Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

30 April 2011

Nostalgia + Resepi Ikan Goreng Tepung....

Pernah makan ikan celup tepung utk minum petang??????
Kalu makan dgn nasi kerabu tu memang perkara biasa lakan.
Tapi ibu ingat lagi masa zaman persekolahan,
kat kantin sekolah, ikan goreng tepung ni dijual mcm goreng pisang.
Kalu yang saiz sedang 1 ekor 30 sen jerrr..
Makan dengan sos cili yang dimasak sendiri oleh 'makcik kantin'...
Nyum..nyum..nyum....
Mmg sedap...

Masa awal2 kawin, ayah jadi hairan bila kami minum petang dgn benda alah nie.
Muka ayah mcm jakun gitu.
Bila dah cuba, dia lak yg over.
Bila sekali dh rasa, everyday suruh ibu goreng ikan tepung nie.
Sampai ibu naik muak pulak nk makan...hu.hu.hu....

ni menu minum ptg semalam....

Anak2 ibu dah terbiasa  dengan menu ni dan mereka suka sangat la.
Kalu goreng biasa mmg mereka xpandang.
Tapi kalu ibu goreng dengan tepung memang licin.
2lah cara ibu nk tarik minat anak2 makan ikan.

Nie ibu share resepi:
1/2 kg ikan selayang 
(Kalu boleh beli ikan selayang yg kecil2 lagi sedap-MIL panggil ikan soljer)
3-4 cawan tepung gandum
minyak masak
secubit garam
sedikit serbuk kunyit.

Cara2:
Seelok2nya ikan direbus dahulu.
Masak 2-3 senduk kecil minyak
kemudian masukkan minyak yg tengah panas ke dalam tepung gandum.
Kacau hingga sebati dan kemudian masukkan air.
Adunan tu mcm nk goreng pisang.
Masukkan secubit garam dan serbuk kunyit.
Celup ikan dan goreng dalam minyak yg panas.

* boleh gunakan sotong n pstikan sotong direbus dahulu tanpa air cz nanti air sotong akan keluar.

29 April 2011

Aduhai!!!!

Hari ni buat operasi semak kerja murid.
Mmg kena ambil masa yang lama.
Duduk berkurung kat bilik kerja di sk.
Dapat buku pertama masih ok.
 Sejuk mata, sejuk hati menanda.
Tugasan dilakukan dengan baik dan teliti.
Tulisan cantik + kemas.
Kalah tulisan cikgunya nie.....

Masuk buku ke 3, jiwa mula xtenteram.
Cikgu yg tengah bersemangat menanda ni 
terpaksa ubah posisi dari duduk sopan dibangku,
terpaksa turun bersila kat lantai.
Tujuan nk sejukkan m*nt*t yg terasa panazzzzz.
Nk sejukkan hati yg mula berasap.
Migrin dtg tiba2...
Begitulh rutin setiap kali tanda buku murid.
Ada je yg menyentap jiwa rasa cikgunya nie.

Si cikgu pn hairan kenapa asyik murid2 yg sama buat hal.
Bukan subjek Maths aja ttp hampir semua subjek.
Tidakkah ibu2 n bapa2 mrk menyemak buku anak2.

Dah nk masuk setengah tahun nie.
Buku kerja byk yg lopong.
Bukan budak2 yg lemah ttp murid2 yg berpotensi.
Dan mcm mana cikgu xsedih.
Semangat yg berkobar2 seolah2 trcabar.
Xkan tiap2 hari cikgu nk jadi tarzan.
Kena uji suara dari merdu jadi serak2...
Xkan nk dibiarkan mrk terjun dgn labu2nya....

Kalu ibu bapa bagi kerjasama sekurg2nya tugas cikgu xseberat ini.
Kalu xsetiap hari semak buku anak2...
Sekurg2nya 1 minggu sekali tu tolonglh semak.
kalu anak2 jenis brtanggung jawab, syukurlh
cz tugas ibu bapa ringan.
Xperlu memantau setiap hari....
Kalu anak2 cemerlang, ibu bapa juga yg gembira....

 hati mana yg xgeram bila tugasan yg diberi selalu lopong!!!!!

Entah Bila ???????????

Entah bila agaknya hajat ibu tercapai.
Hajat yg ibu pendam hampir 12 tahun.
Ingin menduduki rumah pertama yg dibina 12 thn lepas.
Sejak rumah itu terbina mmg kami langsung xbrpeluang utk tinggal di sana.
Sedihkan!!!!!!

Setelah siap dibina 12 thn lepas, hampir 3 thn rumah ni xberpenghuni.
Sesekali masa holiday rumah ni jadi umpama rumah persinggahan.
2 pun jarang sgt ibu tidur kt sana cz bila balik cuti mesti
mama nakkan ibu n anak2 sentiasa disisinya.

Ibu terpaksa mengambil keputusan utk disewakan...
Adat rumah yg disewakan.
Banyak kerosakkn berlaku.
Pernah dipecah masuk dan habis lampu2, candeliar n kipas2 dicuri.

 gambar yg disnap 12 thn  lepas.....!!!!!

  Dan akhirnya adik ibu jadi penyelamat.
Rumah ibu ni diduduki oleh adik ibu Dr Ahmad Zakimi n family..
Sekurg2nya kami berpeluang utk menjejak kaki ke rumah ini...
Tapi rumah baru  mrk dh siap n mungkin rumah ibu ni
akan trbiar kosong utk kesekian kalinya.

Mmg terkilan rasa hati ttp apakan daya.
tempat isteri disisi suami.
Tapi sejak akhir2 ni mcm2 bisikan2 dtg menganggu.
Seolah2 mendesak dan terus mendesak ibu utk kembali ke kg.
Makin ibu melawan makin kuat ujian ini dtg.

Dan Ayah..
Utk masa ni mmg xboleh kluar dr Negeri Johor.
Ayah xboleh lepaskan jawatan2 pnting dlm NGO.
Dan bila fikir2kan, 
Camne kesudahannya???????
Adakah ibu perlu terus menghuni di rumah skrg
sedangkan hati ini seolah2 memberontak n merontar2 ingin menetap di sana...
ENTAHLAH!!!!!!
Hanya takdir yg akan menentukan.......

28 April 2011

Mahainya!!!!!

2 hari lepas ibu terima surat dari SK Agama Beby.
Tersentap jap.....
Majlis Konvokesyen (Eh!! betul ke ejaan Melayu camtu...blur jap!!!)
akan diadakan utk meraikan pelajar2 cemerlang dlm peperiksaan 
Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) 2010.
Dan Beby salah sorg drnya.
Kiranya Top 3 dr 250 org calon.
Klik sini.

Yang buat ibu sentap  bukan apa tapi bayarnya tu.
Pelajar2 ni kena bayar RM35.
Sebelum ni Along n Angah
ada gak terima Anugerah Cemerlang
utk SDKA ni.
Xdelh buat Majlis Konvokesyen bagai.
Cuma majlis Anugerah Kecemerlangan SK Agama.
Apa2 pn redha jelh ttp yg kesiannya ibu n ayah xdpt hadir
di majlis gilang gemilang tu(entah ye ke gemilang tu..)
cz masing2 ada urusan di KL...
Hu.hu.hu....kesian Beby.
Mesti sedihkan!!!!!
Maafkan kami ye Beby.......

Ketinggalan Kereta Api LHDN....

Orang lain dh lama dok isi borang on9 e-filing LHDN.
Nilah kes org yang ketinggalan kereta api..
kereta api comel..singgah blog PSV ibu....

Ibu baru kelmarin terkial2 nk isi.
Suka sgt bertangguh2...

Tapi skrg dh senang cz isi borang dihujung jari.
Dah xpayah nk beratur panjang g LHDN.
Rasanya dh 4 tahun ibu guna sistem e-filing secara on9 nie..
2 pn suka tunggu saat akhir...

Buka sebelah pagi masa free kt sekolah.
Syok dok isi tiba2 hang!!!!!
Sabar...sabar...cuba lagi....
Pun masih xberjaya.

2lh buat kerja last minute.
Tempoh tinggal 2-3 hari lagi.
So mlm tadi cuba lagi.
Alhamdulillah dh selesai 1 lagi urusan rasmi dgn gomen.
Yg best tu ada rebate la......he..
Sebenarnya every month potong gaji wei utk bayar cukai...
Kalu xpotong gaji jgn mimpi nk dapat rebate ok!!!!!!

27 April 2011

Selonggok Kebab!!!!!

Jemput sarapan.
Selonggok kebab atas meja dapur ibu.
Pagi2 dapur dah berasap dok masak kebab.
Nak abiskan stok roti kebab yang ayah beli last week.
Lama2 kan dah xsedap.
So terpaksa la masak semuanya....


agak2 abis ke anak2 ibu makan tu.....??????

Ke Karnival....

Pagi ni Naurah  ke SK Pencu, Ledang 
kerana mewakili sekolah dalam Karnival Matematik 
Peringkat Zon Bkt Gambir 2011.

Kalu xsilap ibu seramai 4 org peserta yang cikgu pilih 
mewakili SK masing2 untuk kuiz Mathematics.
Semoga Naurah mampu mengulangi kejayaan seperti di tahun2 yang lepas.
Doakan Naurah ye!!!!.

di mana2 pn jadi.......

26 April 2011

Petang Yang Kalut...

Petang yg agak kalut.
Biasalah hujung bulan.
Smlm dh gaji ttp malas ibu nk g korek duit.
Konon nk tunggu 1 minggu afer gaji baru g korek ttp dh xboleh tunggu.
Banyak yg menunggu utk kikis duit ibu.
PERTAMA-Kereta ibu ni dh lebih 1 minggu terlepas tarikh servis.
Nk tunggu ayah antar ke pusat servis Toyota kt Muar tu entah bila la ayah free.
Ibu pn xdenya free petang2 nie.
So terpaksa la bawa kereta ibu ni g ke pusat sevis terdekat.
Nk wat camne, xde masa nk p jauh2.
So awal2 gaji dh melabur utk kekasih hati ibu nie....


KEDUA-TV yg cute-miut ni buat hal.
Masa nilh dia buat2 melatah.
Jap sakit sana, jap sakit sini.
Puas diketuk sana-sini.
Rasa nk je baling kt blakang rumah tu.
Tapi bila ingat jasanya yg brkhidmat 3-4 thn, xsampai hati lak.
Ikutkan malas nk layan ttp ibu n 4 Farah suka lepak2 kt belakang.
Sambil layan tenet kami layan TV comel nie...
Malas nk lepak kt depan cz TV depan di kuasai oleh Farouk n Ayah.

 sila abaikan sampah sarah yg bersepah kt belakang TV comel tu....

 so nk xnk, lepas jemput 3 Farah singgah kedai TV.
Xplan pn nk beli TV.
Saja2 singgah nk tengok.
Xsangka si nyonya tu goda ibu.
Katanya TV yg entah jenama '21 inci"dr negara kayangan mana ada ofer.
Ye sangat la ofer.
Ibu yg pantang sangat2 digoda ni "terbeli" TV tu tanpa niat.
3K U...bukan 3K la....ttp 30 sen jerrr.
Dah bayar terus angkut masuk kereta.
Melayang lagi duit gaji ibu...hu.hu.hu...

Balik rumah dh petang,
Nk hilangkan stress makan lempeng dgn sambal sotong....hu.hu.hu...

Resepi Donut + Doh Pizza

Ramai rakan2 blog n FB bertanya camne nk jadikan donut gebuzzzz.
So hari ni ibu bagi resepi cz pagi tadi sarap dgn donut 4 F
Dah lama gak kekawan mintak ttp asyik tertangguh jerrr.
 ni sarapan donut pagi tadi.
Bentuk donut yg semacam jerr hasil sentuhan Naurah.
Tapi rasanya tetap gebuzzzz!!!!!

Resepi:
1/2 kg tepung gandum
1 paket mauripan
2 sudu besar gula
1 biji telur
2 sudu besar susu pekat
secubit garam
minyak masak
air.
gula halus .

Cara2:
bancuhkan mauripan bersama air suam + 2 sudu besar gula pasir hingga sebati.
Masukkan ke dalam tepung dan kacau.
masukkan telur, susu pekat, air ,dan garam.
Uli sampai sampai doh sebati.
masukkan minyak e dlm doh utk menjadikan doh tidak melekat.
Uli sebati dan tutup doh dgn kain lembap.
Biarkan doh naik 2x ganda barulh dibentuk donut2 tu.
Goreng dlm api yg sederhana n sentiasa balik2kan supaya warnanya cantik.
Biarkan donut sejuk n barulah ditabur dgn gula halus....


*Jika ingin disimpan dlm peti ais.
Goreng donut separuh masak n simpan dlm bekas yg bertutup.
Panaskan jika hendak di makan

bahan yg sama utk membuat doh pizza
tapi doh tu dibentuk leper n dibakar separuh masak dgn api sederhana.
Kemudian baru diletakkan inti pizza.
Barulah dibakar......


25 April 2011

Hish!!!!! sakit hati....

Kenapalah line tenet hari ni teruk benor.
Kat SK after pukul 11.00 pagi dh putus terus.
Balik rumah pun sama.
Macam siput sedutttttttttt!!!!!
Jap 'off' jap 'on'....
Xpasal2 lappy jadi mangsa kena baling nnti....
Tensi...tensi.....

Selalu Kena Pantau....

Nak buat homework mmg kena pantau.
Nilah sikap bujang ibu sorang nie.
Mmg xboleh dibiarkan.
Kalu tidak mmg syok la dok lepak bawah ketiak sambil layan Astro Ceria.
Siap baring2 bagai mcm xde apa2 masalah....
Ikutkan hati ibu ni mmg berasap + terbakar.
Agaknya Ayah xde perasaan marah ke pada dia ni.
Asyik ibu yg naik hangin.
Alasan:
"Farouk tukan kecik lagi".....

Kecik kata ayah.
4 Farah tu sejak tadika sampai le ni xpayah ibu semak beg mrk..
Tau tanggungjawab buat homework sndiri tanpa kena suruh.
Kecik la nk kena displinkan dia.....
Kalu dh besar susah la....

Ibu sdg memantau Farouk buat HW.
Ayah dh xsenang duduk cz sibuk dok ajak Farouk p kedai.
Kejap ke dapur, jap ke luar..jap jengah ke bilik farouk...
Ayah ni mmg kalu nk p kedai mesti nk heret anak ikut sama.
Buat teman katanya....
Malam ni xde la nk heret farouk n akhirnya Naurah n Beby jadi mangsa.
Kena jadi bodyguard Ayah p kedai...hi....

tengok hasil tangan halus n mulus farouk.
Alahai....tah apa kebenda la dia lukis tu.
MENAKUTKAN!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalu hantu tgk pn confirm lari.....

 dan tulisan farouk tidak memuaskan hati ibu.
Kenapa la tulisan farouk camni..
Nk jadi doktor ek!!!!!
Maaf hanie, jgn mare..!!!!!!

Pagi tadi sibuk dok bertenggek kt katil ibu.
pagi2 dh hafal sifir cz hari ni dia kena ketuai bacaan sifir kt tapak perhimpunan Tahap 1.
Punyalah dia exited
Setakat ni dia dh hafal sifir smpai 7...
Entah bila dia hafal cz bila ibu cuba2 uji laju gak la dia jwb....

HomeMade Pizza......

Petang weekend ibu xde xtvt cz ayah ada.
So ayah la jadi drive anak2 p kelas taekwando.
Angah trpaksa direhatkan cz kakinya masih belum pulih sepenuhnya.
Terlanjur angah ada smptlah ibu buli Angah.
Antara 4 Farah, Angah la yg palingggggggggg...
xminat masak..!!!!!keh..keh..keh..
Jgn mare angah..mmg kenyataan!!!!
So nk xnk dia kena masak utk kami utk minum petang.
Bukan suruh uli tepung pun.
Sekadar wat "pizza sardin" je.
Senang aja tu.....

 tabur2 je stok yg ada dalam peti ais tu...
Pastu tu masuk oven....
TING!!!!!!!!...dh siap 3 biji pizza sardin!!!!!.

 pizza 1 siapppppppppppp.....

 pizza 2 siap!!!!!!!

 pizza 3 siapppppppp!!!!!

Kenapa sampai 3 biji pizza?????
Anak2 ramai mana cukup 1 pizza.
Kalu sebiji jawabnya xmerasa la ibu n ayah!!!!!

Meh share resepi:
Inti pizza
1 tin sardin-buang kuahnya n dilenyek2
2 biji tomato-dihiris nipis2
1 biji bawang besar
1 biji limau nipis
4 sudu besar mayonis
keju-angah cuma cincang "chesdale"
daun bawang dipotong
sosej (kalu nak masukkan)-potong nipis.
Doh:
Macam nk wat donut ttp bakar terlebih dahulu sebelum masukkan inti di atas.

Cara2:
1. Sardin yg siap dilenyek + perahan limau nipis + hirisan bwg + 4 sudu mayonis digaul sebati.
Letak pada doh yg dh siap dibakar.
Taburkan tomato, daun bawang, sosej, dan hirisan chesdale.
Bakar dlm 10 min dengan suhu 130 darjah celcius...

p/s:
Mohon dr teman2 blogger utk berdoa utk salah seorg cousin rakan maya ibu Syahadah yg masih diICU setelah terlibat dlm kemalangan....

24 April 2011

Kerana Angah...........

Hari Sabtu petangnya pergi ke sekolah 3 Farah.
Ada Mesyuarat Agung PIBG n Hari Anugerah Kecemerlangan.
Kalu ikutkan hati malas sgt nk pergi.
Tapi kesian lak kt Angah cz hari ni diadakan serentak
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR, SPM n STPM.....
So pergi la juga.
Hari ni hari kemuncak cz anugerah  dalaman dh dibuat.

Ikutkan program Anugerah Pelajar Cemerlang akan berlangsung 
after ucapan dr dif2....
Bila tang VIP berucap, ibu dh rasa migrin.
Farouk dh siap tidur terngangga kt sebelah ibu.
Ibu bapa pn dh mula gelisah.
Masing2 dh bersembang sesama sendiri.
Bukan apa, dh la lambat sampai,
ucapan lak pjg berjela....
Redha jelh.
Lepas selesai Majlis Anugerah ibu terus blah.
Dah xtunggu mesyuarat cz dh pukul 5 ptg Mesyuarat belum lagi mula.
Asar belum solat.
Ikut jadual pukul 4 ptg dh mula.....
Bayangkan mesyuarat tu abis maunya dkt Maghrib......

 persembahan murid : coral speaking n koir....

 snap dari jauh masa angah terima anugerah pelajar cemerlang PMR 2010.
Segan nk ke depan..gambar pn kabur cz kelam kabut je snap.....

 kat rumah paksa angah posing....

 Angah dh bosan...dh mula tutup muka.....

 cenderahati n sijil Angah..
Kiranya hadiah besday angah gak la ye.....

23 April 2011

Putera Biawak....

Hari Sabtu sekolah ganti.
Ibu balik SK awal ckit dr biasa lbh kurg 12.45 tghari.
3 Farah pula balik 11.30 pagi.
So mesti ada masalah pengangkutan bila 3 Farah nk balik sk nnti.
Kebetulan sk mrk ada mesy.Agung PIBG 
pada sebelah ptgnya.
  Mmg confirm la xbelajar cz cikgu2 mesti sibuk dgn persiapan n rehearsal.
So si ibu yg kerjanya jadi cikgu ni suruh 3F dok kt rumah jerrr
(ibu2 n bapa2 lain jgn tiru ok....).
Buka nk ajar 3F p*nt*ng ok.
Tapi lbh kurg gitulh kisahnya.
Nk wat camne keadaan trdesak n 
kebetulan kaki Angah pn masih belum pulih, 
demam along masih bersisa n
Beby pn menunjukkan tanda nk kena jangkitan selsema...
xtipu tau..kisah benar ni n ada la alasan konon2nya..

So mrk brtiga akur dgn perintah si ibu.
So tinggallh 3F kt rumah dlm keadaan trpaksa.
Bila ibu balik rumah, Along meluru ke luar dgn muka pucat lesi...
Semacam je ibu tgk..terjengah sana, trjengah sini..
Mcm cari sesuatu....
Si along bersuara:.
"Ibu ada biawak ketuk pintu rumah tadi..."
" Serius ibu..besar....ngeri + takut !!!"
"Nasib baik Along xbuka pintu......."
Bersungguh2 si anak mengadu...

pic dr en google..
Ibu kecikkan saiz gambar cz geli je tgk....hu.hu.hu...

Si ibu:
"Alah, putera biawak la tu....nk cari calon permaisuri"
"Terlanjur lalu sini n trhidu 3 org anak dara p*nt*ng sk..."

Boleh ke jawapan macam tu...ngeh..ngeh..ngeh...
Sebenarnya ibunya pn xtau nk ckp apa.
Xde alasan yg munasabah cz slama ni xde lak penceroboh spesis tu dtg rumah....
.

Weekend Pun Kerja.

Hari ni xcuti.
Sekolah ganti sempena cuti Deepavali.
Sekolah ibu cuma ambil 1 hari je cz kat sekolah ibu xde murid berbangsa India.
Weekend pn kena kerja.
Kalu nk lama cuti kena la ganti banyak2 ye.

Petang lak kena p sekolah 3 Farah.
Ada Mesyuarat Agung PIBG n Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang.
So jawabnya hari ni kerja dari pagi sampai ptg la.
Penat seh!!!!!!!!!!

Makan2 + Celebrate Besday Angah!!!

Kaki Angah masih belum elok pn masih brsemangat nk celebrate besday.
Ibu ikut jelh kehendak besday girl tu.
Saja nk raikan dgn adik beradik katanya.
So pergi ke pot favorite mrk tu.
Mana lagi...MARRYBROWN lah..
Niat hati ibu nk pekena satey ttp trpaksa mengalah.
1 lawan 5.....mmg kalah teruk la...hu...

buah hati ibu.....

22 April 2011

"Ceker Ayam" KFC.....

"Ceker Ayam"???????
Merujuk kepada "Kaki Ayam"
KFC ada keluarkan produk Kaki Ayam Goreng ke???????
 Xdelh, ni saja2 ibu wat cerita........
Terlanjur masih ada stok kaki ayam lebih kt peti ais.
So ibu goreng la kaki ayam ni bersalut tepung..
Nak masak sup, anak2 ibu dh xminat sgt dah nk makan sup kaki ayam.
Sebabnya semasa kecil, sup kaki ayam mmg jadi menu hidangan mereka.
Sampai sering kali jadi bahan gurauan family.
Mama ibu siap ckp:
"Kalu mcm ni, cpt kayalh ayah n ibu sbb anak2 makan kaki ayam je.."

Ibu bagi sup kaki ayam ni pada anak2 bersebab.
Sebabnya untuk jadikan tulang anak kuat, badan anak montel dan kulit anak2 jadi gebuz...
Ibu dapat petua ni dari seorang Apek semasa ibu bawa along ke klinik.
Apek ni yg syorkan cz masa tu badan along kuruz jeeer..
.
Bila ibu cuba mmg berkesan cz badan along mula berisi.
So dlm 1 minggu ibu masak sup kaki ayam ni 3x.
Alhamdulillah badan along mula berisi dan tulang dia jadi kuat.
Umo 9 bln dh laju berjalan.......
Betul gak petua apek tu!!!!!
Sapa2 yg ada baby yg kurg berat badan bolehlh cuba petua nie..
Manalh tau berkesan.

Kaki Ayam KFC....
Sedap.....!!!!!

Ni resepi simple ibu:
1/2 kg kaki ayam or peha ayam
lada hitam 
sedikit garam
1 biji telur
tepung gandum
minyak untuk mengoreng

Cara:
perapkan kaki ayam dgn garam + lada hitam
pukul telur n celupkan kaki ayam ke dalam telur.
Kemudian golek2kan kaki ayam dlm serbuk tepung ( pastikan tepung tu kering)

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Minggu ni demam Mesyuarat Agung PIBG.
Semlm dh selesai 1 lagi program wajib sekolah.
Hari nie baru mampu menarik nafas lega setelah smlm seharian kt sekolah.
Dari pagi sampai pkul 7 ptg baru muncul di rumah....
Penat tramat rasanya..

 Perasmi- YB Ir Haji Hamim B Samuri (Ahli Parlimen Ledang)
berbaju warna krim sedang diarak dengan paluan kompang...

 persembahan tarian zapin dr penari cilik sk...Mmg comel sgt...

 Hadiah cabutan bertuah yg ibu n the geng bertukus lumus hari tu.
Hampeh, 1 pn xnyangkut...mmg ibu ni xpernah bertuah la bab2 hadiah cabutan camni.
Org lain siap angkut kipas angin n rak yg besar gedabk tu, 
ibu balik lenggang kangkung...hu.hu.hu...

Balik rumah dh penat tramat sgt.
Lepas solat Maghrib tumbang jap sementara tunggu solat Isyak....

Hepi Besday Angah!!!!

Hepi Besday untuk Angah a.k.a Farah Nadiah yang ke 16 tahun.
Angah puteri ke 2 ibu.
Rasanya baru semalam ibu wish besday Angah yg ke 15...
(klik sini)
Hari ni ibu wish lagi Besday Angah yg ke 16.
Terlalu cepat masa brlalu tanpa kita sedar.


Ibu, Ayah serta Family sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Angah.
Dan Tahniah kerana Angah sentiasa menghadiahkan Kecemerlangan utk kami.
Angah mmg anak yg baik.
Doa ibu agar Angah sentiasa dilindungi Allah,
berjaya dalam hidup 
dan
menjadi anak yg solehah..
AMIN!!!!!!


21 April 2011

Anak Sapa La nie....

Senyumannya,
matanya, 
raut wajahnya
betul2 buat hati ibu tergoda.
Ingin rasanya ibu memiliki budak comel ini.
Terlintas dihati untuk mencolek dan bawa budak comel ini lari jauh2.
Ingin rasanya memeluk tubuhnya yang montelnya.
Mencium pipinya yang putih gebu...
Menatap wajah comelnya.......

 Tapi apakan daya,
Bayi montel ini bukan milik ibu.
Bayi montel ini milik ibu dan babanya.
Dan bayi montel ini adalah anak saudara ibu.
AHMAD  NABIL WILDAN B AHMAD ZAKI.
Putera ke 3 milik adik ibu yang sekarang mencecah 3 bulan.

Sesungguhnya ibu merindui n ingin sekali memeluk kamu!!!!!

p/s:
Hari ni BZ ckit cz ptg ada Mesyuarat Agung PIBG..xsmpt nk BW umah kekwn...

Menara Sandwish.

Smlm buat sandwish roti + mayonis tuna.
Hari ni anak2 nk makan lagi cz katanya sedap n xcukup...
Anak ramai so kenalah buat lebih.
So seawal pagi ibu masak kari ketam untuk lunch + goreng kacang panjang.
After dah siap, buat sandwish.
Maunya xcam menara.
Habis 1 beg roti sandwish yg panjang tu.
Ambik!!!!!!!!
Xpuas sgt makan ye nak!!!!

 ni menara sandwish dr sisi......

pandangan dari atas.

pagi2 dah sarapan dgn coffemix + vanila aiskrim float

20 April 2011

Akhirnya Hajat Tercapai....Oh, Kerabu Idaman Kalbu!!!!.

 Dah 2 hari mengidam dan terus mengidam..
klik sini.
Hari ni dh xboleh tahan.
After jemput Beby terus merempit ke LYC.
Mmg rezeki cz jumpa kaki ayam yg gemuzzz + besar2...
lepas beli terus balik rumah.
Xnyempat terus ke dapur,
Rebus kaki ayam.
Sementara tunggu kaki ayam lembut dn
empuk ibu sediakan bahan utk kerabunya....

Hasilnya

V

V
V


 Tara........Kerabu kaki ayam yg jadi idaman ibu sejak 2 hari yg lalu.
Hasil godaan dr FB Hasnah Musa.
Thanks Has, mmg sedap giler tahap maksimum lah.

Meh share resepi.
500 gm kaki ayam-rebus sampai betul2 lembut
(Ibu tau ramai yg xsuka kaki ayam boleh tukar perut lembu or sewaktu dgnnya.)
5 ulas bawang merah-dihiris nipis
2 batang serai-dihiris nipis
1 tangkai bunga kantan-dihiris nipis
3-5 biji perahan limau nipis
5 tangkai cili padi-dihiris nipis
5 tangkai cili besar-dihiris nipis
2 biji tomato-dihiris nipis
1 sudu sos ikan-ibu xde stok sos nie.
1 pokok daun ketumbar
garam + gula secukup rasa

Cara:
Kaki ayam dikeluarkan tulang2nya.
Gaul semua bahan dan digaul sebati.
Kalu nk sedap boleh tambah kacang tanah yg digoreng.
Simpan dlm peti ais.
Sedap dimakan setelah sejuk......

Puas hati hajat dh trcapai!!!!!!.

Hujan Oh Hujan......

Tiba2 lebat pula hujan turun.
Suasana sejuk buat mata ibu jadi ngantuk.
Masa free ibu brkurung kt bilik kerja..
Sambil layan kerja2 yg xabis, layan blog + FB + radio..

Kebetulan baru lepas naik rehat n pekena meehoon hailam + keropok lekor.
Lagi best kawan yg belanja...
Makin brtambah la sedapnya tu...

 hujan mula turun 11.40 pagi.....
Ibu snap dr bilik kerja...
Mata dh ngantuk nie...hu.hu.hu....

Rasa nk landing je kat mana2 ni........
TOLONG!!!!!!!!..

Fobia....

Ingat pagi tadi nak masak bubur nasi utk b.fast.
Kebetulan Along pn demam + sakit tekak nk makan.
Tapi tiba2 jadi fobia lak.

Teringat kata2 Angah:
"Ibu, jangan masak bubur nasi lagi tau....Angah fobia...."
" Bubur nasi ibu sedap sangat, sebab tu sampai trtumpah kat kaki Angah..Xsabar nk makan.."
klik sini dan sini

Bila teringat kata2 Angah tiba2 ibu fobia.
asih terbayang bubur yg panas n masih mengelegak trcurah kat kaki + betis Angah.
So pagi ni ibu jz sediakan sandwish tuna + mayonis je utk anak2.

Xtaulh Along makan ke tidak tu kat rumah.
Insyallah, balik sekolah nnti ibu singgah MBrown beli Along chicken porridge.
Manalah tau terbuka seleranya tu..

Selagi kaki angah xsembuh, ibu akan fobia nk masak bubur nasi kegemaran anak2 tu.....

19 April 2011

Dua2 dapat MC.....

Petang tadi balik sk ibu bawa Angah ke klinik lagi.
Mmg kena dressing la tempat yang makin teruk tu.
 3 biji gelembung yang sebesar bola pingpong tu dipecahkan ,
digunting kulit2 yg dh melepoh n disapu ubat.
Kaki Angah disapu ubat n dibalut.....
Angah diberi MC 2 hari.
Balik rumah ibu tgk kaki Angah makin berat nk melangkah.
Bisa n sakit teramat katanya.
  Tadi ibu suruh angah buka balutannya cz mcm dh melekat2.
Makin ngeri ibu tgk tempat yg dressing tu jadi warna putih..
Mcm isi yg trkeluar.....hu...

Pagi tadi  Along pula diserang demam + batuk + selsema.
Sementara bawa Angah ke klinik, ibu angkut Along sekali.
Memang teruk juga demamnya.
39.9 darjah celcius.
Lepak abis la dia cz jarang sgt dia demam nie.
So Along pun dapat 2 hari MC...
Skrg ni pn masih xboleh nk buka mata.
Tambahan makan pill selsema + ubat batuk.
Makan pn dh xselera........

Along yang demam.....

2 orang ni mmg serasi...
dua2 xsihat dlm masa yg sama...
dua2 dpt MC 2 hari...
So lepak2 la mrk kt rumah.....

Moga Along n Angah cepat sembuh!!!!.

About me