3 hari cuti masa untuk ibu dah 5F outing.
Kebetulan Along balik bercuti.
Makin panjanglah langkah kami...
Nak pergi bercuti pun ayah dah 3 hari outstation.
Maka kami outing + makan-makan + shopping-shopping jelah.
Kami ke book store yang terletak di pusat membeli belah.
Angah nak cari esklopedia kisah sahabat-sahabat nabi.
Kebetulan baucer Angah masih berbaki RM150.
Lagipun Angah dah tamat Asasi so tak ada keperluan lagi untuk membeli buku rujukan... Lama jugak kami di situ...keluar dari situ dah hampir pukul 10 malam.
Dah macam pasar malam kedai buku tu.
Penuh dengan orang ramai.
Mungkin masing-masing nak habiskan baucer buku kot.
Menunggu Angah membuat bayaran dikaunter.
Sebelum balik singgah sekejap pekena eskrim di Tutti-frutti.
Niat hati nak makan dominos pizza terpaksa dibatalkan sebab terlalu ramai orang......
Peminat aiskrim...
Dah larut malam baru sampai rumah.
Jalan pun sesak, mungkin kat Johor
cuti selama 3 hari.
Masing-masing ambil kesempatan balik kampung.
Jalan pun sesak, mungkin kat Johor
cuti selama 3 hari.
Masing-masing ambil kesempatan balik kampung.
9 ulasan:
KL yang Jumaat kerja pun jam malam tadi. Jam 11.00 malam pun masih jam.
rami yg sambung cuti kan..tu pasal jalan sibuk.takde yg lebih membahagiakan selain menghabiskan waktu bersama anak-anak..:)
sedapnya
Seronoknyaaa ada baucer buku kan. Kak, saya pun suka tutti fruiti nie. Tak manis macam aiskrim biasa kan...
Sana sini sesak kak. Sedapnya TF.
seronoknya berjalan anak beranak, santai sambil jalan2 sambil cari makan kan..
itu sudah bagus.. lepas penat membeli buku.. singgah pekena aiskrem sedap lagi mahal..
ais kremnye siapa yang bayar? hehehehe
Bestkan kat Johor cuti straight tiga hari. Saya kena kerja hari ni. Sedih rasanya tak boleh nak sambung cuti sampai Ahad.
Bestnya, lepas shopping boleh makan-makan
Catat Ulasan