Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Ogos 2012

Check list Terakhir.

Terima kasih kepada semua yang sedekahkah Al-Fatihah
kepada arwah rakan ibu Cikgu Hamdan B Gendut.
Walaupun teramat sedih dengan kehilangannya namun
hidup perlu diteruskan.
Giliran kita akan tiba jua nanti......
Semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.....ameen...

Sebelum menyambut hari raya ibu pastikan
membuat senarai semak persediaan raya.
Maklumlah kami berhari raya di kampung.
Ibu nak pastikan semuanya dah tersedia sebelum balik kampung..........

Baju  Raya
Alhamdulillah dah selesai setelah hampir 3 minggu siri pencarian dijalankan.
Punyalah cerewet 4F nie.
Makin besar makin terserlah sikap itu.
Yang paling ibu hot dengan 4F nie, tak nak kalah dengan ibu.
Ibukan peminat baju bling2, 4F pun nak baju bling..
Mana tidak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..kan..kan...huhuhu....
Fening......mak jemah.....

Kasut raya
Pun dah settle.
Bila seorang F nak kasut, sudah semestinya 4F tu nak juga.
Alahai sabar jelah.
Nasib baik ibu ni ahli produk santini/latina.
So dapatlah diskaun 20%.

Duit raya
Alhamdulillah, awal-awal ayah dah booking dengan kawan dia.
Jadinya tak perlulah kami bersesak ke bank....
Sekarang ni tinggal nak masuk dalam sampul jelah...

Kuih raya
Semuanya dah siap ditempah.
Semuanya dah ada depan mata.
Ibu tempah untuk 3 cawangan,
1 untuk rumah sendiri, 1 untuk rumah mama di Kelantan dan 1 untuk ibu mertuaku.....hehehe....

Sekarang ni sibuk edisi packing kain baju nak balik kg.
Ibu yang "over" mengalahkan anak-anak.......
Semoga segala perancangan ibu sekeluarga berjalan lancar.......

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

selamat hari raya sis..maaf zahir dan batin..

semoga perjalanan sis ke kampung dalam keadaan selamat...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

baca entri kak nza ni baru teringat..saya pun tak beli kasut lagi. baju tak berapa kesah sangat. yes, misi cari kasut...esok n lusa. macih kak....:)

selamat hari raya, maaf zahir batin.
hati2 pulang ke kampung okey...

orangorang berkata...Reply To This Comment

...Selamat hari raya ..maaf zahir batin buat dinda sekeluarga..

...Semuga perjalanan dinda & keluarga di rahmati & di berkatiNYA.
Insyaallah...amin..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Semuanya telah ada...cuma tnggu nak sambut raya jer...

Selamat Hari Raya...maaf zahir dan batin...

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..saya pun dah pack semua barang..tinggal nak balik jer ni..hihi..esok malam saya balik kampung di terengganu..

selamat hari raya buat akak sekeluarga..

hati2 di jalan raya..

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..dah nak balik ke? huhuhu..nanti pasti rindu-rinduan kat NzA. Ummi insyaAllah Sabtu baru balik, anak tak dapat cuti sebab baru lagi kerja.

Waa seronoknya ada gang nak bergaya, ummi tunggu menantulah kot, ajak shopping baju bling2x,hikhik!!!

Kalau ke KL, singgah beraya di Bangi ye.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...selamat berangkat buat dinda sekeluarga...
semuga kepulangan dinda semua di rahmati dan diberkatiNYA.....
salam aidil fitri..maaf zahir batin...

cheqna berkata...Reply To This Comment

kak
selamat hari raya
maaf zahir batin
jaga diri
moga bergembira di hari raya =)

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

selamat menyambut hari raya dari saya..maaf dipinta jika terdapat silap dan salah...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Seronoknya tengok persiapan raya akak. Mesti berkobar nak balik kg kan kak. Semoga perjalanan akak selamat seluruhnya. Amiin.

Ena berkata...Reply To This Comment

Selamat Hari Raya Maaf zahir Batin buat akak sekeluarga..

attyfir berkata...Reply To This Comment

selamat hariraya & maaf zahir batin :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tentu Yah & family dh ada di kampung skrg..
Salam Aidilfitri drp akak sekeluarga buat Yah & family. Kemaafan dipinta andai selama perkenalan kita ada bicara dan tingkah yg mengguris rasa

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

hehe siap checklist..sy tak smpt dh nak buat checklist,belasah jer semua!hehe

About me