Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Mei 2014

Penipu Alam Siber.

Dunia makin maju.
Shopping sekarang dihujung jari.
Dah beberapa tahun ibu anak beranak terjebak dalam pembelian secara on9.
Setakat ni tak ada masalah dan segala barangan yang ibu order tiba ditangan dengan selamat.

3 minggu lepas ibu order telekong lycra.
Tergoda dengan harga yang murah.
Tanpa berfikir panjang (selama ni nak order tak pernah berfikir panjang pun) ibu terus order.
Niat dihati nak hadiahkan 'mama' ibu sempena hari lahirnya di bulan Mei.

Cepat je terima sms dari "si penipu" ni.
Tak menyempat suruh ibu bank in duit.
Masa tu ibu tengah kalut nak ke Perak.
Dalam kekalutan tu sempat suruh ayah singgah Tanjung Malim untuk transfer duit.
Agaknya Allah nak tunjuk ada sesuatu yang tak kena.
Beberapa kali ibu transfer asyik kena reject je.
Si penipu ni terus desak suruh ibu bank in cepat-cepat.......
Akhirnya setelah berkali-kali transer duit dan memakan masa 3 hari , ianya berjaya jugak.

2 minggu lebih ibu menunggu bungkusan tak kunjung tiba.
Ibu sms, w.apps, call tapi semua tak berbalas.
Malah gambar kat w.apps pun dah dipadamkan.

Licit betul si penipu ni.
Bukan ibu seorang yang terkena rupanya.
Bila check kat twitter rupanya ada mangsa yang dah kena.
Ibu bukan terkilan sebab kehilangan sedikit wang tapi
ibu terkilan sebab yang menipu tu sepasang suami isteri (agaknyalah kot) dan beragama Islam.
Allah Maha kaya.
Apa yang mereka lakukan pasti mendapat balasan yang setimpal....

Ni link si penipu tu :
http://onlineshopbebigel.blogspot.com/

InsyaAllah, selepas ini ibu lebih berhati-hati......Ada hikmah disebalik kejadian.
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

16 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Dahlah jual telekung, menipu pulak ye. Elok juga NzA kongsi begini,agar jadi panduan kat orang lain.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

ishh dah le jual telekong menipu plak tu...patut laa murah sgt harga telekong nye kak...

seb baik akak hebahkan mcm ni...hope ramai le yg tak tertipu....lieya ni pun jenis suke gak soping online...mujur takpenah lagi tertipu....

takpe kak, moga die dpt balasan setimpal sbb makan duit haram nie...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Tak terasa ke tak berkat rezeki yg dia dapat cara menipu tu.. Bagus jugak NzA bagi link sipenipu tu ... boleh org lain berhati-hati jugak..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Alahaiii.. sabor jer lah.. sampai hati sangat kan orang menipu nih. jual telekung tapi menipu. orang sanggup buat apa sahaja demi duit.

moga penipu itu mendapat hidayah dari Allah~

sal ya berkata...Reply To This Comment

Saya kalau ada yg mendesak sy x beli. Tp ramai jgk yg jual telekung lycra bwh rm50. Kat ig pn byk kak.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Orang nak menipu, macam-macam cara dia akan buat. Melaluinpanggilan telefon pun boleh jadi...

Unknown berkata...Reply To This Comment

semoga penipu itu dapat balasan yg setimpal....doa org2 yang teraniaya jgn di buat main

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Melampau tu. Dahlah jual telekung, boleh menipu lagi. Takpalah nak buat macamana. Jadi pengajaran untuk kita tapi kalau mereka tak serik gak, bukakanlah hati mereka untuk bertaubat.

Tapi kalau dah nampak barang memikat kalbu tu, memang kita pun tak boleh berfikir secara 'tenang', betul tak ? :)

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Ya Allah sanggup tu nak menipu..dah la jual benda kita pakai nak mengadap Allah..sy pun suka shopping on9.so far mmg tak pernah kena lagi dengan penipu.mmg skang ni byk juga kes tipu cmni..kena hati2 kan kak nza

Unknown berkata...Reply To This Comment

Mmg sekarang manusia kita susah nak percayakan kak ibu.... tak apa ada hikmah disebalik kejadian

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

acik baru masukkan duit semalam untuk beli telekung lycra juga..harap2 minggu depan sampai

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Ish la.... org zaman skrg..tk takut hukum halal haram .. huu..

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

salam,

sian akk...

takpe niat sedekah.. tp si penipu akan dpt balasan

attyfir berkata...Reply To This Comment

salam nza.
macam2 kan sekrang .
walupun aty ni seller online, tp aty pun buyer jugak , x nak benda2 mcmni terjadi , jadi kita kena jujur.

org2 mcmni suka mengambil kesemptan.

mamapp berkata...Reply To This Comment

Mmg x patut la.. kalu xdpt pos atas apa2 reasonable excuse boleh accept lg. Tp kalu dh nyepi gitu je mmg nak nipu le tu

Salmi berkata...Reply To This Comment

Macam2 cara orang menipu. Orang mcm ni yang kdg2 menutup periuk nasi org lain

About me