Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Ogos 2012

Projek Ibu bila Menyendiri .......

Dalam n3 yang lepas ibu ada ceritakan tentang projek bulan Julai ibu.
Projek upgred bilik stor untuk dijadikan Galeri Sejarah 2.
Ibu meneruskan misi ibu untuk bulan Ogos.
Kenkangan masa tidak menghalang ibu untuk meneruskan projek ibu nie.

Sebelum
dalam proses mengemas.
Ibu tak sempat nak snap wajah stor ni sebelum di kemas.
Macam-macam bersarang kat dalam nie.
Maklum la sejak ibu posting kat sekolah ni 10 tahun yang lalu, 
bilik ni dah terbiar sepi.
Ini pun dah 70% dikemas.....
Maklumlah bilik stor

Step 1
sesi menyusun meja dan menampal apa yang patut...
Hentam jelah...

Step 2
ini dalam proses kemas kini......

Step 3
 Ni sebahagian sudut yang dah 90% siap.
Ada lagi yang perlu ibu.

 Ini khazanah yang ibu jumpa di bilik lama GB.
Bilik tu dah terbiar sepi tanpa penghuni setahun yang lalu....

Sudut rehat di bilik kerja ibu.
Semua perabut berusia lebih 20-30 tahun tau.
Cuma kerusi rotan tu ibu beli 3 tahun lepas.
Antik kan.......
Tak kisahlah barang lama, sesuailah dengan tuannya pun dah lama.
Yang penting masih boleh diguna pakai.......
Apa nak buat redha jelah......

Di sinilah tempat ibu menyendiri dan menyepi bila ibu
sedang sedih.
Jauh dari keriuhan ibu membawa diri.
Ibu akan lakukan sesuatu untuk menghiburkan hati yang sedih.
Untuk pengetahuan semua,
Saat ini ibu sedang sedih.
BB Ahmad Affan dimasukkan semua ke wad 3 hari lepas.
Keadaannya kembali kritikan.
Ya Allah kuatkanlah hati ini, ibu dan keluarga diuji lagi.

Affan ,
Ibu tidak putus-putus berdoa untuk Affan.
Kuatkan dirimu sayang, ibu tahu Affan mampu melawan semua ini....
ibu tidak sabar ingin memelukmu dan mencuim pipimu sayang.....
Kisah BB Affan, klik SINI dan SINI

p/s:
Pagi ni ibu nak pergi berfoya2 untuk menghiburkan kesedihan hati dengan kawan ibu Z dan A di Melaka.
Nak shopping sampai lebam.
TQSM ayah kerana memahami dan bekalkan duit poket..........

13 ulasan:

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

wahh..rajinnya...dah comel bilik tu skrang ya....NzA mmg kreatif...

Semoga baby affan cepat sembuh...

opsssss....seronoknya dapat soping bersama kawan2..

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

sis mmg kreatif dh cantik dh bilik tu...hihi

**moga bb affan cepat sembuh ye...

wah seronoknya dpt shopping smpi lebam...hikhik..yg best tu sbb ada sponsor lagik..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Orang rajin semua jadi.. betul tak?

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat baby Affan..

Wah, shopping sampai lebam ye! Siap ada sponsor lagi.. bestnya..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Sebenarnya barang lama jika pandai jaga dan bijak susun atur, pasti jadi menarik dan menawan. Yg klasik tu sebenarnya nostalgia.

Semoga Affan segera sembuh dan boleh beraya dgn ceria. Aminnnn...

Ena's Stories berkata...Reply To This Comment

salam kenalan...tabahkan ati yer
moga bb iffan cepat sembuh...aminn

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa dah cantik bilik tu NzA, membawa diri pun ada hasilnya,berbaloi.

NzA, ummi turut mendoakan adik Affan, moga dapat melepasi keadaan kritikal dan sembuh seperti sediakala dengan segera.

Unknown berkata...Reply To This Comment

kak ibu berbaloi kak ibu mengemas memang nampak berseri sangat,

InsyaAllah kak ibu bb affan akan sembuh kita terus berdoa ye kak ibu semoga doa kita dimakbulakan pada bulan yang penuh barakah ini...

kak ibu jangan lupa ole2 utk mama ye....FM pun jadilah hehehehe

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

rajin n kreatif sungguh cikgu sorang nie.semoga segala penat lelah akk beroleh pahala n keberkatan, juga memberi manfaat pada sekolah..

semoga baby affan cpt sembuh..

selamat bershopping..:)

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Dalam banyak2 kan cikgu...kita suka tang kerusi rotan jerk...ahakz

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...jangan selalu 'berkhalwat' sonsorang kat tempat segini dinda..seram gak kanda tgk..semua antiq dan lama terbiar,...bahaya gak tu!!!

...kanda doakan semuga BB dalam lindunganNya...

.....wa wa wa,semalam Sabtu,kanda pun bertiga ngn no1 n no 4 kat Melaka..beronggeng sekejap ..
he he he...

Nur-nba berkata...Reply To This Comment

Amanah yang diberi dilaksanakan dengan sebaik2nya.. Tahniah kak sebab dah make-over bilik ni..

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Wahhh, ruang yg dulunya `sepi` dah bertukar wajah. K nza mmg ada sentuhan emas lah kak.. Best :-)

puanbee berkata...Reply To This Comment

Rajin ibu ni , dulu2 saya sekolah tk jumpa cikgu mcm ni ..

About me