Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Mei 2014

The Royale Bintang Resort & Spa dan Makan Malam

Selepas selesai Tournament Taekwando Farouk di Melaka,
kami bergerak ke Seremban pulak.
 Malam Ahad Ayah ada Majlis Makan Malam jemputan daripada NUTP Negeri Sembilan.
Ayah sebagai wakil Negeri Johor.

Dalam kepenatan kami bergerak ke Seremban.
Masa tu gerimis sepanjang perjalanan.
Sampai di Seremban sewaktu azan Maghrib.

Majlis Makan Malam di The Royale Bintang Resort n Spa.
Dah 2 kali rasanya kami menginap di hotel ni
Sini dan sini
Kalau tak silap ibu masa tu pun ayah ada jemputan 'dinner' jugak.

Majlis bermula pukul 8.30 malam.
 Kami antara jemputan yang awal hadir.
Meja ibu khusus untuk jemputan wakil negeri-negeri Johor (Ayah)
Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
4 orang yang tidak dapat hadir , wakil Kelantan dan Terengganu.

 Farouk yang dah penat. Ibu suruh dia layan game dulu kat tab sebab risau dia tertidur.
Sebenarnya ibupun dah teramat penat sangat-sangat...

 Mendengar ucapan Dato Hajjah Kalsom.
 Menteri Besar yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat..

 Layan makan sup sirip yu.

Malam tu kami dihidangkan dengan masakan Cina.
Macam biasa makanan dihidangkan berperingkat-peringkat.
Bermula dengan sea food ( udang,sotong dan ketam), ayam panggang,
 ikan siakap xxl masak sweet sour, sup sirip yu, sayuran brokoli + sea food, nasi goreng,
pan cake berinti jem , jus +  kelapa laut
dan macam-macam lagi menu.
Memang tak termakan semua tu.
Kebetulan hidangan untuk 10 orang dilayan seramai 6 orang je dan
diantara tu seorang kana-kanak renbina (Farouk) yang jenis tak berapa makan.

Maaf ye tiada gambar makanan tu semua.
Segan ibu nak snap gambar....he3x


 Ayah banyak habiskan masa bersama VVIP dan menyampaikan hadiah cabutan bertuah.
Begitulah kalau ibu ikut ayah dinner...Pandai-pandailah ibu bawa diri.
Sempatlah ibu berborak dengan rakan-rakan baru.
Kebetulan di meja ibu ni terdiri daripada masyarakat majmuk yang sangat-sangat
peramah....he3x....

Ibu yang memang tak ada 'luck'......langsung tak mengena....adeh....

Masuk menu ke 4 Farouk dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
Penat agaknya.
Ibu pun tak sampai hati nak kejutkan dia....
Agaknya  dah mimpi sampai ke bintang...


Muka budak baru bangun tidur.

Majlis tamat pukul 11.30 malam.
Ibu kejutkan Farouk.
Kami bersolat jamak dulu di surau hotel.

Biasanya kalau ayah hadiri majlis kami akan menginap di hotel
tapi sejak Negeri Johor bercuti Jumaat dan Sabtu kami
terpaksabergegas balik kerana esoknya kerja......

Dalam kereta ibu dan farouk dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Ayah sesorang layan mata drive balik ke Muar.
Sampai rumah dah pukul 1.30 pagi.
Esoknya ibu ke sekolah dengan mata PANDA.......adehhhh.....

11 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Adoiii terasa rasa kepenatannya tu kak.. sian farouk ye.. ngikut jer... hihi..

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaarifakeem
itulah farouk, dia xpernah nk membantah....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ibu datang seremban ye... kenapa tak bagitahu dinda kalau tak boleh kita jumpa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
kanda dtg tergesa2 kejar masa..lepas majlis terus brtolak blk......mmg xsmpt nk singgah mana2....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

mmg letih tu kak.... dalam satu hari kesane kemari...tapi nak buat camne kan kak...dah tuntutan kerja dan keperluan anak2.... takpe laa sesekali penat ye kak heheehehe...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Pergi sekolah dengan mata PANDA tak pe, jangan jadi PANDA. Hehehe...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya faham perasaan tu. Tapi saya ok jer selalunya...hahahahha. Kesian nya hero kecik tu.

Salmi berkata...Reply To This Comment

Kesian Farouk, terlalu penat agaknya. Lainlah kalau majlis untuk budak2 kan..

pB berkata...Reply To This Comment

Dok muar ke?

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..walaupun penat tapi berbaloi juga kaan NzA. Boleh makan-makan n enjoy suasana.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Penatnya alahai. Kalau cikgu mengantuk, takkan anak murid nak tegur. Tak berani rasanya :)

About me