Sekali ibu tenung gambar ni, ibu akan tersenyum bahagia.
Sejak kecil mereka sering berkumpul setiap kali cuti sekolah dan hari raya.
Masing-masing tinggal berjauhan antara Johor-Kuala Lumpur-Kelantan.
Sejak kecil mereka amat arkab.
Jika budak-budak lain sebaya ini berkumpul pasti akan bergaduh tetapi
tidak bagi mereka.
Sentiasa berbaik dan main bersama umpama adik beradik.
Saling mengalah dan bertimbang rasa.
Bila keadaan aman sebegitu, maka tiadalah campur tangan daripada pihak ibu2 mereka.
Cuma yang pasti telinga kami bingit dengan suara riang riang mereka
bergelak ketawa.....Meriah sungguh!!!!!
Dalam kesibukan mereka melayan mainan yang bersepah diruang khusus bahagian belakang,
mereka tidak lupa solat.
Biasanya Farouklah yang bertindak menjadi imam muda dan sepupunya Danial akan menjadi bilal.
Dalam keriuhan si ibu sibuk bergosip,
anak-anak kecil ini menunaikan kewajiban mereka.
Mereka lahir daripada darah keturunan atok ayah yang kebanyakannya
ahli dalam bidang agama.
Moyang ibu merupakan salah seorang alim ulamak dari
Pattani yang menyebarkan Agama Islam di Pasir Mas
dan namanya tercatat dalam buku Sejarah Islam.
Atok ibu juga merupakan seorang tok guru
yang bertugas sebagai guru mengaji dikalangan kerabat diraja/istana
Arab Saudi selama 20 tahun.
Abah merupakan generasi ke 3 bergelar tok guru.
Sehingga kini keluarga diraja sana tidak pernah lupa mengirimkan
buah tamar untuk keluarga kami setiap kali menjelang Ramadhan.
Semoga ada diantara mereka menjadi pelapis pada keturunan atok ayah dan
bergelar tok guru suatu hari nanti....InsyaAllah.
2 generasi keturunan abah yang terdiri daripada anak2, menantu2 dan cucu-cucu lelaki.
Seorang abang dan seorang adik tidak ada kerana mereka berdua
terpaksa bertugas di hari raya......
p/s:
Mood nak berblog ke laut...huhuhu....
17 ulasan:
Alhamdulillah, sejuk hati tengok Farouk & sepupu2nya tu. Semoga menjadi pelapis Atok Ayah, amin.
to dinas
InsyaAllah, mudahan ada antara mrk mewarisi sesuatu yg baik dr atok ayahnya....
ALhamdulillah.. Bgs budak2 ni..
Alhamdullillah..
bagusnya...
Alhamdulillah.. & Insyaallah, pasti ada antara mereka yg jd pelapisnya..Amin..
sejuk hati ni bila tgk farouk n cousin solat bersama
Alhamdulillah..anak2 kalau dididik dari kecil, insyaAllah bila besar nanti semuanya dah jadi rutin, tak payah disuruh2 lagi, hati kita pun tenang. Moga-moga ada pelapis atok ayah nanti, berkat doa mereka juga terhadap anak cucu.
to Nur
Moga mereka tidak lupa tanggungjwb smpai besar...
to ena
ameen....
to mamalieyna
InsyaAllah, mudahan.....
to mamasyaza
moga mrk begitu smpai bila2..InsyaAllah
to ummiross
nk mendidik anak mmg perlu byk brsabar n xjemu mengingatkan mrk ttg solat...InsyaAllah, mudahan adalh yg ikut jejak atoknya nnti....
ooohhhh...sejuk mata menengoknye..
to dilla
masa mrk begini mmg sedap mata memandang....
Ya Allah kak...sejuknya mata dan hati saya tgk gambar budak2 tu solat kak...
mudah2an dorang kekal sampai besar mcm tu...
to wahida
2lh, dlm kesibukan kami tnpa di duga mrk xlupa utk solat......Moga kekal smpai bila2....InsyaAllah
Alhamdulillah, sejuk hati tgk diorang tu. Insyaallah, moga harapan keluarga akan menjadi kenyataan
Catat Ulasan