Selamat Hari Lahir buat Along dan Selamat Hari Ibu buat ibu.......
Tanggal 14.5.1994 dengan rasminya ibu dinaik darjat sebagai seorang ibu.
Syukur Alhamdulillah, Allah kurniakan ibu sebutir permata yang amat
sempurna dimata ibu dan ayah setelah 2 tahun penantian kami.
So kami dah sepakat untuk meraikan hari istimewa pada tarikh ini.
Boleh ke macam tu....he.he.he.....
Tak sangka begitu cepat masa berlalu.
Along dah 20 tahun dan ibu dah makin tua.
18 tahun Along membesar didepan mata ibu.
Setiap perkembangan Along tidak pernah ibu ter"miss".
Namun diusia 18 tahun Along terpaksa "keluar" mengejar ilmu di matrikulasi.
Diusia 19 tahun Along hadiahkan kami dengan kecemerlangan.
Along melangkah maju selangkah lagi untuk menyambung degree
di universiti......
Sewaktu kecil
Bandung-2013
USS-2014
Terkini-bersama rakan di kampus.
Ibu doakan agar Along sentiasa dibawah lindungan dan kasih sayang Allah.
Dipermudahkan segala urusan.
Diberikan kesihatan yang baik.
Dimurahkan rezeki dan terus menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk terus cemerlang dalam pelajaran.
Dan semoga Along teruskan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran
yang sering Along lakukan setiap hari selepas Maghrib.
Sesungguhnya kami amat bangga memiliki Along.
Terima Kasih ALLAH....Alhamdulillah.
12 ulasan:
Dah 20 thn anak dara akak.. :-)
Alhamdulillah... selamat hri lahir along...
Moga kejayaan dan kecemerlangan terus mengiringi along ye.. amin..
Selamat hari lahir along. Moga terus cemerlang serta membahagiakan ayah dan ibu
Selamat hari lahir buat along.. semoga menjadi anak yg solehah..
Selamat hari ibu buat NzA pula :)
Slm kenal..
Alhamdulillah..dah boleh buat kawan tu akak :-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
Selamat Hari Lahir Along semoga Along berjaya duniawi dan ukhrawi
Selamat hari lahir along same date dengan anak saya tp anak saya baru 4 tahun hihihi.... salam perkenalan dari http://cik-puan-emy.blogspot.com/
Selamat Hari Lahir Along~
semoga menjadi anak yang solehah. InsyaAllah~
Selamat hari lahir Along, moga menjadi anak solehah dan sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah SWT.
Si manis 20 yang memang manis, semanis ibunya :)
happy bday along!!! dah anak dara sunti dah die..semoga trus cemerlang dunia dan akhirat yek..insyaAllah..=)
Semoga cemerlang dunia dan Akhirat. Amin.
20 tahun yang membanggakan ibu dan ayah.
Happy belated birthday, Along! Sekejap ajekan kak masa berlalu. Bila tengok, dah besar panjang anak-anak. Rasa diri semakin tua pulak tapi takpalah janji hati berbunga bahagia!
Catat Ulasan