Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Ogos 2012

Kehilangan...AL-FATIHAH

Pagi semalam ibu dan warga sekolah dikejutkan dengan sebuah berita sedih.
Kami kehilangan seorang rakan secara tiba-tiba.
Ya Allah, sepi dan tersentap kami seketika bila menerima panggilan telefon.
Tanpa sedar airmata tak mampu ditahan.
Baru 5 minit yang lepas ibu bertanyakan tentang Allahyarham pada GPK 1.
Ibu ingatkan arwah pergi berkursus....

10 tahun ibu mengenali arwah Cikgu Hamdan B Gendut.
Arwah merupakan abang senior yang paling rapat dengan ibu.
Seorang yang amat baik.
Tidak pernah berburuk sangka pada orang lain.....
Tidak pernah menyakiti hati sesiapa walaupun hatinya sering disakiti dan dilukai oleh seseorang.
Bila ibu meluahkan rasa tidak puas hati dia banyak tersenyum dan memberi nasihat.....

2 minggu terakhir, arwah banyak menghabiskan masa bersama ibu.
Menemani ibu di PSS.
Cuma kebelakangan ini arwah agak pendiam.

Awal puasa arwah pernah jadi bahan ketawa bila pagi-pagi
dia berjumpa ibu:
"Z, malam tadi saya mimpikan awk....."
Ibu : Apasal tiba2 saya sesat kat dalam mimpi awk lak....hish!!!!!!
Berderai ketawa rakan-rakan dan seminggu kami jadi bahan ketawa.
Minggu lepas arwah beli jam baru:
"Z, nampak tak apa yang ada kat tangan saya....???? (Sambil mengangkat tangannya yang memakai jam baru....)
Jam ori ni tau Z...Kalau ketuk dengan tukul pun tak rosak...
Ibu : Ada saya kisah.....bak sini saya nak ketuk dengan tumit kasut.......

Ya Allah terlalu banyak kenangan indah ibu bersama arwah.
Ibulah selalu dicari bila arwah memerlukan bantuan terutama untuk mengunting alatan mengajar..
(Arwah seorang OKU, sebelah tangannya lumpuh sewaktu terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu)
Sambil membebel ibu akan membantu arwah sebaik mungkin.
Arwah hanya tersenyum bila ibu membebel......

Siapa sangka secepat ini arwah pergi meningalkan kami.
Dia pergi di usia menjangkau 46 tahun.
Pergi di bulan mulia yang penuh keberkatan.
Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Dan ibu tidak pasti mampukah ibu menatap "pot" yang sering arwah lepak di PSS....
Ya Allah, kuatkan hati ini menerima sebuah kehilangan ......semoga arwah tenang di sana.
AL-FATIHAH......

p/s:
Antara kenangan bersama arwah...Klik SINI

15 ulasan:

gadisBunga™ berkata...Reply To This Comment

alfatihah...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Al fatihah..

NzA, tersentuh sungguh ummi membaca n3 ni, bergenang airmata, walau tak kenal arwah, dari cerita NzA ummi tau arwah seorang yang sangat baik. Allah lebih menyayanginya. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan disisi orang2 yang beriman.
Harap NzA terus tabah..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Al Fatihah.... terkedu dinda membacanya.. semoga kak ibu tabah kehilangan sahabat yang baik memang sukar dilupakan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alfatihah..sabar kak ye..semoga rohnya ditempatkan dikalangan umatnya yg beriman.

Lama x blogwalking..keje skrg amat2 limited tuk blogging..hrni bos da start cuti, anak buah mula2 beraya..hehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri..mohon maaf diatas keterlanjuran kata2 tanpa iela sedari ye.

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

innalillah..al fatihah utk arwah..sedih bila kita kenangkan ye kak...sabarlah

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

alfatihah..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Al-Fatihah. Rezekinya menghadap Ilahi di bulan yang mulia...

Ena berkata...Reply To This Comment

Al-fatihah buaaat arwah.. Moga dicucuri rahmat.


Moga ibu tabah ye..

Nur berkata...Reply To This Comment

Al-fatihah untuk arwah kawan kak Nza. Orang baik selalu dipanggil dulu.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

al-fatihah. moga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

sabar ya kak...kehilangan orang yang banyak memberi makna dalam hidup kita, mmg agak sukar utk kita handle..

orangorang berkata...Reply To This Comment

.....Redhakan dinda...
kita doakan agar roh aruah ditempatkan bersama mereka yang beriman...Insyaallah,amin.

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

alfatihah buat arwah..semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..

HASNAH berkata...Reply To This Comment

Innalillahiwainnailaihirajiun.. Nza mmg menyentuh perasaan... rupanya arwah adalah sahabat semaktab dgn mr hubby... kawan baik tae kwon do.. salam takziah buat keluarga arwah.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Al-Fatihah.. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan org yg diredai-Nya..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Alfatihah..sy tumpang sedih n faham perasaan akk,apalagi hubungan akk yg mesra dengan aruah.semoga aruah tenang disana

About me