Bersua kembali.
8 hari di kampung rasanya seperti 2-3 hari je di sana.
Terlalu cepat masa berlalu.
Mood untuk berblog pun ke laut.
Sekadar tepek beberapa keping gambar hari raya semasa di kampung....
Kalau balik kampung memang kami raya sakan.
Sebab tu ayah suka raya kat kampung ibu.
Dan jangan tak percaya,
sejak kawin dan sampai ke hari ini ayah lebih suka menyambut
raya di kampung ibu dahulu sebelum ke Johor....
Sebab tu saudara mara dan rakan-rakan jeles dengan ibu.
Tapi jangan salah sangka ye,
tidak pernah ada paksaan dari ibu dan semua tu kehendak ayah.
Dan yang pasti ibu amat-amat bersyukur kerana tidak perlu
gundah gulana setiap kali menjelang Syawal....
Kalau balik kampung memang kami raya sakan.
Sebab tu ayah suka raya kat kampung ibu.
Dan jangan tak percaya,
sejak kawin dan sampai ke hari ini ayah lebih suka menyambut
raya di kampung ibu dahulu sebelum ke Johor....
Sebab tu saudara mara dan rakan-rakan jeles dengan ibu.
Tapi jangan salah sangka ye,
tidak pernah ada paksaan dari ibu dan semua tu kehendak ayah.
Dan yang pasti ibu amat-amat bersyukur kerana tidak perlu
gundah gulana setiap kali menjelang Syawal....
Ibu selamat pulang ke Johor pada raya ke 5
kerana pada raya ke 6 ada majlis perkawinan anak saudara sebelah ayah...
Keluarga besar ibu.
Gambar hari raya pertama.
Kalau orang lain ada tema warna untuk hari raya,
Family ibu tidak pernah ada tema.
Masing-masing nak warna kegemaran.
Kacau bilau je tema kami....hehehe...
Cuma 2 tahun kebelakangan ni kami pakai baju tema plain + manik bling2.
Tahun lepas baju raya kami didatangkan khas dari Vietnam tapi tahun ni dari Malaysia + Indonesia gitu.....
Anak2 dara kesayangan ayah.
Terlalu cepat masa berlalu.
Tanpa ibu dan ayah sedar, mereka mula menjadi anak2 remaja....
Ayah sering kalah dengan hasutan 4F nie.....
4F yang sering menceriakan hidup ibu dan ayah.....
Dan tidak lupa, bujang kesayangan kami sekeluarga.
Manjanya mengalahkan kakak2nya....
Satu-satunya waris keluarga kami.
Anak-anak dara ibu semakin meningkat dewasa.
Dan yang pasti ibu semakin tua.
Terlalu cepat masa berlalu.....
Mereka mewarisi ketinggian ibu.
Kalau tinggi ibu 165cm, nampak gayanya anak-anak ibu mengugat ketinggian ibu.....
Hari raya ke 3 baru sempat kami sekeluarga bergambar dengan mama dan abah.
Maklumlah, raya pertama abah sibuk kerana
saban tahun abah kena jadi imam dan menyampaikan khutbah raya di kampung...
Anak tok guru kena banyak bersabar dengan kesibukan abah..hukhukhuk..
Bahagia melihat wajah kebahagiaan mama dan abah yang dikelilingi anak, menantu dan cucu2nya.....
28 ulasan:
...Alhamdulillah...
bahagia melihat keluarga Dinda...
Semuga terus bahagia dunia akhirat....amin.
to mamaijat
Alhamdulillah, berkat doa semua..moga terus kekal hingga ke hujung nyawa...ameen...
Seronok melihat keceriaan yang ditunjukkan...
selamat hari raya sis...tengok gambar pun dh tau mmg seronok raya...hihi..
js jugak dh kembali kt sini...jeles sis dpt cuti lelama...hihi
to kakcik
kecerian akan trpancar diwajah bila brsama org2 trsyg....
to JS
mmg seronok bila brkumpul beramai2....
xpelh JS, yg pnting raya tetap dismbut org2 trsyg....
Slamat hari raya Nza...... hepi famili, memang ceria nampaknya
Suka la tengok gambar2 raya famili kak Nza, ceria ja. Walaupun ada wajah yg serius tapi sebenarnya dalam hati ada jugak humornya tu :D
selamat hari raya buat kak nza n family...seronok tgk anak2 akak sume dah besar2. mama akak pun nampak happy sangat...
maaf zahir batin dari izan juga ye kak....
Slmt h.raya buat NZA sekeluarga..keluarga bahagia..suka tgk 4 kuntum bunga dgn seekur kumbang ye..:))Moga membesar sebagai ank soleh dan solehah..
keluarga bahagia...suka tengok telatah 4F tu..ceria dan gumbira..
Seronokkan bila anak2 dah besar...
Selamat Hari raya kak ibu.... saya belum update blog lagi ni.... belum ada mood.... penat lagi....
to ibuintan
Selamat Hari raya kak...
kalau dh ramai camne mmg ceria sokmo...meriah...he...
to dinas
hehehe...depa tu ceria sokmo n muka ayah pulak mmg serius je...xpndai nk senyum kalau brgmbar.....w.pn gitu ayah seorg bapa yg sgt2 lembut dgn anak2.....ngee....
sweet betul gambar2 raya akk sefamili..selamat hari raya!
to izan
selamat hr raya n slamat menyambut org baru.....
Anak2 pengubat hati n merekalh yg jadi penawar jika kesedihan.....
to ariana
selamat hari raya kak.
Alhamdulillah mrk membesar brsama n keakraban mrk umpama seorg kwn2....
InsyaAllah, itulh yg slalu didoakn buat anak2....
to MP
TQSM...Alhamdulillah, sntiasa memanjat doa agar kebahagiaan brkekalan hingga ke syurga....
2lh, tnpa sedar mrk dh semakin dewasa....
to mamaQS
Selamat hr raya.....2lh, msg2 sepi je. akak pn masih xde mood nk update ttp sbgai kenangan dihari raya....
to PK
hehehe..kalau dh ramai mcm2 gaya ada......ceria ada, serius pn ada...yg pasti kami semua seronok n gembira.....
saya tersenyum sowang2 tgk gambar akak ngan anak pompuan akak, depa lebih tinggi dari akak dan cantik lak tu
to mamasyaza
2lh bila tgk gambar baru prasan yg anak2 akak dh besar n ketinggian dh melebihi si ibu nie......hehehe....
Happy famili n sweet sangat..semoga berbahagia selamanya.
Salam bertemu kembali NzA.
to ummiross
ameen..ameen..ameen....terima kasih di atas doa2 ummi...semoga ianya terus kekal hingga ke syurga....
Selamat hari raya aidil fitri buat keluarga fn dan mf. Maaf zahir dan batin ya!
:-)
to cklah
slamat hr raya utk cklah skluarga....
Tentu seronok dpt beraya di kg halaman sendiri.. Akak pun dh beberapa tahun beraya di rumah sendiri yg dah tentunya di kg sendiri.. hehe
to kak salmi
2lh, saat yg trindah bila dpt brkumpul dgn family..
Wah3X kak mie, best la gitu......hehehe....
Catat Ulasan