Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Mei 2014

Resepi SeaWeed dan Beby

Sejak Beby bercuti panjang ni ibu rasa badan ibu makin mengembang + gebuzzz...
Ada saja resepi-resepi baru yang dijadikan bahan eksperiment di dapur ibu.
Ibu, Kakak dan Adik2 jadi pengkritik setiap resepi yang dimasaknya.
Adeh...terkadang dalam seronok ada juga perasaan tension sebab
setiap apa yang dimasak sedap je ditekak ibu.

Sekarang ni ibu dah tak perlu bersilat kat dapur diawal pagi sebab
Beby dah ambil alih tugas memasak lauk pauk untuk lunch dan dinner.
Tugas memasak nasi tetap ibu teruskan kerana ibu perlu meneruskan
bacaan tasbih dan zikir untuk keluarga dalam masakan ibu...
Ibu tepek gambar jelah...silalah layan ye......

Resepi SeaWeed yang mudah.
 Kerepek seaweed yang sedap dan rangup.
Sekejap je habis.....muhaha...
Resepi ibu share dari FB (*kredit utk Najah Nayli Nurhani)
 Beby yang buatkan semasa ibu keluar outing.

.Bahan:
1paket kulit popia (guna dlm 24keping je)
1 paket seaweed (ada 10sheet)
2 biji telur
garam,serbuk perasa ajishio(lada hitam dan lada putih) secukupnya..
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Pukul telur bersama garam dan serbuk perasa ajishio.
Asingkn sehelai kulit popia,sapu telur pada keseluruhan permukaan kulit popia.
Seaweed tu potong panjang-pnjang.
Susun seaweed dan sapu telur di atas seaweed tersebut,
kemudian letak sehelai kulit popia kt atas seaweed itu.
Buat sampai habis...berselang seli.
  Kemudian gunting kecil2 ikut suka anda dan goreng dalam minyak yg 
betul2 panas dengan api yg perlahan
Sentiasa balik sebab ia cepat hangus.
Tidak perlu tunggu kekuningan sebab bila ditoskan,ia akan garing dgn minyak pns yg masih melekat.
6.Setelah sejuk,simpan dalam botol bertutup.

Ni ibu tak pasti resepi apa.
Rasa ala-ala lasagna.
Keju melimpah ruah dan ada sosej berkeju + mix vegitable + kulit popiah + mayonis....
memang rasanya sangat marvelous.

Puding triffle..Bangun pagi ibu tengok penuh petiais.....

Pizza....

Kek karot + toping cheeze dengan whipping cream.

Telur gulung bersayur..Katanya resepi orang Korea...
Apa jelah beby, yang penting airtangan Beby memang sedap dan marvelous...
Entah dia menurun dari sapalah minat memasak sebab ibu langsung tak minat masak...hik.hik.hik...

14 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Rajin dan kreatif beby ni... untung NzA ada anak dara yg dah boleh diharap kan :)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Mak oii...dah ada chef profesional ni kak. Gulp..sedap2nyaaa....

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

wahh untung akak....boleh diharap dah anak dara akak..sejuk perut akak hah...

Unknown berkata...Reply To This Comment

bertuah lah akak.. anak rajin memasak.. menu2nye pon boleh tahan jugak sedapnye.
memang makan bertambah2 lah kalo camnih.. hehehe

ecah khalili berkata...Reply To This Comment

seronoknyee..lagi seminggu kene timbang le berat badan lau cmni gayanye..hehe

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Tahniah beby..pandai masak..Tahniah juga buat ibu beby..berjaya mendidik beby..

Nur berkata...Reply To This Comment

Bestnya kak Nza. Rajin Beby memasak. Untung la... ^_^

rostina76 berkata...Reply To This Comment

wah!!!rajinnye. untung maknya….btw nanti nak try la buat seaweed tu.tq

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Bestnya kalau ada anak pandai masak. Tengok gambar aje dah nampak sedap. Pandailah Beby ni memasak!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Waa bertuahnya NzA..dah boleh jadi Mem besar ni, kereta anak2 pandu, masak pun dah ada yang take over,best2!!!

syiela berkata...Reply To This Comment

bertuahnya kak... sedap semua tu..teringin!

sal ya berkata...Reply To This Comment

Untung ada beby. Hilang beban memasak jap haha...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

untung akk dpt anak pandai masak..mmg menggebu pun takpelah kak..suka tgok semua makanan nmpk menyelerakan..tak sgka bakal lecturer bi pun setanding chef!hehe

Salmi berkata...Reply To This Comment

Wah, rajinnya bakal pensyarah ni! Beruntung ibu..

About me