Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Ogos 2012

Aktiviti Sabtu dan Ahad

2 hari ibu menyepi.
Menghabiskan masa bersama BFF dan anak-anak.

Sabtu, ibu bersama Z dan Kak A menghabiskan masa seharian kat Melaka.
Seperti yang ibu katakan memang kami bershopping sampai lebam.
Bukan lebam lagi tetapi hampir muflis...huhuhu....

Itulah orang perempuan.
Tak sah kalau tak penuh 1 troli.
Duit poket yang ayah bekalkan licin dan ibu terpaksa topup dengan duit sendiri.
Jumlah yang ibu habiskan RM?,xxx..tak perlulah ibu nyatakan.
Cukuplah ibu katakan, sehari itu ibu boleh habiskan RM?, xxx...huhuhu.....
Entah apa-apa la ibu beli....

 Kat sini je ibu habiskan masa dari pagi hingga petang......

 Beli donut Big Apple untuk anak2 berbuka....

Juga ibu beli chicken chop.
Maklum la si ibu berfoya-foya sampai tak hinggat nak balik.
Sampai rumah dah pukul 6 petang.
Nak masak dah tak sempat.
Nasib baik Kakak Naurah tolong masakkan nasi.
Lagipun ayah tak ada 2 hari...
Anak-anak berbuka dengan chicken chop jelah.
Yang sedihnya, ibu beli 5 set chicken chop, anak-anak makan cuma 2 set.
Maka tersadailah CC tu.........

Hari Ahad untuk anak-anak pula.
Dah la ayah tak ada, ibu pula sibuk berfoya2 dengan kawan-kawan.
Kesian pulak kt mereka....

Misi mencari baju 4F yang tak sudah-sudah.
Haya.....hawat la depa ni makin besar makin  cerewet nie.
Dah 3 minggu siri jelajah mencari baju raya.
1 pun tak menyangkut.
So hari Ahad misi mencari lagi.
Ibu bawa 3F ke Butik Peace je.
Bajunya boleh tahan cantik-cantik bajunya.
Harganya area serendah RM90-RM300 sepasang.
Ibu dah warning sawal-awal.
Beli baju tak boleh lebih dari RM150 sepasang.
Seorang nak 3 pasang....huhuhu.......
( 8 X Rm120=????????)
Nasib baik la Farouk lelaki.
Kalau tidak mau bertambah botak la si ayah..........

Ibu cuci-cuci mata kat sini......Ofer...ofer..ofer.....
Nasib baik iman ibu masih kuat.
lagi pun dah 2 hari melabur kat Melaka dan butik peace.
Stok duit yang ibu bawa pun dah tak de....
Gigit jari jelah.

Sebelum balik singgah K-Mall.
Ada lagi la yang masih belum settle.
Tudung!!!!!!
Nasib baik la sekarang anak-anak dara pakai tudung "Obama."
Murah je tudung tu.
2 helai dapat la dalam RM14.
Beli 4 helai untuk angah dan beby  je sebab along pakai shwal.......

Lega rasanya baju raya untuk 4F dah settle.
Walaupun ibu dan ayah hampir muflis.
Itu pun kasut2 yang di order dari SANTINI belum sampai lagi
Untuk farouk ayah janji nak beli semasa di Kelantan nanti......

Minggu depan nak settlekan pula tang biskut raya.........

15 ulasan:

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Mak oii cikgu.....bukan je shopping jer gempakz.....makan pun gempakz....ahakz.....

Kakcik Seroja berkata...Reply To This Comment

Kakcik belum nampak bayang nak beli pakaian lagi... :(

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, dah beres pasal baju anak2 ye.. Akak ni belum selesai lagi.
3F cerewet macam ude & along la.. cari baju tak jumpa2. Silap2 haribulan cukup dgn mana yg ada je.. Nasib baik angah pakai jubah, senang kerja ibu..

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

faham akak, bila ada anak pompuan mmg le camtu, cerewet bab nak memilih baju. mmg betul kak, kat butik peace pun byk baju kurung yg cantik2. sy pun suka gak shopping kat butik peace beli blouse

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya pun baruu jer setelkan baju dan kasut anak, kak. Kalau raya, siapa yang tak hampir muflis, kak. Kita semua serupa. Cuma ada perkataan 'hampir' atau 'dah' jer..hahahahhahah

ummiross berkata...Reply To This Comment

waa NzA, shopping sakan!. Kalau dekat boleh ummi ikut sekali, hehe..
Ummi pun belum beli baju raya lagi, insyaAllah hujung minggu ni kot.

ariana berkata...Reply To This Comment

At least NZA dh settle bab baju raya ank2..akak ni satu apa pun belum..baru merancnag nk ikut hubby meeting kat KL beli baju diorang next week.. lg pun si Tiha pun balik dr Kolej pd 10 hb ni tggu dia sekali lh....huhu
Mesti penuh sesak ngan lautan manusia nnti..sbb dh dekat nak raya sgt..

Nur berkata...Reply To This Comment

Bestnya kak Nza, pi shopping. Yati satu family tak beli baju raya apa pun lagi. Huhu...

mamaijat berkata...Reply To This Comment

..tang langsir .....cushion cover...
table cloth/ runner & lain2 yang sekawasannya dah dapat lum....

..kalau blom,jom mamaijat tolong temankan plak...

ha ha ha....

itulah kita kaum wanita...
semua kita juga yang kena uruskan...
asal rm nya ada yang sponser..x perlah kannn...

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

aduh pening saya tengok apa yg akak senaraikan tu..saya pun baju anak2 dan belum settle lagi..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alamak, saya belum ada baju raya lagi nih..

Maiyah berkata...Reply To This Comment

cantik jg mydin ni
mcm mesra oku je

..::..aRe-Na..::.. berkata...Reply To This Comment

waaa..sonok nya shooping2 yer akak...
hehhee...gitulah pompuan kan..bila dh leh nyooping....hehehe...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

shoping sakan ye kak.. Sy tumpang seronok. Thn lepas ye sy shoping sakan, siap ambik ct shoping hari kerja. Thnni sy nak buat hati kering je, ada ada, tak ada pakai apa yg ada..

Unknown berkata...Reply To This Comment

wah.... tulah anak perempuan ni memang cerewet sikit kot tapi kan kat rumah ni terbalik pulak, si bujang tu cerewet sikit...ikut arwah atoknya la tu, sumaiyyah as long pink ok le tu atau sebab dia kecik lagi entah le...hehehehhe

mama dah siap baju raya sampai kasut raya sebelum puasa lagi... payah beli ambil masa qayyum cuti

About me