepas SPM.
Beby ni lebih berdikari berbanding yang lain.
Suka pada cabaran dan tidak suka bergantung pada ayah dan ibu.
Apa-apa dilakukan sendiri tanpa banyak soal.

Satu-satunya yang jadi geng kamcheng ayah sejak kecik
sampai sekarang.
Kalau ada masalah di sekolah atau dengan kawan-kawan..
dia lebih selesa berkongsi dengan ayah....
Kalau ayah nak kemana-mana pasti cari Beby,
Kalau beli gadget baru pasti cari Beby.
Yang paling tak tahan Beby admin fb ,
no pin dan email ayah...
Huhuhu...tersangat jeles dibuatnya.
Mereka berdua ada chemistery.....


Diawal cuti panjangnya Beby dah menerima tempahan key chain felt.
Kalau tak silap ibu dalam 200 keping.
Menjana pendapatan yang hampir RM400.
Siang malam menyiapkan tempahan.
Terpaksa menangguhkan dulu untuk mendaftar di driving school.
Rumah dah macam tongkang pecah dikerjakan Beby.....

Selesai urusan tempahan, Beby melangkah keluar untuk mencari pengalaman
Bekerja di sebuah kedai tudung yang terletak tidak beberapa meter dari rumah.
Katanya nak cari pengalaman dan ingin merasai titik peluh sendiri.
Dengan izin ibu dan ayah dia memulakan kerjanya..
Hingga kini masih bertahan walaupun diwajahnya terpancar kepenatan.

Semoga ianya sebagai pengalaman untuk Beby.
Biar Beby tahu bagaimana sukarnya untuk
mendapatkan wang.....

20 ulasan:

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Wahhh Bnyaknya tempahan...syabas beby...Rajin betul..
Boleh jana pndptn sndiri...

NzA berkata...Reply To This Comment

@MulutPayau
mmg byk...jenuh nk siapkan......dia ni brdikari n suka pada cabaran....

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Uikk...hebatnya....cari duit sendiri tu....tapi den dulu lepas spm...jadi buruh....ahakz....jadi hitam.....ahakz

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Rajin beby..nampak seorg yg pandai berdikari

NzA berkata...Reply To This Comment

to jebateja
Belajar berdikari camne sukar nk dptkan duit...
Mesti kerja terukkan.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ayu
dia mmg seorg yg brdikari brbnding adik bradik yg lain,....

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Beby macam anak kedua acik dulu..lelas spm nak keje sementara tunggu keputusan..
hero bongsu acik sibuk dengan driving school..baru kursus pra L..kete...minggu depan pra L moto..baru mula belajar..

NzA berkata...Reply To This Comment

To acik
Ni pun beby dh mula p latihan memandu smbil bekerja...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

berdikari sungguh beby ni.patut la jadi kesayangan ayah..pengalaman bekerja dipandang pada sudut positif mmg bagus..gud luck beby..kerja rajin2.hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
2lh, dia berbeza....sejak kecil pndai jaga diri sndiri...tak siapa pn berani buli dia malah kalau kakak2nya kena buli di sk dialh jd penyelamatnya.....he3x...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Insan kepercayaan ayah ni, hehe. Semoga Beby tabah berusaha mencari rezeki yg halal sementara keputusan SPM keluar nanti. Syabas Beby :)

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, senang hati anak pandai berdikari.. rajin beby.. :-)

NzA berkata...Reply To This Comment

To dinas
Tepat skali...kroni ayah tuh...
2lh, biar dia dpt pngalaman dr kerja yg dia buat...

NzA berkata...Reply To This Comment

To eina
2lh, dia minta izin utk kerja. Katanya nk kumpul duit g melancong ke korea....he3x...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

bila dari usia muda didedahkan dengan alam pekerjaan, saya percaya bila dah dewasa nanti..dia lebih menghargai setiap usaha dan setiap sen yang diraih. in shaa allah..keep it up beby!

NzA berkata...Reply To This Comment

to murni
mudah-mudahan dia dpt pngalaman brharga krn akak pn xmerasai apa yg beby lalui...

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Syabas Beby..Alhamdulillah..Rajin Beby ni..teruskan usaha..^^

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
TQSM, moga dia dpt pengalaman yg brharga dr pekerjaan yg diceburi...

Niesa berkata...Reply To This Comment

wahh..byk gila tempahan..pandai cari duit poket sendiri..time2 ni la perlu rasa betapa susahnya cari duit..huhu

NzA berkata...Reply To This Comment

to niesa
rezeki BB tu....2lh biar dia tahu bertapa sukarnya nk dptkan duit...

About me